-->

Berhenti Jadi Pendiam Dan Malu Tak Bertempat Dengan 5 Cara Ini

Sembang Kejayaan - "Saya seorang yang pendiam dan saya ada masalah terlalu pemalu - malu nak berhadapan di khalayak ramai, malu nak bergaul dengan orang-orang tidak dikenali, malu nak bertanya walaupun berkaitan pelajaran dan kadang-kadang menyukarkan saya dalam melakukan sesuatu hal yang penting bagi saya disebabkan rasa malu yang tak bertempat. Jadi bagaimana cara untuk mengatasi masalah pendiam dan pemalu ini"

Malu adalah satu sifat yang baik. Tapi jangan malu tak bertempat dan ia merupakan satu masalah yang perlu diatasi. Rasa malu yang tak bertempat akan membuatkan kita tidak menikmati keindahan kehidupan. Sukar untuk kita bergaul dengan orang lain lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan kerja kita. Kita harus sedar bahawa ada situasi-situasi yang kita perlu buang perasaan malu.


Berhenti Jadi Pendiam Dan Malu Tak Bertempat Dengan 5 Cara Ini



Untuk melawan perasaan malu dan pendiam bila berhadapan di khalayak ramai, kita boleh melakukannya secara berperingkat-peringkat. Jadi bagaimana cara untuk buang perasaan pemalu dan pendiam ini? Bagi yang ada masalah ini boleh cuba lakukan tips ini


Berhenti Jadi Pendiam Dan Malu Tak Bertempat Dengan 5 Cara Ini

1. Sentiasa Berfikiran Positif


Untuk mengatasi masalah pemalu dan pendiam, anda harus buang sifat negatif. Kebiasaannya orang yang pemalu dan pendiam akan mudah berasa segan dan malu apabila berhadapan dengan orang ramai atau orang tidak dikenali. Sebabnya mereka selalu memikirkan ada orang lain sedang memerhatikan gerak geri mereka dan bercakap mengenai mereka. Sebaliknya, kita harus berfikiran positif bahawa orang lain ada kerja mereka sendiri dan tiada sesiapapun sebenarnya yang memerhatikan kita. Cuma kita saja yang perasan. Jadi selalulah berfikiran positif.

[Baca Juga]  Cara Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia


2. Beranikan Diri 


Setkan dalam minda untuk jadi orang yang berani berhadapan di khalayak ramai dan sesiapa sahaja. Setkan dalam minda yang anda boleh lakukannya. Abaikan kata-kata orang lain tentang diri anda ketika berhadapan dengan sesiapa saja. Ini kerana orang yang pemalu dan pendiam ini mempunyai sifat kurang keyakinan diri dan wujud perasaan takut dalam diri apabila hendak berhadapan dengan orang. Jadi beranikan diri anda untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.


3. Menonjolkan Diri Anda Di Khalayak Ramai


Ketika dalam sesebuah kumpulan untuk perbincangan ataupun yang melibatkan orang ramai, tonjolkan diri anda dengan banyakkan bercakap dan memberi pendapat. Jangan malu untuk menyuarakan pendapat. Hal ini boleh menyebabkan orang lain menganggap anda adalah seorang yang pendiam. Jadi tonjolkan diri anda, lama kelamaan bila sudah menjadi kebiasaan perasaan malu dan pendiam itu akan hilang.


4. Berhenti Fikir Tentang Kelemahan Diri


Kebiasaannya orang yang pemalu ini mempunyai sifat kurang keyakinan diri kerana terlalu memikirkan tentang kelemahan diri. Suka membandingkan dengan orang lain. "Saya tak hebat macam dia.. Saya tak hemsem/cantik macam dia" selalu berfikir tentang kekurangan diri sendiri sehingga membuatkan mereka menjadi malu. Anda yang malu sekarang ini, semua itu disebabkan anda terlalu berlebihan dalam memikirkan kekurangan anda. Kita perlu faham bahawa tiada manusia yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Setiap hari anda memikirkan tentang kekurangan diri ianya akan membuatkan anda rasa down. Tetapi yang sebaiknya anda perlu fokus kepada kelebihan anda. Disebalik kekurangan anda mempunyai kelebihan. Tonjolkan kelebihan anda dan buktikan kepada orang bahawa anda bukan seorang yang pemalu dan pendiam.


5. Banyakkan Berborak Dengan Ahli Keluarga/Saudara Mara


Salah satu tips yang paling senang diikuti untuk menangani masalah pendiam dan pemalu ini dengan banyakkan berborak bertanya khabar, bercakap berkaitan isu semasa atau apa sahaja dengan ahli keluarga termasuk saudara mara. Dengan tips ini sifat pendiam dalam diri anda akan hilang dan anda boleh dikatakan bukan lagi seorang yang pendiam. Jadi banyakkan bercakap tentang apa sahaja.

[Baca Juga]  Jangan fikir negatif kalau nak BERJAYA!

Jadi cubalah tips ini bagi mereka yang ingin merubah sifat pemalu dan pendiam kepada sifat keterbukaan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua. Boleh baca lagi artikel berkaitan dengan tips-tips berguna serta motivasi di Sembang Kejayaan


0 Response to "Berhenti Jadi Pendiam Dan Malu Tak Bertempat Dengan 5 Cara Ini"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel