Kata-kata Usaha Tangga Kejayaan Terkini
Saturday, November 2, 2019
1 Comment
Motivasi - Pasti anda sendiri pernah dengar kata mutiara ini "Usaha tangga kejayaan". Ya, inilah peribahasa yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian bagi merealisasikan sesebuah impian.
Impian? Ya, semua orang ada impian masing-masing. Anda juga ada impian, betul atau tidak? Suatu hasrat yang benar-benar anda inginkan dan ingin anda raih.
Untuk membolehkan kita capai semua itu, kita harus tetapkan matlamat yang jelas supaya kita kekal fokus dan tahu kemana arah tuju kita. Nak raih sesuatu kejayaan bukannya mudah, ianya memerlukan tekad dan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa walaupun sentiasa ada halangan.
Kalau kita berhasrat untuk berjaya, kita perlu bertindak dan lakukan usaha. Jangan hanya duduk diam tanpa sebarang usaha dan tindakan. Kejayaan tidak akan datang bergolek, kita sendiri perlu berusaha dapatkannya.
Mana mungkin kejayaan dapat dicapai dengan kata-kata. Mana mungkin kejayaan dapat dicapai dengan impian tanpa usaha. Jangan putus asa, teruskan berusaha. Usaha memang tangga kejayaan.
Umpama kita naik tangga, tanpa sebarang usaha kita tidak akan dapat mendaki puncak yang tinggi (kejayaan). Kaki melangkah demi selangkah menaik tangga dengan penuh kekuatan, keyakinan dan harapan yang kita akan berjaya mendaki sehingga akhir anak tangga. Semakin tinggi mendaki tangga, semakin rasa kepenatan dan keletihan. Hanya yang tidak mengenal erti menyerah dan mempunyai tekad yang tinggi sahaja akan terus berusaha mendaki sehingga sampai ke akhir anak tangga.
Jika terjatuh..cepat-cepat bangun dan teruskan berusaha melangkah semula dengan strategi baru, semangat baru dengan satu matlamat yang sama iaitu berjaya mendaki ke puncak kejayaan.
Suatu hari nanti anda akan rasa bangga dengan diri anda sendiri saat ingat kembali waktu lalu. Waktu mana anda sedang menghadapi cabaran dan halangan yang membuatkan anda rasa give up, sedih dan tiada semangat lagi nak teruskan sehinggalah anda berjaya bangun dari segala kekecewaan dan kesedihan itu dan memilih untuk terus melangkah kembali.
Dengan keinginan dan kemahuan yang tinggi anda mahu buktikan anda juga boleh berjaya dengan usaha anda sendiri seperti mereka yang sudah berjaya. Kita semua mempunyai ujian dalam hidup. Tapi..beza antara orang berjaya dan tidak berjaya adalah orang yang berjaya dia tak pernah berhenti berusaha walaupun terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan dugaan, tetap akan berusaha sampai dapat apa yang impikan dalam hidup ini..
Betul tu..tanpa usaha kita takkan mendapat apa yang kita inginkan.
ReplyDelete