Cara untuk bahagia? Bahagia itu pilihan diri sendiri
Saturday, November 16, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Anda rasa tidak bahagia sekarang ini dan anda mahu senyum ketawa gembira sepanjang hari seperti orang lain? Anda lihat orang yang berada disekeliling anda atau rakan-rakan anda kelihatan lebih bahagia daripada anda.
Kalau anda ada masalah ini, merasakan kehidupan orang lain lebih bahagia daripada kehidupan anda dan sudah banyak cara yang sudah anda lakukan untuk mendapatkan kebahagian tetapi tidak berkesan. Bacalah sampai habis, mudah-mudahan dapat membantu anda terbitkan rasa bahagia dalam hidup anda.
Sebelum itu, lebih baik kita faham terlebih dahulu apa definisi bagi bahagia sebenarnya
[Baca] Senyum selalu di pagi hari membuatkan kita happy sepanjang hari
Bahagia? Maksud bahagia adalah berbeza bagi setiap orang. "Bahagia" adalah satu perkataan yang terlalu subjektif. Setiap orang ada cara dan perkara yang buat dia rasa bahagia. Dia bahagia dengan cara dia, kita bahagia dengan cara kita.
Ada orang bila dapat makanan, dia berasa bahagia. Dapat pakaian, dia bahagia. Dapat rumah, dia bahagia. Cemerlang dalam peperiksaan, dia bahagia. Istilah bahagia berbeza bagi setiap orang. Tapi, perkara pertama perlu kita buat untuk dapatkan kebahagiaan adalah dengan bersyukur.
Antara punca kita sukar dapatkan kebahagiaan adalah kita kurang bersyukur. Kita selalu bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain, kadang-kadang kita lihat kehidupan orang lain lebih bahagia dari kehidupan kita sampaikan kita terlupa yang kita sendiri sudah ada kebahagiaan kita sendiri.
Kebahagiaan bukan sekadar mempunyai harta. Tetapi mempunyai keluarga bahagia dan orang-orang disekeliling yang selalu ada dengan kita, itu pun sudah cukup bahagia. Ada orang berdoa dan berharap dapat memiliki kehidupan seperti kita. Jadi bersyukurlah dengan kehidupan kita.
Kunci hidup bahagia adalah jangan sesekali kita bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Mereka bahagia dengan cara mereka, kita bahagia dengan cara kita sendiri. Jadi bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang ini. Bila kita bersyukur hati kita akan tenang dan kebahagiaan akan datang dengan sendirinya.
[Baca] Motivasi Hidup Bahagia Dan Berjaya Mengejar Cita-Cita Pada Usia Muda
Nak berasa bahagia bukannya sukar. Bahagia itu pilihan, terpulang kepada diri kita untuk memilihnya sama ada untuk berasa bahagia dengan kehidupan kita ataupun berasa sedih dengan meratapi nasib yang dirasakan lebih malang daripada orang lain. Kita yang menentukannya.
Jadi, kesimpulannya jalanilah hidup ini dengan menikmati setiap kurniaan yang diberikan dan bersyukurlah, hidup kita pun jadi tenang dan bahagia. Dengan syukur juga pasti kehidupan anda akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Maksud Bahagia

Mengapa rasa tidak bahagia

Cara untuk hidup bahagia

0 Response to "Cara untuk bahagia? Bahagia itu pilihan diri sendiri"
Post a Comment