-->

Tarikh Interview Dah Dekat! Huh..Nervous! - Kongsi Tips kurangkan Nervous

Sembang Kejayaan - Sebelum ini penulis ada berkongsi tips untuk hilangkan gemuruh dalam segala situasi. Kalau anda belum baca, anda boleh baca di sini. Jadi untuk post kali khusus untuk mereka yang bertanya berkaitan tips untuk hadapi rasa nervous setiap kali pergi interview.

Apabila tarikh interview  dah semakin dekat, rasa nervousnya semakin kuat. Jantung berdegup laju diringi pula dengan rasa cuak. Tidur pun tak lena memikirkannya. Jadi ada tak tips untuk hilangkan rasa nervous ini.

Jadi jangan risau, rilek..penulis akan bantu anda untuk mengawal rasa nervous ini ketika pergi temuduga. Setiap kali nervous pergi interview, anda boleh cuba lakukan tips yang penulis beri ini. Mudahan-mudahan dapat membantu anda kurangkan rasa nervous.

Tips Hilangkan Nervous


1. Persediaan


Ini yang paling penting untuk kurangkan nervous. Kebiasaannya orang selalu gemuruh ini kurang membuat persediaan. Dan mereka juga selalu terfikir soalan-soalan yang bakal di tanya nanti membuatkan mereka lagi cuak. Jadi persediaan itu penting untuk memudahkan kita menjawab soalan-soalan yang akan ditanya nanti. Lagi banyak persediaan yang kita buat, semakin meningkat keyakinan diri. Kalau kita buat persediaan sikit, keyakinan diri kita juga sikit. Jadi buat research untuk memudahkan kita nanti semasa temuduga. Kalau anda belum baca post berkaitan tips temuduga yang penulis kongsi sebelum ini, Anda boleh baca di bawah ini,

[Baca Juga]  Tips Temuduga Kerja Yang Wajib dilakukan Ketika Datang 'Interview' 


2. Pernafasan


Tips untuk kurangkan rasa nervous adalah dengan melatih nafas. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus nafas. Kerana dengan menarik nafas yang dalam, itu akan membuatkan kita lebih rilek dan tenang serta menghilangkan rasa gemuruh. Contohnya, tarik nafas yang dalam, kemudian hembus..huuhhh. Kita akan rasa lebih tenang dan dengan cara ini juga akan membuatkan kita lebih percaya diri.


3. Datang 30 Minit Awal


Kenapa perlu datang awal? Sebab kita tak mahu kita datang dalam keadaan yang kelam kabut. Nanti lagi nervous. Tapi kalau datang awal, sekurang-kurangnya kita dapat buat sedikit persediaan. Kalau berdebar kita boleh tarik nafas, pergi tandas atau sebagainya. Jadi datang awal juga penting sebenarnya.


4. Power Pose


Kajian menunjukkan bahawa power pose dapat membantu kita meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. Sebelum masuk interview, ambil masa 2 minit untuk buat gaya "power pose". Ianya membuatkan kita berfeeling seperti superhero dan seorang pemenang. Selain itu, power pose ini sangat membantu untuk hilangkan rasa nervous ketika temuduga di samping dapat menambah rasa percaya diri. Selain itu kita juga akan merasa lebih berenergi dan lebih berfikiran positif. Apa salahnya kalau kita mencuba, kan?


Jadi kesimpulannya, rasa nervous ini perkara biasa. Semua orang pernah mengalaminya. Jadi kalau nervous anda cubalah tips-tips yang penulis kongsi tu. Semoga tips ini bermanfaat dan berguna untuk anda kurangkan rasa nervous.


0 Response to "Tarikh Interview Dah Dekat! Huh..Nervous! - Kongsi Tips kurangkan Nervous"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel