Tips bisnes online dari kecil kecilan menjadi besar dan berjaya
Friday, November 8, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Anda minat nak buat bisnes? Atau anda sudah ada bisnes tetapi ingin memperbesarkan lagi bisnes anda secara online. Dari bisnes yang kecil kecilan menjadi besar dan berjaya. Tapi tak tahu nak start dari mana?
Jangan risau, kalau anda melakukan perniagaan kecil atau perniagaan atas talian mahu kembangkan lagi perniagaan anda, dalam artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memajukan lagi bisnes anda. Dari bisnes kecil boleh jadi bisnes yang menguntungkan dan berjaya. Jom kita study sikit...
Baca Juga:
1. Jenama/Brand
Bisnes kecil-kecilan perlu pentingkan penjenamaan. Ramai yang ingat penjenamaan ini adalah untuk perniagaan yang besar-besaran sahaja. Kalau perniagaan ada nama sejak kecil-kecilan lagi, ianya dapat memudahkan lagi perjalanan perniagaan kita. Untuk membesarkan lagi bisnes yang dilakukan, jenama atau brand sangat penting supaya pelanggan lebih mudah kenal produk kita. Nampak tak?
Contohnya, anda buat bisnes makanan ringan iaitu karipap frozen. Pada masa yang sama anda juga ada pesaing. Jadi ciptalah satu kelainan dari pesaing anda dengan meletakkan jenama/brand dengan sedikit design pada bungkusan plastik ataupun kotak dapat membuatkan persepsi pelanggan terhadap perniagaan kita sudah berbeza. Kita sudah ada jenama berbanding pesaing yang tiada jenama. Nampak tak perbezaannya? Ada jenama dengan tiada jenama, yang mana lagi mudah untuk orang kenali. Bayangkan juga kalau anda jadi pelanggan, anda nak beli yang ada jenama atau tiada jenama?
Sama juga bagi anda yang dah ada bisnes dan ingin membesarkan lagi bisnes kecil-kecilan, boleh cuba lakukan secara online. Bila sebut pasal bisnes online, kita perlu ada platform online iaitu blog, fb page, telegram, instagram dan sebagainya yang berperanan sebagai "kedai online". Bila dah ada kedai, mesti kena ada nama supaya pelanggan dapat kenal produk kita, betul tak? Jadikan nama itu sebagai jenama/brand anda dan letak di fb page, blog, instagram dan lain-lain supaya pelanggan dapat kenal perniagaan kita dan produk kita.
Oleh itu jenama/brand sangat penting untuk peniaga-peniaga kecil untuk memajukan lagi bisnes. Kita tahu perniagaan kecil-kecilan pesaingnya ramai. Tapi dengan adanya jenama dapat membezakan perniagaan kita dengan perniagaan kecil yang lain.
2. Pemasaran/Marketing
Yang kedua adalah marketing. Dalam apa sahaja perniagaan of course pemasaran/marketing adalah sangat penting untuk menarik pelanggan membeli produk kita, datang ke lawan web kita, datang ke media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Kalau marketing kita lemah, bisnes tidak boleh pergi jauh.
Antara marketing yang popular sudah pastinya facebook marketing, instagram marketing yang semua orang tahu. Oleh kerana zaman sekarang pesaing semakin tinggi, cubalah lakukan apa orang tak guna atau jarang orang guna. Memang kita tahu facebook, instagram bagus. Tapi, terlalu ramai orang guna facebook dan instagram, betul tak? Jadi selain kita buat marketing di fb dan instagram, kita juga perlu lakukan marketing yang ramai orang tak guna. Jadi dari situ persaingan semakin berkurang dan orang dapat kenali dengan mudah jenama/brand perniagaan kita. Sebab persaingan tidak terlalu ramai. Nampak tak strategi?
Antara marketing yang boleh kita lakukan juga adalah SEO (Search Engine Optimization), Email Marketing dan macam-macam lagi yang boleh kita cuba untuk menarik pelanggan.
Sampai disini sahaja dahulu perkongsian tips dalam perniagaan. Tunggu tips seterusnya, semoga artikel ini bermanfaat.
0 Response to "Tips bisnes online dari kecil kecilan menjadi besar dan berjaya"
Post a Comment