Mengapa Kita Selalu Gagal? Ini Penjelasannya
Sunday, September 22, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Gagal? Semua orang pasti pernah mengalami kegagalan. Boleh jadi kegagalan tersebut terjadi berpunca dari kesalahan kita sendiri. Bila gagal, kita selalu menganggap bahawa gagal itu adalah pengakhiran perjalanan, bahkan ada yang menganggap bahawa ia sudah ditakdirkan untuk gagal buat selamanya. Padahal mereka tidak tahu yang mereka sudah hampir menuju kejayaan. Hanya perasaan saja sebenarnya yang membuatkan kita rasa give up, menyerah kalah, dan berputus asa bila gagal.
[Dah Baca?] Dont Give Up - Gagal? Tetapi Nak Berjaya Motivasi Kejayaan
Jika berfikiran sebegitu, buang sajalah pemikiran itu jauh-jauh. Sebab pemikiran sebegitu hanya menjadi penghalang buat kita untuk terus berjaya menuju puncak kejayaan. Sebagai anak muda yang masih bertenaga, gunalah masa ini untuk terus berjuang.
Kegagalan terjadi kerana mahu kita terus tingkatkan usaha lagi, belajar dari kegagalan, bukannya tanda untuk menyerah kalah.
Cuba lihat orang-orang yang berjaya. Mereka pernah mengalami kegagalan sebelumnya, kegagalan yang mereka alami pada suatu ketika dahulu jauh lebih "pahit" dari kegagalan kita alami. Tetapi sekarang, mereka sudah menjadi orang yang berjaya. Berkat dari hasil usaha mereka yang tidak mudah menyerah kalah.
Antara orang-orang berjaya yang pernah mengalami kegagalan seperti Koloner Sander iaitu pengasas restoran segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC). Walaupun hidupnya penuh dengan kegagalan, tetapi dia tidak pernah menyerah kalah dan sekarang dia mempunyai bisnes yang terus berkembang sehingga hari ini. Itu bermakna gagal itu bukan penghalang, kita juga boleh berjaya!
Jadi, jika kita selalu memikirkan mengapa kita selalu gagal dan orang lain berjaya. Berhentilah berfikiran sebegitu. Sebab sesiapa saja boleh berjaya!
Mengapa Kita Selalu Gagal
1. Mindset
Mindset yang membuatkan kita gagal adalah mindset yang lemah. Dimana kita selalu berfikir "Saya tak boleh berjaya seperti orang lain", "Saya sudah ditakdirkan untuk gagal". Mindset sebeginilah yang selalu menjadi penghalang buat kita untuk terus berjuang demi mencapai sesebuah kejayaan. Kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain yang mana mereka lebih hebat daripada kita. Jika mempunyai pemikiran sebegitu, buang pemikiran itu jauh-jauh.
Untuk mencapai sesebuah kejayaan, kita perlu perbaiki mindset terlebih dahulu. Mindset kita mesti baik, mindset kita mesti sihat,
Dan percaya yang semua orang boleh berjaya! Lihatlah orang-orang yang sudah berjaya di luar sana. Sebelum mereka berjaya, mereka juga tidak ada apa-apa, mereka juga pernah gagal. Tetapi sekarang mereka sudah berjaya menjadi orang yang hebat. Jadi, jadikan kejayaan mereka sebagai motivasi buat kita semua.
2. Tindakan
Tindakan? Orang lain boleh berjaya kerana tindakannya tepat. Apa yang kita cita-citakan untuk berjaya mesti seiring dengan tindakan yang boleh bawa kita menuju kejayaan itu. Contohnya, bila ada peluang, segeralah untuk bertindak. Jangan sesekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan rebutlah peluang yang ada serta percaya apa yang kita lakukan, pasti berjaya!
Orang yang berjaya tidak pernah berputus asa, tidak pernah berhenti mencuba bila gagal, malah mereka sentiasa berusaha dengan lebih baik lagi sehinggalah mereka dapat apa yang mereka impikan. Jadi segeralah untuk bertindak untuk mencipta sebuah gunung kejayaan. Pasti anda pernah dengar kata-kata ini "Usaha Tangga Kejayaan". Berusahalah bersungguh-sungguh pasti berjaya.
[Dah Baca?] Motivasi Usaha Tangga Kejayaan
0 Response to "Mengapa Kita Selalu Gagal? Ini Penjelasannya"
Post a Comment