-->

Pentingnya Tidur Yang Mencukupi Dalam Kehidupan Seharian

Sembang Kejayaan - Setiap orang memerlukan tidur yang mencukupi antara 7 hingga 9 jam dalam satu hari. Tak cukup tidur atau terlebih tidur ia sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan. Jadi mendapat tidur yang mencukupi adalah sangat penting bagi setiap orang untuk mengekalkan badan sihat. Bahkan, dapat membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari. Terdapat banyak manfaat yang akan diperoleh jika kita mendapat tidur yang baik dan mencukupi.

Kenapa Penting Tidur Yang Mencukupi Dalam Kehidupan Seharian
Pentingnya Tidur Yang Mencukupi Dalam Kehidupan Seharian

1. Dapat Menenangkan Fikiran

Perasan tak, setiap kali anda tidak mendapatkan waktu tidur yang mencukupi, semua perkara yang ingin dilakukan menjadi serba tak kena. Fikiran jadi tak tentu arah, berserabut! Ini sebab otak kita juga perlukan rehat yang mencukupi tetapi disebabkan kita terlalu memaksanya untuk terus bekerja, maka fikiran kita pun menjadi serabut, stress, cepat rasa nak marah, dan letih.

Jadi agar ia tidak berterusan dan menyukarkan kita melakukan kerja seharian kita perlu merehatkan minda kita dengan mendapatkan tidur yang secukupnya. Jika kita mendapat tidur yang cukup fikiran kita akan berasa lebih tenang dan lebih segar setelah bangun dari tidur.

2. Dapat Mengembalikan Semula Tenaga

Setiap hari sudah tentu banyak tenaga yang kita gunakan untuk melakukan kerja. Semakin banyak kita melakukan kerja, semakin banyak tenaga yang kita gunakan. Jadi untuk mengecas semula tenaga dalam diri kita adalah dengan cara mendapatkan tidur yang mencukupi. Tidur adalah masa terbaik untuk mengembalikan tenaga kita sepenuhnya dan kita akan berasa lebih segar setelah bangun.

3. Dapat Rehatkan Badan Yang Keletihan

Badan kita akan berasa letih apabila banyak melakukan kerja. Bila terlalu banyak kerja yang dilakukan kadang-kadang tidak sempat untuk berehat. Jadi, untuk menghilangkan rasa keletihan bekerja, ambil lah waktu untuk kita merehatkan tubuh badan dengan mendapatkan tidur yang secukupnya pada waktu malam. Elakkan aktiviti yang boleh membuatkan kita berjaga sehingga larut malam seperti menonton televisyen, bermain game dan sebagainya. Akibatnya, badan kita akan bertambah penat jika tidur tidak mencukupi.


4. Dapat Mengawal Emosi

Tidur dan emosi mempunyai kaitan yang rapat. Jika anda kerap beremosi, itu menunjukkan anda tidak mendapatkan waktu tidur yang cukup. Akibat kurang rehat ia boleh menyebabkan emosi mudah terganggu seperti senang naik marah dan hilang “mood”. Sementara itu, orang yang mengekalkan corak tidur yang sihat dapat membantu mengimbangi kestabilan emosi dalam kehidupan sehari-hari.

5. Dapat Meningkatkan Fokus & Semangat

Bila dah tak cukup tidur, secara tidak langsung akan membuatkan kita sukar untuk menumpukan perhatian dan tak dapat fokus dalam melaksanakan sesuatu tugas. Hal ini sangat tidak bagus kerana ianya dapat mengganggu "mood" dan hilang semangat untuk menyelesaikan tugasan kerja. Jadi, untuk mengembalikan semangat dan sentiasa fokus kita perlulah mendapatkan rehat yang secukupnya. Ambil lah masa pada waktu malam untuk kita rehatkan tubuh badan dengan mendapatkan tidur yang cukup supaya keesokan harinya apabila bangun kita akan lebih semangat dan sentiasa fokus dalam melaksanakan tugasan kerja.

Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga kesihatan diri kita dengan mendapatkan tidur yang mencukupi setiap hari. Tidur yang mencukupi bukan sahaja dapat mengekalkan badan yang sihat. Malah, emosi dan perwatakan kita akan lebih ceria.

Semoga bermanfaat.

10 Responses to "Pentingnya Tidur Yang Mencukupi Dalam Kehidupan Seharian"

  1. Terus rasa nak tidur sekarang jugak haha

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Tak cukup tidur tu memang membahayakan jiwa dan raga 🤓

    ReplyDelete
  3. Nikmat betul dapat tidur berkualiti.
    Hehe saya komen pos awak ni selepas bangun pagi. Segar dan dapat membaca tulisan awak.

    ReplyDelete
  4. Bangun tidur rasa fresh, sangat best..

    ReplyDelete
  5. tido cukup badan segar..tido x cukup badan serba x kena.. sejak game bola sudah kembali bersiaran langsung ni, saya juga kadang kala kekurangan tido.

    ReplyDelete
  6. Ada betulnya..tido lambat nk bgun awal pn susah ^_^

    ReplyDelete
  7. selalunya hujung minggu baru betul-betul dapat tidur yang cukup... kalau hari kerja agak payah tapi boleh la dapat lah 6 ke 7 jam kadang tu

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Pening rasa kepala kalau x cukup tidur.

    ReplyDelete
  9. saat ini, saya lagi berusaha untuk mendapatkan kualitas tidur nih mas hehe.

    ReplyDelete
  10. seronok tu kalau dapat tidur yang cukup. barulah dapat tidur yang berkualiti dan merehatkan badan. Banyak manfaat daripada tidur yang cukup ni.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel