-->

6 ️Cara Suri Rumah Jana Pendapatan Dari Rumah, Work From Home

Sembang Kejayaan - Kalau cakap pasal suri rumah. Kemas rumah, jaga anak-anak, memasak, cuci pakaian dan sebagainya. Tetapi sejak akhir-akhir ini, ramai pula mereka yang bergelar suri rumah ini sudah mula berjinak-jinak untuk menjana pendapatan di rumah di samping dapat membantu menambah pendapatan keluarga. Sambil-sambil buat kerja rumah, duit masuk. 

Best kan? Kalau anda berminat untuk menjana pendapatan di rumah, di sini kami kongsikan sedikit idea untuk anda menambah pendapatan hanya di rumah saja.


1. Mengambil Tempahan Kek

Buat Duit Dari Rumah

Kalau anda suri rumah yang suka membuat kek untuk keluarga dan anda sendiri mempunyai bakat dalam menghasilkan kek. Anda boleh jadikan ia sebagai satu kerjaya. Yang tak pandai buat kek jangan risau, anda boleh belajar cara-cara buat kek. Banyak resepi-resepi kek di YouTube, Google yang boleh anda belajar dan yang paling best boleh buat duit hanya dari rumah.


Macam-macam jenis kek yang boleh anda hasilkan antaranya kek ulang tahun, kek cawan, kek pisang dan yang tengah trending sekarang seperti kek coklat moist, kek cheese leleh, kek marble dan sebagainya.

Anda boleh mengambil tempahan kek untuk musim perayaan dan majlis-majlis tertentu seperti majlis ulang tahun, majlis perkahwinan, kenduri kendara dan sebagainya.


2. Menjadi Pengasuh

Suri rumah jana pendapatan hanya dari rumah

Sejak akhir-akhir ini, banyak suri rumah menjana pendapatan dengan menjadi pengasuh budak-budak. Kalau anda seorang sukakan budak-budak, suka melayan dan mempunyai kesabaran dengan karenah budak kecil, kami cadangkan anda untuk jadi pengasuh. 

Sebabnya, ramai ibu-ibu sekarang yang sibuk bekerja dan mahukan orang yang boleh menjaga anak mereka dengan baik apabila mereka bekerja. Jadi, anda boleh tawarkan diri anda untuk menjadi pengasuh. 


3. Mengambil Upah Beli Barang

suri rumah kerja part time di rumah

Kalau anda selalu ke kedai atau pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah. Alang-alang ke kedai, apa kata anda ambil tempahan belikan barang-barang untuk jiran-jiran anda. Mungkin ada jiran-jiran anda yang tak sempat ke kedai, mereka boleh kirimkan kepada anda. Dari setiap kiriman, anda boleh mengambil sedikit upah sebagai kos anda ke kedai.


4. Mengambil Tempahan Menjahit

cara suri rumah jana pendapatan dengan mudah

Kalau anda seorang yang suka menjahit dan itu memang hobi anda ketika waktu lapang. Anda boleh jadi tukang jahit dari rumah untuk menjana pendapatan. Anda boleh mengambil tempahan menjahit baju dari jiran-jiran serta orang ramai. Sambil-sambil membuat kerja rumah, anda juga boleh menjahit. Jika anda memang mahir dalam menjahit anda boleh mengambil tempahan dari butik-butik besar. 


5. Memasak

Suri rumah jana pendapatan hanya dengan memasak (Bisnes)

Semakin hari semakin ramai orang sibuk bekerja untuk keluarga. Dalam kesibukan kerja, ada yang tak sempat untuk keluar makan tengahari. Jadi, apa kata anda ambil peluang ini dengan menyediakan perkhidmatan memasak dari rumah kemudian menghantar kepada pelanggan. Jadi mereka boleh makan makanan anda di pejabat dan tak perlu lagi keluar ke restoran. 

Anda boleh masak menu-menu istimewa seperti nasi arab, nasi briyani, nasi kukus ayam berempah, nasi minyak, nasi tomato dan apa saja yang anda mahir. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas yang mempunyai nombor telefon anda, jika ada pelanggan yang mahu membuat tempahan dengan anda di hari-hari lain.


6. Jual Aiskrim

Suri rumah berjaya menjana pendapatan dari rumah

Anda juga boleh menjana pendapatan dengan menjual Aiskrim Malaysia Homemade. Aiskrim homemade yang memang sangat mudah disediakan dan yang paling penting aiskrim ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu. Budak-budak pun suka aiskrim ini.

Kalau dulu, aiskrim ini hanya terdiri daripada beberapa perisa seperti milo, oren, jagung dan anggur. Tetapi sekarang, viral pula dengan perisa baharu yang menjadikan aiskrim homemade ini semakin menjadi kegilaan ramai. Antara perisa terbaru seperti aiskrim choki-choki, aiskrim strawberry chocolate, aiskrim oreo dan sebagainya. Jadi, apa kata anda ambil peluang ini untuk mencubanya.





7. Perniagaan Online

Cara Jana Pendapatan Dari Rumah

Jika anda seorang yang suka buat bisnes. Apa kata anda melakukan bisnes secara online dengan membantu menjual produk orang lain seperti produk kecantikan, kasut, baju viral, tudung, madu lebah asli dan sebagainya. Bila anda sudah mempunyai pengalaman yang luas serta mahir dalam selok-belok perniagaan, anda boleh keluarkan produk jenama anda sendiri. Dari situ, bisnes online anda akan menjadi semakin maju.

Perniagaan online merupakan perniagaan yang paling popular sekarang ini. Sebabnya, ianya boleh dilakukan di rumah tanpa memerlukan kos yang terlalu tinggi untuk menyewa sebuah kedai.

0 Response to "6 ️Cara Suri Rumah Jana Pendapatan Dari Rumah, Work From Home"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel