Motivasi Hidup Bahagia Dan Berjaya Mengejar Cita-Cita Pada Usia Muda
Wednesday, August 28, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Motivasi adalah sangat penting untuk berjaya dalam hidup dan mencapai kebahagian bagi seseorang atau individu. Motivasi hidup adalah segala dorongan dan hasrat yang muncul dari diri seseorang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.
Bagi mereka yang memiliki motivasi hidup, mereka akan lebih menghargai setiap waktu dan sangat mensyukuri segala nikmat Tuhan yang diberikan kepadanya. Bagi mereka yang sentiasa bersyukur, hidup mereka akan lebih tenang dan bahagia.
Dengan motivasi juga boleh memotivasikan diri sendiri untuk berjaya dan lebih semangat untuk teruskan perjuangan demi mengejar cita-cita di samping membuatkan kita rasa bahagia setiap waktu ketika menjalani kehidupan ini.
Jalanilah hidup ini dengan berjaya dan bahagia. Katakan pada diri Anda : Kejarlah cita-citaku, kejarlah impianku, andai itu yang boleh membuatkan aku rasa bahagia.
Dalam hidup ini, ada orang dapat menjalani kehidupannya dengan rasa bahagia, walaupun kehidupannya bukanlah dari keluarga yang senang atau mewah. Ada juga orang yang berjaya dari sudut karier atau kerjayanya, tetapi tidak menikmati kebahagiaan dalam hidupnya.
Kejayaan dan bahagia ini merupakan dua perkara yang berbeza. Kehidupan seseorang akan menjadi lebih baik jika memiliki kedua-duanya.
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan sekaligus, bukanlah sesuatu yang mustahil. Tapi ianya memerlukan sedikit pengorbanan yang ikhlas akan membuahkan kejayaan dan kebahagiaan yang indah sekaligus untuk kehidupan yang kita impikan.
Tetapi, Boleh atau tidak mendapatkan kejayaan dan bahagia sekaligus?
Sebenarnya boleh. Tetapi ianya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Andai usaha yang kita lakukan sebelum ini belum mencapai kejayaan seperti yang kita harapkan, jangan berhenti setakat itu saja. Bahkan usaha lebih lagi. Cari punca mengapa kejayaan tidak berpihak kepada kita, di mana kesilapan kita yang membuatkan kejayaan kita tersekat. Biar gagal banyak kali. Yang penting berapa cepat anda bangun dari kegagalan. Jangan gagal sekali terus rasa give up. Orang kata, kalau orang lain boleh, Anda juga boleh!
Bila kejayaan sudah menjadi hak Anda berkat dari hasil usaha titik peluh sendiri. Secara automatik akan hadir rasa bahagia kerana apa yang Anda telah usahakan selama ini sudah pun terlaksana. Daripada mimpi berubah menjadi kenyataan.
Dan pada ketika itu, jangan lupa ucapkan rasa syukur kepada Tuhan supaya dapat mengekalkan kebahagiaan buat selamanya. Kerana Dialah yang memberikan kejayaan dan kebahagiaan itu. Dengan rasa syukur, hidup kita akan jadi lebih tenang dan lebih bahagia.
Andai sekarang anda rasa tidak bahagia dengan kehidupan sendiri. Cubalah belajar untuk bersyukur, sebab bahagia itu lahir dari rasa syukur.
Apabila kita bersyukur dengan apa yang kita ada, maka kita akan peroleh ketenangan dan kebahagiaan yang secukupnya.
Satu lagi, kita semua pernah dengar "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" mungkin kita terlupa. Sikit-sikit yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah repetition. Ulang, ulang dan ulang, sampailah yang sikit itu menjadi banyak. Sebenarnya inilah cara untuk kita bahagia dalam hidup kita.
If you want to be happy inside your life, focus on the things that you "have". Instead of the things that you've "lost". Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bukannya fokus kepada apa yang kita tidak ada. Sedikit kebahagian, dengan usaha serta ulangan yang berterusan, akan membentuk sebuah gunung kebahagiaan untuk kita pada masa hadapan.
Walaupun apa yang kita ada pada waktu dan ketika ini, sangatlah sedikit kalau nak dibandingkan dengan orang lain, selalulah ingatkan pada diri sendiri yang it's okay to have "less" and keep going teruskan, Sebab pada suatu hari, sikit-sikit dengan ulangan yang berterusan, lama-lama tetap akan menjadi bukit. Percayalah.
0 Response to "Motivasi Hidup Bahagia Dan Berjaya Mengejar Cita-Cita Pada Usia Muda"
Post a Comment