-->

Usaha Yang Berterusan Menjanjikan Kejayaan Dan Kerja Keras Tidak Akan Sia-Sia


Usaha Yang Berterusan Menjanjikan Kejayaan Dan Kerja Keras Tidak Akan Sia-Sia

Sembang Kejayaan - Kejayaan? Semua orang di dunia ini menginginkannya. Semua orang berusaha sedaya upaya untuk mencipta sebuah kejayaan. Adakah anda sudah berusaha untuk mencapai mimpi-mimpimu itu?


Setiap usaha dan kerja keras yang kamu lakukan hari ini dan hari-hari sebelumnya tidak akan pernah sia-sia, percayalah! Jadi kamu perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk capai apa yang kamu idamkan.

Ingatlah,


"Lebih banyak waktu kamu bekerja sekarang ini, 
lebih banyak waktu untuk kamu bersantai di masa depan"


Usaha dan kerja keras tidak akan pernah sia-sia di masa depan. Biar kita bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.


Percayalah! Perlu di ingatkan selalu :


"Siapa yang berusaha, dialah yang akan berjaya"


Usaha itu merupakan tangga kejayaan. Siapa yang berusaha mereka akan dapat hasilnya walaupun usaha itu kecil, tapi tetap akan terlihat hasilnya.

Lihatlah orang yang sudah berjaya seperti Koloner Sander. Siapa tak kenal Koloner Sander iaitu pengasas restoran segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC). Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah disebalik kejayaan beliau. Beliau tidak pernah berhenti berusaha walaupun banyak kali mengalami kegagalan dalam hidupnya. Beliau bermula from zero to hero dan akhirnya beliau berjaya mencipta kejayaan iaitu memiliki sebuah restoran terkenal di dunia iaitu KFC.

Jadi, ramai anak muda sekarang ingin menjadi usahawan muda yang berjaya pada masa depan. Mereka memulainya usaha mereka itu dengan membuat bisnes secara online. Dan mereka berharap bahawa mereka akan berjaya menjadi usahawan yang berjaya pada usia muda suatu hari nanti.

Oleh itu, untuk capai apa yang mereka idamkan itu, mereka berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang mereka impikan, iaitu menginginkan sebuah kejayaan dan memiliki kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

Nak berjaya bukannya mudah, ianya memerlukan usaha yang berterusan. Yang penting sekali jangan mudah mengalah dan jangan cepat putus asa. Nak berjaya bukannya senang. Memang akan ada banyak cabaran dan halangan. Cabaran dan halangan itu sentiasa membuatkan kita jatuh, rasa kecewa, sedih dan akhirnya tiada semangat lagi untuk meneruskan perjuangan. Tapi, sebaliknya kita perlu mencari jalan untuk menghadapi dan atasi semua cabaran-cabaran itu bagi membolehkan kita meneruskan perjalanan ke puncak kejayaan.

Saya doakan anda berjaya mendapatkan apa yang anda inginkan. Semoga bermanfaat..


Baca Juga Motivasi kehidupan - Usaha tangga kejayaan

0 Response to "Usaha Yang Berterusan Menjanjikan Kejayaan Dan Kerja Keras Tidak Akan Sia-Sia"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel