-->

Cara Paling Mudah Nak Tingkatkan 'English' Anda Dengan Cepat

Sembang Kejayaan - Post kali ini adalah berkaitan dengan bagaimana cara paling mudah untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman dalam bahasa inggeris. Kita semua tahu Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan antarabangsa. Banyak kelebihan belajar Bahasa Inggeris

Malah banyak buku-buku semuanya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Pergi sana Bahasa Inggeris pergi sini Bahasa Inggeris. Boleh dikatakan Bahasa Inggeris ini penting dalam kehidupan seharian.

Malah di sekolah juga Bahasa Inggeris menjadi salah satu subjek teras yang harus dipelajari. Nak tak nak kita kena belajar Bahasa Inggeris. Sebab ianya penting untuk masa hadapan. Tapi ada segelintir yang tak suka belajar bahasa inggeris. Malah menjadikan Bahasa Inggeris satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah dalam kalangan pelajar. Kalau anda seorang pelajar, adakah anda suka dengan Bahasa Inggeris?

Jadi, jangan risau bagi yang lemah dalam Bahasa Inggeris dan mahu 'improve english' anda boleh cuba lakukan tips yang disenaraikan di bawah ini. Haa..lepas ini dah boleh speaking macam 'mat salleh'.

Cara Nak Improve Bahasa Inggeris Anda Dengan Mudah


1. Banyak Membaca


Serius kalau nak pandai bahasa inggeris kena banyak membaca. Boleh mula dari membaca surat khabar, buku english dan sebagainya. Bagi yang suka Baca novel boleh baca novel english. Praktis setiap hari satu helai. Jangan baca saja tapi tak faham tak boleh juga. Kalau baca macam tu rasanya 2 minit dah tutup buku. Sebaiknya baca dan fahamkan. Kalau ada makna yang mana tak tahu, cuba list kan kemudian cepat-cepat rujuk kamus dan cari mana makna yang tak tahu. Dengan kaedah ini dapat belajar perkataan baru dan meningkatkan lagi vocabulary anda.


2. Cabar diri sendiri "Challenge yourself"


Kalau kita belajar perkataan baru dalam Bahasa Inggeris tapi tak guna atau praktis dalam kehidupan seharian tak jadi juga. Sebaiknya bila kita belajar perkataan baru cubalah untuk praktis. Cabar diri untuk menulis dengan membina satu ayat dan latih diri untuk bercakap berdasarkan perkataan yang kita belajar. Jadi cabar diri untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Walaupun kita tahu banyak perkataan english tapi tak pernah cabar diri untuk praktis dalam menulis dan percakapan tak boleh juga. Jadi challenge yourself!!


3. Fikir positif


Stop cakap Bahasa Inggeris susah. Kalau dah hari-hari cakap english susah maka susah la jadinya. Jadi ubah mindset. Selalu fikir yang positif. Cakap pada diri setiap hari "Aku boleh". Orang lain boleh kenapa aku tak boleh? Aku mesti boleh! Berikan semangat pada diri sendiri. Kalau kita nakkan sesuatu kita cuba usahakan sampai dapat. Usaha tangga kejayaan orang cakap.

[Dah Baca?] Kalau selalu fikir negatif macam mana nak berjaya


4. Berkawan dengan kamus


Untuk menguasai bahasa inggeris mesti kena banyak kosa kata. Tak perlu nak hafal semua perkataan dalam kamus dari kulit ke kulit, cukup hafal perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. Bila kita hafal perkataan yang mempengaruhi kehidupan harian kita itu akan memudahkan kita untuk mengingatinya. Perkataan yang sering kita pakai hari-hari lama kelamaan akan terus melekat dalam kepala. Banyak orang susah nak ingat kosa kata kerana hafal perkataan jarang dipakai. Sebab tu susah nak ingat. Hafal lepastu lupa. Jadi cukup hafal perkataan yang mempengaruhi kehidupan kita setiap hari dan cuba praktiskan.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk tingkatkan lagi english anda. Biar orang cakap english kita broken, tetapi kita ada usaha untuk improve english kita. Biar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

0 Response to "Cara Paling Mudah Nak Tingkatkan 'English' Anda Dengan Cepat"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel