-->

Rumah Idaman - 5 Design Interior Rumah Yang Di Impi-Impikan



Setiap orang mempunyai design interior rumah impian mereka sendiri. Memiliki rumah yang cantik, selesa dan menarik sudah tentunya menjadi idaman semua orang. Tidak kira jenis kediaman anda kecil ataupun besar, jika kita bijak dalam menyusun atur, pastinya akan nampak lebih cantik dan mewah.

Rumah merupakan tempat tinggal kita. Jadi mestilah kena hias cantik-cantik. Banyak orang yang suka mendekorasi rumah mereka dengan design-design kesukaan mereka supaya rumah mereka sentiasa kelihatan cantik.

Terdapat pelbagai design interior rumah yang menjadi pilihan antaranya adalah design tradisional, moden, ala-ala korea, vintage dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing untuk menentukan mengikut kesukaan.

Design interior rumah apa yang menjadi pilihan anda nanti?


1. Design Korea

Design Interior Rumah Korea Style

Bagi pencinta drama Korea, mesti mahu memiliki rumah dengan interior yang berkonsep ala korea ini. Sebabnya, design interior rumah yang ada di dalam drama korea selalu menarik perhatian kita. Untuk tema ini ianya terdiri dari warna-warna yang cerah dan cukup simple dan sederhana serta disusun pula dengan furniture yang cute. Design interior rumah ala Korea, ianya memiliki design dan konsep yang agak unik yang membuatkan rumah tersebut kelihatan lebih menarik.

Di bahagian ruang tamu ala Korea kelihatan sangat cantik dan menarik ditambah pula dengan perabot yang tersusun rapi. Ianya menjadikan rumah kelihatan lebih anggun dan mata jadi lebih senang bila memandang.


2. Design Moden

Design Interior Rumah Modern Style

Zaman semakin hari semakin canggih, jadi ramai yang memilih design interior rumah mereka dengan gaya moden supaya ianya kelihatan baru, cantik dan mewah. Furniture yang digunakan untuk konsep ini banyak menggunakan furniture moden yang menggunakan bahan besi dan kaca supaya ianya kelihatan lebih menarik.


3. Design Tradisional

Design Interior Rumah Tradisional Style

Bagi yang sukakan gaya tradisional, pasti design interior rumah tradisional akan menjadi pilihan mereka. Konsep ini banyak menggunakan perabot tradisional yang diperbuat daripada kayu, rotan dan sebagainya.

Perabot-perabot disusun dengan kemas dan ditambah dengan sedikit perhiasan bunga yang diletakkan di atas meja membuatkan ianya lebih cantik.

Gaya ini juga menampilkan suasana fesyen lama dan mampu menampilkan suasana selesa bila berada di ruang tamu. Pasti dapat mengimbas kembali rumah kampung yang pernah kita huni sewaktu kita kecil dulu.


4. Design Vintage

Design Interior Rumah Vintage Style

Dengan berkonsepkan design interior rumah vintage tampilannya yang cantik dan manis. Untuk design  vintage ini sesuai dengan warna-warna yang lembut seperti putih, hijau muda, merah jambu, dan biru muda dan digabung pula dengan kusyen yang biasa serta sedikit hiasan oleh bunga-bunga yang diletakkan di atas meja supaya ianya kelihatan lebih anggun. Untuk lebih menarik lagi, boleh letakkan sedikit tanaman agar membawa perasaan dekat dengan alam dan menjadikan suasana lebih segar.

Bagi sukakan design interior vintage ini, anda boleh jadikan ia sebagai pilihan anda dalam mewujudkan rumah impian nanti.


5. Design Scandinavian

Design Interior Rumah Scandinavian Style

Konsep Scandinavian Interior merupakan salah satu gaya design terkini yang menjadi kegemaran oleh setiap pemilik rumah. Biarpun ianya terlihat sederhana tetapi, tetap menarik dan unik apabila dilihat.

Konsep Scandinavian ini sangat sesuai dengan warna-warna yang terang dan bersifat neutral. Kebiasaannya warna putih akan menjadi warna utama dalam konsep interior Scandinavia. Kemudian, dihias pula dengan gantungan frame pada dinding yang warnanya mirip dengan warna dinding untuk menguatkan lagi tema Scandinavian ini. Untuk tema ini juga, boleh letakkan sedikit tanaman agar suasana lebih segar dan enak dilihat.


Jadi itulah 5 design interior rumah yang di impikan-impikan oleh setiap pemilik rumah. Daripada 5 design itu, yang mana yang menjadi pilihan hati anda?



Baca Juga: 

0 Response to "Rumah Idaman - 5 Design Interior Rumah Yang Di Impi-Impikan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel