-->

Motivasi kerja untuk diri supaya sukses dalam kehidupan



Sembang Kejayaan - Untuk sukses dalam semua perkara yang dilakukan bukannya suatu perkara yang boleh kita capai dalam masa singkat. Hari ini usaha, keesokannya berjaya.

Untuk mencapai kejayaan, semua itu memerlukan usaha dan sedikit masa. Sebabnya, kita harus melalui proses sehingga kita berjaya mencapai kejayaan.


Anda mesti nak berjaya?


Berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan. Berjaya dalam pelajaran, pekerjaan dan semua perkara. Kalau boleh semua itu kita nak berjaya dalam waktu yang singkat.

Tapi hakikatnya kita tidak akan mampu mencapai semua itu dalam waktu yang terlalu singkat. Sebabnya, nak menuju kejayaan, kita harus melalui prosesnya.

Nak berjaya bukannya senang. Bukan hanya duduk diam menunggu kejayaan itu datang. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Tapi, kita sendiri perlu bertindak berusaha mencipta kejayaan itu.


Baca Juga: 



Motivasi kerja untuk diri supaya sukses dalam kehidupan



"Kejayaan memerlukan masa, itu adalah proses kejayaan"


Untuk mencapai sesebuah kejayaan ianya memerlukan masa. Hari ini usaha, esok berjaya. That's impossible!

Semuanya perlukan usaha, semuanya perlu masa. Cuba renungkan sewaktu kita jadi bayi dulu yang tidak boleh berjalan dan belajar sedikit demi sedikit untuk merangkak, berdiri yang tak pernah putus asa bangun jatuh sehinggalah sekarang ini boleh berjalan dan berlari. semua itu mengambil masa.

Bersabarlah!

Dalam ketika berusaha ke arah kejayaan ianya memerlukan masa yang panjang. Misalnya, sebuah pokok memerlukan masa bertahun-tahun untuk tumbuh besar, teguh, kuat dan membuahkan hasil yang baik. Jadi bersabarlah!

Tidak ada apa-apa dalam kehidupan ini datang dengan mudah. Semuanya memerlukan komitmen, semuanya memerlukan masa.

Kalau kamu betul-betul nak berjaya, kamu lalui sahaja prosesnya. Kamu harus berjuang dan kamu perlu terus menerus berusaha.

Walaupun proses menuju kejayaan yang kamu lalui itu penuh dengan halangan, jangan sesekali kamu menyerah dan berhenti berusaha kerana kejayaan mungkin hanya sedikit lagi akan tercapai. Jadi, kamu perlu teruskan mendaki ke puncak kejayaan.


"Jangan sesekali menoleh ke belakang kerana ia akan membuatkan kamu rasa gayat dan takut melihat paras ketinggian yang sudah kamu daki"


Jangan sesekali kita merenung waktu-waktu yang pernah membuatkan kita rasa kecewa, rasa sedih dengan kegagalan yang pernah kita alami sepanjang proses kita menuju kejayaan.

Tapi sebaliknya, kita harus teruskan berusaha dan belajar dari setiap kegagalan yang pernah kita alami. Teruskan melangkah dan maju ke hadapan. Mudah-mudahan kita sampai ke destinasi kita iaitu ke puncak kejayaan.





0 Response to "Motivasi kerja untuk diri supaya sukses dalam kehidupan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel