-->

Bila Stress Nak Buat Apa? Baca Tips Ini!


Sembang Kejayaan - Setiap manusia tak boleh lari daripada menghadapi tekanan atau stress dalam hidupnya. Korang mesti pernah stress kan? Tipu la kalau korang cakap tak pernah stress dalam seumur hidup. Ada yang stress dengan pelajaran, pekerjaan, masalah kewangan, kawan dan lain-lain lagi. Dalam sehari mesti ada je benda yang kadang-kadang tu buat kita stress. Jadi, kalau korang stress tu, apa yang korang buat? Kalau saya mandi kolam lah apa lagi

Tips Hilangkan Stress


1. Mandi/Berendam Dalam Air

Kebiasaannya, ada orang kalau tengah stress mereka akan pergi mandi. Sebab bila mandi akan membuatkan kita tenang sedikit. Tapi kalau nak lagi best, korang pergi mandi dekat kolam. Memang akan hilang semua stress bila berendam dalam air dan hilang semua masalah di kepala.


2. Makan

Ini tips yang paling ramai sekali orang buat. Bila stress, ramai yang suka makan. Makan pula makanan yang memang favourite korang, memang akan terlupa sekejap segala masalah yang ada. Kadang-kadang makan bukannya sebab lapar, tetapi setakat untuk melepaskan geram dan masalah saja. Jangan makan banyak-banyak pulak, nanti berat badan bertambah naik. Makin stress pula nanti!


3. Tidur 

Ini tips paling kerap orang buat untuk hilangkan stress iaitu tidur. Jangan terlalu memikirkan masalah nanti lagi stress. Korang boleh baca dekat sini. Jadi bila kita tidur, badan kita akan kembali segar dan fikiran pun jadi tenang selepas bangun dari tidur.


4. Dengar Lagu

Dengar lagu pun salah satu tips untuk hilang stress kerja. Bila stress, ramai orang suka dengar lagu. Bagi korang yang stress hadap jem hari-hari bila balik kerja, korang buka je lagu dalam kereta. Tak dak la bosan sangat. Tak perlu nak marah-marah, nanti lagi stress. Sebenarnya lagu ini boleh memberi ketenangan kepada kita. Jadi cuba lakukan tips ini, mana tahu hilang sikit stress kan.


5. Beriadah

Haa..ini adalah tips bagi mereka yang ingin hilangkan stress belajar. Ye la asyik belajar je kan, mesti stress. Siapa je yang tak stress belajar. Jadi ini lah masa yang sesuai untuk hiburkan diri pula selepas bertungkus lumus belajar. Kebiasaannya orang yang stress belajar ni akan melakukan aktiviti beriadah di waktu petang seperti main bola, badminton, bersenam dan macam-macam lagi lah. Jadi, bagi korang yang tengah stress, pergi la beriadah sekejap ambil udara luar. Jalan-jalan di taman pun dah okay.


6. Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Kadang-kadang benda yang membuatkan kita stress ini berpunca dari kita yang terlalu memikirkan tentang masalah hidup kita dan kadang kala membuatkan kita sendiri tidak tenang. Kita semua tahu, setiap masalah atau ujian yang kita hadapi itu, ada hikmahnya

Jadi mengadulah kepada Tuhan. Mintalah kepadanya supaya diberi jalan penyelesaian atas setiap masalah yang dihadapi dan memberi ketenangan hati. Bila kita dekat diri dengannya, percayalah semuanya akan tenang dan hidup menjadi lebih baik. Penulis sendiri bukan orang yang baik. Tapi sama-samalah kita usaha ke arah itu.


Haa..okay tak tips-tips tadi. Kalau korang tengah stress, korang boleh la cuba tips-tips yang penulis bagitahu tu. Tapi, kalau korang ada cara korang sendiri untuk hilangkan stress, boleh teruskan dengan tips korang. Tapi, share la sikit apa tips korang tu. Penulis pun nak tahu hehehe..semoga bermanfaat.


0 Response to "Bila Stress Nak Buat Apa? Baca Tips Ini!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel