-->

Keyakinan diri sendiri yang hilang dan cara meningkatkannya untuk berjaya

cara meningkatkan keyakinan diri sendiri untuk berjaya

Sembang Kejayaan - Kalau sebut saja tentang berjaya. Semua orang nak berjaya. Jadi hari ini, dalam blog ini akan berkongsi tips bagaimana nak berjaya. Tips yang nak dikongsikan ini tersangatlah mudah. Sesiapa saja boleh melakukannya. 

Nak tahu apa tipsnya, teruskan membaca.

Kalau nak berjaya keyakinan diri mesti ada. Keyakinan diri in english dipanggil self confidence. Keyakinan diri itu sangat penting. Tanpa keyakinan diri kita tidak akan kemana-mana. 

Keyakinan diri? Sebelum itu, apakah maksud keyakinan diri.


Maksud keyakinan diri adalah berkaitan dengan rasa yakin dan percaya terhadap diri sendiri. Maksudnya kita yakin dengan diri kita sendiri dalam melakukan sesuatu hal.

Keyakinan diri yang tinggi sangat penting untuk berjaya. Kerana orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi ini lebih yakin dan percaya yang dirinya juga boleh berjaya seperti orang lain. 

Orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi juga mereka tidak akan takut untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru. Mereka juga tidak takut menghadapi kegagalan demi mencapai kejayaan. Mereka akan sentiasa berusaha sehinggalah berjaya.

Bagaimana dengan orang yang kurang keyakinan diri. Adakah mereka tidak boleh berjaya? 

Orang yang kurang keyakinan diri juga boleh berjaya. Tetapi mereka perlu meningkatkan keyakinan diri mereka dengan memperbanyakkan latihan atau dengar motivasi yang boleh membuatkan mereka bertambah yakin pada diri sendiri.

Bagi orang yang pada mulanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi juga boleh hilang keyakinan diri. Inikan pula orang keyakinan dirinya rendah.

Sebenarnya, dalam diri setiap orang sudah memiliki keyakinan diri sama ada tinggi ataupun kurang.

Semua orang dalam diri ada nilai-nilai murni, nilai-nilai yang baik, nilai-nilai yang jahat. Semua itu sudah ada dalam dalam diri bagi setiap orang.

Pilihannya atas diri sendiri nak pilih nilai mana yang mana satu. Petik saja bila nak jadi.

Sama juga macam keyakinan diri. Pada masa yang sama, orang yang ada keyakinan diri ataupun tidak. Mereka ini dikawal oleh sesuatu.

Sesuatu itu kita panggil sebagai suara-suara halus. Suara-suara halus bukannya suara misteri. 

Sebenarnya dalam hidup kita ini, apa saja yang membuatkan kita tidak berjaya ataupun mustahil untuk mencapai sesuatu bukannya disebabkan faktor-faktor luar.

Tetapi disebabkan dalam diri kita sendiri iaitu suara halus ini tadi. Suara-suara inilah yang akan bercakap dengan kita. Orang lain tidak dengar, kita sendiri sedar yang dia tengah bercakap dengan kita. Sebab ini berlaku dalam diri kita sendiri. Contohnya :

Anda boleh fikir apa cita-cita anda. Sudah ?

Teruskan membaca. Disini saya berikan contoh cita-cita ialah menjadi seorang photographer.

Contoh suara halus itu :

Dalam hati cakap nak jadi photographer. 

Bila cakap saja nak jadi photographer. Secara automatik suara halus juga akan bercakap

Suara halus cakap "Aku boleh buat ke", "Aku tak pandai ambil gambar", "Aku tak pandai edit gambar", "Aku tiada kamera"

Benda ini akan datang bersama. Semua orang ada keyakinan diri sebenarnya.

Tetapi yang membuatkan seseorang itu tidak beryakinan adalah disebabkan suara-suara halus itu.

Mereka diberi pilihan nak dengar yang mana satu, sama ada mereka nak dengar suara-suara halus itu ataupun mereka nak ikut apa yang hati mereka nak iaitu jadi photographer.

Kalau mereka memilih untuk dengar suara-suara itu dan mengabaikan apa yang hati inginkan, percayalah cita-cita untuk menjadi photographer hanyalah sekadar angan-angan.

Tetapi kalau mereka ikut apa yang hati mereka nak iaitu menjadi photographer. Mereka tak kisah sama ada mereka pandai ataupun tidak ambil gambar. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya dengan belajar mengambil gambar, belajar mengedit dan sebagainya sehinggalah mahir. 

Untuk kejar matlamat yang besar iaitu menjadi seorang photographer. Mereka perlu selesaikan matlamat yang kecil dahulu iaitu belajar tentang selok-belok kamera, editing, atau apa-apa sahaja yang berkaitan sehinggalah berjaya mencapai matlamat besar iaitu menjadi seorang photographer.

Selesaikan matlamat kecil terlebih dahulu sebelum mencapai matlamat yang besar. Bukannya mahu jadi photographer terus jadi. Tidak. Mesti ada step by step sehingga dapat apa yang di impikan. 

Kesimpulannya, semua orang dalam diri sudah ada keyakinan diri. Tetapi akan ada suara-suara halus yang menganggu kita apabila kita sedang berfikir untuk melakukan sesuatu. 

Semoga bermanfaat..

0 Response to "Keyakinan diri sendiri yang hilang dan cara meningkatkannya untuk berjaya"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel