-->

Cara Merawat Hati Yang Terluka Dan Sedih Yang Berpanjangan

cara merawat hati tidak tenang dan mudah rasa kecewa

Sembang Kejayaan - Kamu sedih hari ini? Jangan risau, semua orang pernah mengalami perasaan sedih ini. 

Dalam kehidupan kita ini, ada hari-hari yang kita rasa gembira sepanjang hari. Penuh dengan gelak ketawa dengan orang di sekeliling kita.

Dan ada juga hari yang membuatkan kita rasa sedih dan kecewa. Ianya ibarat seperti roda yang sedang berpusing. Sekejap gembira, sekejap sedih.

Sedih in english is sad. Sedih ini merupakan satu perasaan yang membuatkan kita menjadi diam, kurang bercakap, dan kadang-kadang tidak mahu diganggu oleh orang lain.

Jika ada hari yang membuatkan kamu sedih, ingatlah kata-kata ini,

"Hidup ini tidaklah sentiasa indah tapi dengan bersyukur mampu membuatkan kita bahagia dan lebih indah".

Hidup kita tidak selalunya indah dan bahagia, kadang-kadang kita diuji dengan kesedihan dan kekecewaan dalam kehidupan kita. Untuk hilangkan sedih mesti ada ubatnya. Boleh baca disini untuk memotivasikan diri sendiri.

Jika kamu sedih dan rasa kecewa, cuba bayangkan ada lagi orang yang lebih sedih daripada kamu. Ada lagi orang lebih kecewa sepertimu. Ada lagi orang yang inginkan kehidupan sepertimu.

Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Dengan rasa syukur, nescaya ianya membuatkan kita lebih bahagia. Dengan rasa syukur juga, hati akan menjadi tenang dan lapang.

Tidak perlu bersedih dan kecewa lagi.

Kekecewaan sebenarnya mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Diuji dengan kesedihan dan kekecewaan sebenarnya boleh mematangkan diri dan melatih kita untuk berfikir dengan lebih rasional.

Mungkin hari ini kamu bersedih, tetapi jadikan keesokannya hari yang paling bahagia buat dirimu. Dan jadikan keesokannya orang lain boleh melihat senyumanmu, gelak ketawamu. Dan jadikan juga hari esok lebih baik daripada kelmarin.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu. Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa. Senyuman yang kau berikan, dan air mata yang kau titiskan, 

Simpan..jadikan tauladan. Segala yang kau pandang dan dengar, simpan..buat pedoman. Sentiasa berfikiran positif. Sebalik kesedihan dan kekecewaan itu pasti ada hikmahnya.

Manusia diberikan akal supaya digunakan untuk berfikir. Jika kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang membuatkan kita sedih dan rasa kecewa. 

Carilah hikmah disebalik kejadian tersebut. Fikirlah tentang hikmah. Sentiasa fikir positif.

Kita tak tahu setiap kejadian yang berlaku ada kebaikan buat diri kita pada masa hadapan. Pasti akan ada sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita miliki sekarang.

Think positive !

Sekadar perkongsian. "Sharing is Caring".

0 Response to "Cara Merawat Hati Yang Terluka Dan Sedih Yang Berpanjangan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel