-->

Jangan Dengki Pada Orang Lain, Setiap Orang Rezeki Dan Ujiannya Berbeza

Sembang Kejayaan - Perasaan iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain merupakan penyakit yang hampir setiap orang pernah mengalaminya. Inilah penyakit hati yang susah nak kawal. Orang yang mempunyai penyakit hasad dengki ini jika dibiarkan akan membuatkan hatinya menjadi tidak tenang kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Dia akan rasa gelisah jika ada orang lain melebihinya. Oleh sebab itu, kita perlu jauhi dari sifat dengki ini.

Setiap Orang Rezeki Dan Ujiannya Berbeza

Dalam hidup ini jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan jangan pernah iri hati terhadap kejayaan orang lain. Itu rezeki mereka, rezeki kita tetap ada Allah bagi nanti.

Baca Juga: 

Jadi bagaimana cara nak merawat atau menghilangkan perasaan dengki jika sebelum ini pernah ada perasaan iri hati dan dengki dengan kejayaan, kesenangan dan apa sahaja orang lain dapat dan kita tak dapat yang membuatkan hati menjadi tidak senang. Jadi bagaimana untuk menghilangkannya:

1. Bila melihat orang lain lebih daripada kita jangan sesekali kita ada perasaan iri hati dan dengki kepada mereka. Kalau tidak hati tidak akan tenang. Apa yang kita perlu lakukan ialah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Tak perlu nak rasa cemburu atau iri hati. Setiap orang ada rezeki dan ujian yang berbeza. Jadi bersyukurlah..lagi banyak bersyukur lagi banyak rezeki yang datang.

2. Bila melihat orang lain mendapat kejayaan jangan sesekali kita ada perasaan iri hati dan dengki kepada mereka. Sebaliknya, kita ucapkan "Tahniah" dan bergembiralah bersamanya. Bila mengucapkan tahniah kita dapat mengelakkan dari sifat hasad dengki dan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.

3. Jaga hati kita supaya tidak ada perasaan dengki pada orang lain dan banyak banyakkanlah bersyukur, istighfar dan berdoa kepada Allah supaya memudahkan kita untuk mengubati penyakit hasad dengki ini.

Kesimpulannya, perasaan iri hati dan dengki merupakan penyakit hati yang amat bahaya dalam diri kita dan harus dibuang jika ada penyakit ini. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit hati ini.

0 Response to "Jangan Dengki Pada Orang Lain, Setiap Orang Rezeki Dan Ujiannya Berbeza"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel