-->

Mengapa MOVE ON Itu Susah? Ini Penjelasan Yang Tepat Serta Tips



Penjelasan yang tepat mengapa move itu susah

Kenapa Move On Itu Susah? Kenapa Sukarnya Untuk Kita Move On Dari Kisah Lampau Kita?

Sembang Kejayaan - Sebenarnya, nak move on memang susah. Malah ianya mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Kadang-kadang ambil masa sampai berbulan-bulan, ada juga sampai bertahun-tahun.

Ada orang cuba nak move on dari segi akademik, gagal dalam peperiksaan dan sebagainya. Ada juga orang yang nak move on dari kekasih, crush dan sebagainya. Tetapi, tak tahu nak mula dari mana. 

Jadi jangan risau, untuk entri kali ini akan berkongsi sedikit tips untuk move on dari kisah lampau. Jadi, sebelum itu, lebih baik kita faham terlebih dahulu maksud bagi move on.

Move on merupakan suatu tindakan untuk bangkit dari kekecewaan. Maksudnya, kita bangun dari kekecewaan tersebut serta terima sesuatu yang berlaku dengan hati yang ikhlas dan meneruskan kehidupan seperti biasa.


Sebab Apa Move On Itu susah?

Move on ni, bukan susah sebab kita tidak boleh lupakan sesuatu, atau bukannya susah sebab kita tidak boleh terima sesuatu.

Tapi susah sebab kita tak nampak apa hikmah yang kita dapat disebalik setiap ujian yang terpaksa kita  lalui. Kenapa begitu?

Sebabnya, manusia ini dia hanya akan faham tentang 2 perkara. Perkara yang telah berlaku dan Perkara yang sedang berlaku. Untuk perkara masa depan, mereka tidak akan tahu. Sebab itu, wujudnya ayat-ayat sebegini "Everything is going to be fine", "Akan ada hikmah disebalik kejadian" yang membuatkan kita sendiri tidak faham. Tidak faham sebab perkara itu belum lagi berlaku.

Dan setiap perkara yang masih lagi belum berlaku. Itu bukan atas kuasa kita untuk kita tentukan. Itu, kuasa Tuhan.

Andai kita dapat tahu, akan hikmah kenapa kita diuji. Kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita ini, dan kita sedar betapa beruntungnya kita diuji sebegitu.

Apa yang nak disampaikan dekat sini, setiap ujian yang berlaku datangnya dari Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik dan apa yang tidak baik buat kita. Mungkin kita diuji untuk menggantikan sesuatu yang lebih baik lagi.




Nak Move On? Cuba Tips Ini :

1. Move

Perkara pertama yang harus dilakukan untuk move on adalah "Move". Nama pun move. Jadi bergeraklah untuk melakukan sesuatu. Maksudnya, jangan hanya duduk, diam, termenung, selalu dengar lagu-lagu sedih dan menyesal "Kenapa hidup aku seperti ini". Kalau anda melakukan perkara sebegitu, anda takkan boleh untuk move on. Malah anda akan menjadi lebih sedih lagi.

Cepat bangun dan berdiri, kemudian tegakkan badan anda dan bergerak. Kemudian, keluarlah dari rumah untuk menghirup udara luar, melihat sesuatu yang baru atau melakukan aktiviti luar seperti keluar tengok movie bersama rakan, pergi shopping dan sebagainya asalkan benda itu boleh membuatkan anda bergerak dan happy.

Tips Paling Berkesan Untuk Move On Tahun Ini

Kalau anda mahu sesuatu yang lebih baik lagi, sebenarnya ada 3 bahagian yang harus kita ubah iaitu tubuh badan, fikiran dan perasaan. 3 bahagian ini sangat penting.

Daripada 3 bahagian ini, perasaan itu yang paling sukar sekali untuk diubah.

Oleh sebab itu, yang paling pertama yang harus lakukan jangan ubah perasaan terlebih dahulu. Tetapi ubahlah tubuh badan dahulu dengan melakukan banyak pergerakan tubuh badan. Jangan hanya duduk, diam dan termenung kerana ianya tidak akan mengubah apa-apa.

Selepas ubah tubuh badan, nanti secara automatik akan mengubah fikiran dan perasaan.

2. Ubah fikiran

Cuba kita fokuskan fikiran kita kepada benda-benda yang lain. Percayalah, jika kita selalu fikirkan benda-benda yang baik, perasaan kita juga akan menjadi lebih baik.

Jika fikiran kita selalu teringat-ingat akan kisah-kisah masa lalu bersama kekasih atau benda-benda yang boleh menyakitkan hati, nescaya perasaan kita akan turut sedih, murung, selalu termenung dan sebagainya. Cepat-cepatlah ubah fikiran kita kearah lain kerana kita tidak mahu perasaan kita sedih lagi sekali.

Nak ubah perasaan, ubah dahulu fikiran kita. Sebabnya, apa yang kita fikirkan ianya mempengaruhi perasaan kita.

Sekarang cuba kita bayangkan hal-hal yang indah, hal-hal yang positif dalam fikiran kita, lalu apakah yang kita rasa pada ketika itu? Pasti kita akan merasa bahagia.

Dan sekarang cuba pula bayangkan hal-hal yang buruk dalam fikiran kita, pada ketika itu apa yang kita rasa? Pasti kita akan rasa sedih, gelisah, takut. Betul atau tidak?

Sama juga saat kita move on. Jangan difikirkan lagi atau di ingat-ingatkan lagi kenangan yang pernah membuatkan kita sedih pada suatu ketika dahulu. Itu akan membuatkan kita jadi sedih selepas itu. Jadi kita harus fikir ke depan. 

Kesimpulannya, jika kita sudah mengubah tubuh badan kita, mengubah fikiran kita, secara automatik perasaan kita miliki juga, secara perlahan-lahan akan berubah.

Semoga bermanfaat..

0 Response to "Mengapa MOVE ON Itu Susah? Ini Penjelasan Yang Tepat Serta Tips"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel