Apa Tips Untuk BERJAYA Dan FOKUS dalam pelajaran?
Tuesday, August 20, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Sempena sekarang ini musim exam, jadi ramai para pelajar sedang sibuk sekarang ini untuk mengulang kaji pelajaran, membuat nota, membuat perbincangan dalam kumpulan dan ada yang sibuk mencari tips berjaya dalam peperiksaan PT3, SPM dan sebagainya. Blog Sembang Kejayaan mengucapkan semoga berjaya. Semoga Allah memberi kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Jadi dalam blog ini nak beri sedikit tips untuk berjaya tentang bagaimana nak lebih fokus dalam pelajaran buat semua yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini. Mudah-mudahan dengan tips berjaya ini dapat membantu pelajar-pelajar lebih fokus dalam pelajaran dan berjaya dalam peperiksaan nanti.
Bagaimana nak fokus dalam pelajaran?
Kebiasaannya, kita akan buat sesuatu benda itu dengan sunguh-sunguh sebabnya kita ada matlamat yang jelas, kenapa kita buat sesuatu benda itu.
Bila matlamat tidak jelas, dari situ rasa malas akan hadir. Sebab kita tidak tahu kemana hala tuju kita sebenarnya. Dari situ mula rasa malas dan susah nak fokus.
Biasanya, orang yang malas atau orang susah nak fokus ketika belajar, sebenarnya mereka mempunyai matlamat yang tidak jelas. Sebab orang yang ada matlamat yang jelas dalam hidup mereka, apa yang mereka nak, mereka tidak akan malas sebenarnya. Bahkan mereka akan lebih fokus untuk kejar matlamat hidup mereka.
Sebab itulah kalau anda nak fokus dalam belajar, atau nak hilangkan rasa malas, cuba anda fikirkan semula apa tujuan anda belajar?
Ada orang belajar sebab tengok rakan-rakan yang lain belajar, jadi dia pun belajar. Dan ada orang belajar hanya sekadar untuk lulus peperiksaan. Kalau tak lulus mereka akan jadi malas dan tak nak belajar lagi. Dan ada juga orang yang belajar sebab nak tunjuk hebat dekat girlfriend dia. Kalau girlfriend dia tak suka dia, memang akan rasa down dan malas belajar selepas itu. Sebab matlamat tidak jelas.
Dalam belajar ini, biar ada matlamat yang jelas terlebih dahulu, kita belajar untuk apa? apa yang kita nak sebenarnya dalam hidup. Bila sudah ada matlamat yang jelas, mereka tak kisah gagal ataupun tidak, mereka tetap akan usaha untuk kejar matlamat tersebut.
Baca juga :
- Pentingnya minda untuk berjaya
- Bagaimana nak berjaya kalau selau fikir negatif
- Gagal Bukanlah Pengakhiran
Sebelum belajar, niatkan dalam hati :
1. Belajar kerana Allah (Bagi muslim)
2. Belajar untuk memberi manfaat kepada orang lain
3. Belajar untuk gembirakan hati ibu bapa
Tips untuk berjaya?
Kalau nak berjaya kenalah rajin. Ada orang memang bijak dalam pelajaran, kalau belajar terus jadi pandai, ada orang susah sikit nak belajar.
Kalau yang selalu gagal dalam peperiksaan, janganlah main-main lagi. Teruskan belajar bersungguh-sungguh. Mulakan dari sekarang untuk mengulang kaji pelajaran.
Sampai disini saja perkongsian mengenai tips nak berjaya dalam pelajaran kepada yang bakal menduduki peperiksaan PT3, SPM atau apa-apa peperiksaan, di ucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan dan juga berjaya dalam kehidupan.
0 Response to "Apa Tips Untuk BERJAYA Dan FOKUS dalam pelajaran?"
Post a Comment