-->

Tempat Menarik Di Sabah - 10 Destinasi Terbaik Untuk Bercuti



Sembang Kejayaan - Selamat datang ke negeri Sabah. Kalau nak tahu, negeri Sabah ini merupakan negeri kedua terbesar yang ada di Malaysia selepas Sarawak. Negeri ini juga dikenali sebagai "Negeri Bawah Bayu" kerana kedudukannya yang strategik di bawah laluan angin monsun.


Dekat Sabah ini, banyak tempat-tempat yang cantik dan menarik yang perlu kita kunjungi kalau datang bercuti ke negeri ini. Memang cantik kawasan-kawasan yang ada di sini, dah macam dekat Overseas, Wow..menarik kan. Tambahan pula, kawasannya yang bergunung-ganang dan kaya dengan sumber semula jadi membuatkan negeri ini menjadi tarikan pelancong.

Inilah senarai tempat menarik di Sabah yang harus anda singgah kalau datang ke negeri bawah bayu ini.


Baca Juga:





1. The Tip of Borneo

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

The Tip of Borneo juga merupakan tempat yang terkenal di negeri Sabah yang terletak di Kudat. Pemandangan yang sangat cantik, air laut yang kebiruan yang membuatkan orang ramai datang ke sini untuk bergambar. Terdapat pondok-pondok kecil yang disediakan di sekitar kawasan ini untuk kita berehat menikmati pemandangan yang sangat menarik sambil mendengar bunyi alunan ombak yang sangat menyenangkan.


2. Pulau Sapi

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Kalau datang ke Kota Kinabalu, datanglah ke Pulau Sapi. Pulau Sapi ini sangat diminati oleh pelancong yang datang ke negeri ini, kerana air lautnya yang tenang dan bewarna hijau kebiru-kebiruan yang membuatkan pemandangan sekeliling pulau ini kelihatan cantik. Bagi yang suka travel ke pulau-pulau yang ada di Malaysia, cubalah untuk datang ke Pulau Sapi. Memang view yang sangat menarik.

Tambahan pula, di pulau ini juga menyediakan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan antaranya snorkeling, parasailling, scuba diving, flying fox dan banyak lagi. Bagi yang suka aktiviti lasak, Pulau Sapi adalah destinasi terbaik untuk anda.


3. Desa Cattle Dairy Farm

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Datang ke negeri Sabah, jangan lupa singgah ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di kaki gunung kinabalu di Kundasang. Pemandangan dekat sini sangat indah dan menarik sambil menikmati kecantikan gunung kinabalu. Tempat ini juga dikenali sebagai New Zealand sebab pemandangannya ala-ala seperti di New Zealand. Kawasannya yang berkabus yang menutupi sebahagian puncak gunung kinabalu yang membuat view dekat sini jadi lagi cantik dengan suhu yang sejuk.

Selain pemandangannya yang cantik, dekat sini juga anda boleh melawat ladang lembu New Zealand. Ladang lembu yang sangat luas yang berada di kaki Gunung Kinabalu yang membuatkan ianya lebih menarik.


4. Upside Down House Sabah

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Kalau datang bercuti di Sabah, jangan lupa datang ke Rumah Terbalik ini. Rumah Terbalik merupakan tempat tarikan pelancong di negeri Sabah yang terletak di Tamparuli. Rekaan luar yang menakjubkan dan bahagian dalam rumahnya yang turut dilengkapi dengan barang-barang hiasan yang diletakkan dalam keadaan terbalik. Bagi yang suka bergambar, tempat ini sangat sesuai untuk bergambar untuk dijadikan kenangan kerana reka bentuk rumah yang sangat unik.

Banyak tempat selain di Sabah yang mempunyai rumah terbalik. Tetapi, keunikan Rumah Terbalik di Tamparuli ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan mempamerkan beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang membuatkan ianya berbeza dengan tempat-tempat lain.


5.  Polumpung Melangkap View Camp Site

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Polumpung Melangkap Camp View Site, merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di Kota Belud.  Tempat ini semakin dikenali ramai disebabkan keindahan tempatnya yang cantik yang membuatkan setiap pengunjung datang ke negeri ini, akan melawat ke tempat ini. Tempat ini merupakan kawasan sukan dan rekreasi. View tempat ini dikelilingi alam semula jadi yang membuatkan tempat ini menjadi segar. Aktiviti utama pengunjung ke tempat ini adalah berkhemah sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Selain aktiviti berkhemah, anda juga boleh bermandi-manda di sungai, barbeku (BBQ) dan lain-lain turut disediakan.


6. Bukit Bongol

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Bagi yang kaki Hiking melihat alam semula jadi. Ini berita gembira buat anda. Ini dia Bukit Bongol! Bukit Bongol merupakan tempat Hiking yang best dan laluan yang mencabar sepanjang pendakian sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Ianya terletak di Kota Belud. Lokasi ini menjadi kegemaran bagi pendaki. Memang rasa berbaloi bila sampai di puncak, pemandangan yang sangat cantik dan boleh nampak Gunung Kinabalu dari jauh.


7. Bombon Kg Marakau

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Ini merupakan salah satu tempat untuk kita rilek, tenangkan fikiran dan sebagainya. Nama tempat ini adalah Bombon yang terletak di Kampung Marakau. Di sini terdapat pelbagai jenis ikan antaranya ikan emas, ikan talapia dan ikan koi yang berwarna dan saiz yang kebanyakannya agak besar. Ikan-ikan di sini kesemuanya jinak-jinak. Selain itu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di sini antaranya merendam kaki di dalam sungai sambil menikmati geselan ikan-ikan yang jinak, memberi ikan makan dan lain-lain lagi.


8. Pasar Malam Ikan Todak

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Kalau nak tahu, di negeri Sabah ini sangat terkenal dengan makanan-makanan seafood yang fresh. Kalau datang ke Sabah, memang tak lengkap kalau tak singgah ke Pasar Malam Ikan Todak. Kenapa? Kerana terdapat pelbagai jenis makanan seafood yang ada di sini. Antaranya ketam, udang, lokan, ikan siakap, dan macam-macam lagi yang ada di pasar ini. Lepas itu, banyak gerai-gerai makanan seafood yang best-best di sini. Bagi yang suka makanan seafood, inilah destinasi sesuai untuk anda bila datang ke Sabah.


9. Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Ini juga merupakan satu destinasi percutian yang sangat menarik yang ada di Sabah. Bagi mereka yang teringin nak merasai pengalaman tidur dalam khemah Mongolia, tak perlu susah-susah pergi jauh sampai ke Mongolia. Datang saja di negeri Sabah yang terletak di Kundasang. Ianya hampir sama seperti di Mongolia. Pemandangan yang sangat cantik, tenang, sambil menikmati sunrise di kawasan pergunungan ini.


10. Crystal Hill

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Untuk Bercuti

Apa yang menarik di Sabah ini adalah banyak kawasan yang berbukit-bukau. Sudah tentu tempat-tempat sebegini mempunyai udara yang nyaman dan cuaca yang sejuk. Destinasi seterusnya di Crystal Hill merupakan destinasi menarik untuk menikmati pemandangan yang indah, ditambah pula bukit-bukit yang cantik kehijauan, sambil menghirup udara segar, pasti membuatkan pengunjung rasa tenang melihatnya dan segala masalah hilang dari ingatan. Jangan lupa untuk bergambar di sini bila datang ke Crystal Hill.



0 Response to "Tempat Menarik Di Sabah - 10 Destinasi Terbaik Untuk Bercuti "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel