-->

5 Azam Tahun Baru Untuk Berjaya Dalam Hidup

Sembang Kejayaan - Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru "Happy New Year" dan tahun 2022 bakal berakhir. Masuk pula tahun baru 2023. Cepat kan masa berlalu? Rasa sedih pula nak tinggalkan tahun 2022. Terlalu banyak kenangan manis, pahit, suka duka yang kita alami. Tak apa, semua kenangan sepanjang tahun 2022 kita jadikan kenangan yang paling terindah dalam hidup kita.

5 Azam Tahun Baru Untuk Berjaya Dalam Hidup

Setiap kali masuk tahun baru, kita sering mendengar tentang "Azam Tahun Baru" masing-masing. Ye la nak masuk tahun baru kan, mesti kena ada azam baru. Ramai orang mengambil peluang ini untuk menetapkan azam apabila tiba tahun baru. Macam-macam jenis azam kita dengar, ada yang nak turunkan berat badan, ada yang nak menabung dan sebagainya. Ada juga yang berazam untuk mengubah diri dan kehidupan ke arah yang lebih baik termasuk penulis sendiri.

Jadi apakah azam tahun baru yang boleh kita tetapkan nanti seperti mereka yang berjaya, untuk membantu kita mengubah diri dan kehidupan ke arah yang lebih baik dan menjadi orang yang berjaya?


1. Belajar dari kesilapan masa lalu


Apa kata bila masuk saja tahun baru, kita jadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Andai kata tahun lepas, apa yang kita azam tidak mencapai apa yang kita target. Jadi pada tahun baru ini kita berusaha lagi. Lupakan saja kegagalan yang pernah kita alami pada tahun sebelumnya. Sekarang tahun baru! Semangat juga mesti baru. Jadikan kegagalan itu sebagai titik permulaan kita dan teruskan belajar dari setiap kelemahan dan kesilapan masa lalu untuk mencari kekuatan kita. Jadi tetapkan azam dan matlamat pada tahun baru ini untuk terus berusaha untuk raih apa yang kita impikan.

[Dah Baca?]  Gagal bukanlah pengakhiran untuk terus berhenti mengejar impian


2. Mencipta kebahagiaan hidup


Andai kata tahun lepas kita banyak waktu kita habiskan hanya dengan kecewa, sedih, suka cita dan sebagainya. Bangun segera! Lupakan semua rasa kekecewaan dan kesedihan itu. Tahun ini tahun yang baru. Jadi tetapkan azam pada tahun ini mahu menjalani kehidupan dengan tenang, bahagia, semangat, ikhlas dan penuh rasa syukur.

[Dah Baca?]  Tips hidup tenang dan bahagia 


3. Luangkan masa bersama keluarga


Orang yang berjaya terlalu sibuk. Banyak kerja yang perlu dilakukan sampaikan kadang-kadang tiada masa untuk luangkan masa bersama keluarga. Keseimbangan kerjaya dan keluarga adalah penting dan mereka tidak akan mencampur-adukkan masa kerjaya dan masa bersama keluarga. Jadi, pada setiap tahun mereka cuba untuk luangkan masa bersama keluarga tercinta.


4. Hidup lebih teratur dan santai


Memiliki kehidupan yang teratur dan lebih santai adalah sesuatu yang menjadi kemahuan semua orang. Andai kata tahun lepas persekitaran hidup tidak teratur, rasa serabut dengan kerja yang banyak, stress dan sebagainya. Jadi, cuba pada tahun ini berazam wujudkan persekitaran hidup yang teratur dan terancang. Bila kehidupan kita teratur dengan baik, semuanya akan jadi mudah walaupun kerja banyak. Semuanya akan berjalan dengan lancar.


5. Kuasai ilmu dan lakukan benda baru


Bila masuk tahun baru, semuanya baru. Azam baru, tahun baru, hari baru, umur pun baru. Jadi pada tahun baru ini, apa kata kita kuasai ilmu dan belajar sesuatu yang baru pulak. Dulu tak pandai bisnes, sekarang dah pandai bisnes, dulu tak pandai masak, sekarang dah pandai masak. Nampak tak perubahan baru dalam hidup dari tak pandai jadi pandai. So, jangan takut mencuba perkara baru dalam hidup. Kalau berjaya, kita bahagia. Kalau gagal kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.

Jadi macam mana dengan 5 azam tahun baru untuk terus menjadi orang yang berjaya, okay ke tak? Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Boleh juga baca post-post yang lain di Sembang Kejayaan


1 Response to "5 Azam Tahun Baru Untuk Berjaya Dalam Hidup"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel