-->

Ketika Hilang Semangat Baca Ni! Percayalah Aku Pasti Boleh!

Kalau Hilang Semangat Nak Buat Apa

Sembang Kejayaan - Hidup ini takkan lengkap tanpa tujuan atau matlamat. Tidak menjadi satu kesalahan untuk kita bermimpi. Setiap orang bebas untuk bermimpi. Adakah anda sedang bermimpi untuk berjaya?

Kadang kala terfikir betul ke mimpi ini boleh berubah menjadi kenyataan. Hal ini kadang-kadang juga membuatkan kita rasa kecewa "buat apa mimpi tinggi-tinggi. Bukannya boleh jadi kenyataan".

Memang mimpi ini berbeza dengan kenyataan. Tetapi antara mimpi dengan kenyataan, ada sebuah jalan. Mimpi memang boleh menjadi kenyataan, tetapi adakah anda mampu untuk mewujudkannya?

Saya pasti boleh! Dan Ingatlah kata-kata ini:


Aku pasti boleh!
Aku pasti boleh!
Aku pasti boleh!


Fikirkan sebuah mimpi yang ingin kita nikmati pada masa depan kita nanti. Ingin memiliki rumah idaman? Kereta idaman? Ingin bercuti di maldives? Ataupun mahu berjaya dalam bisnes? Bermimpilah setinggi mungkin. Semua itu boleh kita capai, asalkan kita terus berusaha mencapai impian kita itu.

[Baca Juga]  Kata-kata usaha tangga kejayaan

Tapi ada ketika, apa yang kita lakukan dan usahakan demi merealisasikan impian kita itu, mesti akan ada orang yang tak suka dengan apa yang kita buat. Ada saja orang yang tak happy. Dan dalam setiap perjuangan kita itu, nak atau tak mesti ada rintangan. Boleh jadi impian kita dihalang.

Tapi disaat orang lain memandang kita sebelah mata, disaat orang lain merendah-rendahkan impian kita. Pedulikan saja kata-kata mereka. Percayalah, kita pasti boleh! 

Ketika kita memberanikan diri untuk melangkah melakukan tindakan, kita akan mengalami kesulitan, kesedihan, kekecewaan, cabaran dan rintangan dalam hidup. Jika kita mengeluh mengenai hal itu, kita akan menjadi down dan terjatuh.

Ketika kita terjatuh, kita jadi buntu dan hilang harapan kerana terasa tidak ada lagi jalan untuk kita terus bangkit dan teruskan usaha pada ketika itu. Tiada lagi semangat untuk bangun dari terjatuh. Tetapi percayalah, itulah ujian kita! Ujian yang harus dihadapi dengan penuh semangat dan tidak mudah menyerah kalah.

Kalau gagal bangkit lagi, gagal bangkit lagi, gagal bangkit lagi sehingga gagal berasa bosan dan terus pergi dari hidup kita. Yang penting jangan mudah putus asa. Teruskan berusaha dan banyakkan berdoa kerana selalu ada harapan bagi mereka yang sentiasa berdoa

Kita perlu yakin kita boleh! Kuatkan semangat dan percayalah pada diri sendiri bahawa kita boleh capai impian kita. Jangan mudah berputus asa walaupun apa pun cabaran yang datang. Teruskan berusaha, doa dan tawakal. Percayalah kejayaan akan menjadi milik kita satu hari nanti.

[Baca Juga]  Ingat! Bila give up, ingat kata-kata ini!!


0 Response to "Ketika Hilang Semangat Baca Ni! Percayalah Aku Pasti Boleh!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel