Pentingnya minda untuk berjaya motivasi terkini
Tuesday, July 16, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Nak berjaya? Semua orang nak berjaya.
Nak berjaya bukan suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan usaha dan keyakinan diri yang kuat baru boleh berjaya.
Ada usaha tetapi tiada keyakinan diri tak boleh juga. Keyakinan diri juga penting bagi melambangkan seseorang itu akan berjaya. Jadi, yakinlah pada diri sendiri bahawa anda boleh berjaya seperti orang lain.
Jadi harini, Sembang Kejayaan akan memberi sedikit motivasi yang berkaitan dengan kejayaan kepada sesiapa yang membaca blog ini.
Masuk kepada topik kita harini adalah pentingnya minda untuk berjaya.
Selain dari kita berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya, minda juga penting untuk berjaya. Yang mana minda ni merupakan satu anugerah daripada tuhan yang sangat bernilai. Jadi gunalah dengan sebaik-baiknya.
Bagaimana nak guna minda untuk berjaya?
Dengan minda kita boleh menggambarkan atau membayangkan kejayaan kita pada masa depan. Bila dah ada bayangan kejayaan kita suatu hari nanti, baru kita akan bertindak untuk berusaha mencapai apa yang diimpikan tadi.
Kalau kita lihat orang yang berjaya, sebelum mereka bertindak, mereka akan menggambarkan kejayaan mereka terlebih dahulu, kemudian baru mereka akan usahakan untuk mengejar apa yang mereka gambarkan menjadi kenyataan.
Kita juga boleh lihat orang yang bekerja sebagai Arkitek atau jurubina. Apa yang kita tahu tugas mereka ialah untuk merancang, melukis bentuk bangunan dan menyelia pembinaannya.
Sebelum terbentuknya sebuah bangunan, mereka akan melakar terlebih dahulu bentuk bangunan pada kertas. Apa saja yang mereka gambarkan dan idea-idea yang tercetus dalam minda mereka akan dijadikan sebuah lukisan.
Mereka akan melukis apa yang digambarkan oleh minda mereka. Kemudian barulah terhasilnya satu lukisan lengkap yang berbentuk sebuah bangunan yang cantik.
Apabila bangunan itu siap dibina dengan sepenuhnya, mereka inilah orang yang paling bahagia dan gembira. Sebabnya, apa yang mereka impikan sudah berjaya menghasilkan sebuah bangunan yang cantik.
Begitu juga dengan kita. Kita perlu gambarkan dan bayangkan kejayaan kita agar kita dapat bertindak dengan segera untuk mencapainya.
Dengan minda yang sebegini dapat membantu kita sentiasa bekerja keras dan meningkatkan semangat untuk berjaya.
Sebabnya, kita sudah nampak kejayaan kita pada masa depan hasil daripada gambaran kejayaan oleh minda kita tadi.
Sebabnya, kita sudah nampak kejayaan kita pada masa depan hasil daripada gambaran kejayaan oleh minda kita tadi.
Oleh itu, teruskan untuk berusaha, jangan sesekali takut pada kegagalan. Yakinlah pada diri sendiri yang kita boleh berjaya. Jika ada disini mempunyai masalah takut pada kegagalan boleh baca motivasi ini gagal bukanlah pengakhiran.
Sampai disini saja perkongsian mengenai pentingnya minda untuk berjaya. Nantikan motivasi-motivasi segar yang berkaitan dengan kejayaan dalam next update.
"Sharing is Caring".
Terima kasih kerana sudi membaca.
0 Response to "Pentingnya minda untuk berjaya motivasi terkini"
Post a Comment