Kelebihan Dan Kekurangan Affiliate Marketing Sepanjang Join Affiliate
Sembang Kejayaan | Kelebihan Dan Kekurangan Affiliate Marketing - Pada zaman sekarang, banyak sangat orang berniaga. Jual itu, jual ini. Dari bisnes kecil-kecilan sedikit demi sedikit berkembang maju. Bila tengok orang berniaga, buat bisnes sana sini, best kan! Sebenarnya ramai yang teringin nak buat bisnes. Tapi ada saja halangan yang membuatkan angan-angan tu tertangguh.
Antara sebabnya, tak tahu nak buat bisnes apa, tak tahu dari mana nak mula, risau bisnes tak berjaya, modal tak cukup dan banyak lagi masalah yang bermain di fikiran. Ada macam-macam perasaan negatif yang wujud di dalam fikiran apabila hendak memulakan sesuatu.
Ya la kan, kita nak buat benda yang kita sendiri tak pernah buat sebelum ini. Setakat buat bisnes waktu di sekolah dulu boleh la handle sikit-sikit. Sekarang mana taknya, nak fikir pasal produk lagi, supplier lagi, marketing lagi yang agak merumitkan. Banyak modal jugak yang perlu dikeluarkan.
Sebelum ini, saya ada pernah kongsikan mengenai bisnes dropship yang mana korang tak perlu fikir pasal produk, pegang stok, packing dan post barang bagai. Korang boleh baca kelebihan buat bisnes dropship di bawah.
Baca Juga: Tips Efektif Promosi Affiliate Link Untuk Tingkatkan Income
Tapi ada satu lagi bisnes yang hampir mirip dengan dropship yang mana ia jauh lebih mudah dari buat dropship. Apa yang saya nak share ialah Affiliate Marketing.
Apa itu Affiliate Marketing?
Sebelum ini saya ada kongsikan apa itu affiliate. Affiliate Marketing merupakan sebuah program yang membolehkan korang buat duit secara online dengan cara share link. Korang boleh baca dengan klik di bawah untuk selanjutnya.
Baca Juga: Affiliate Marketing Jana Income 4 Angka Sebulan
Setiap bisnes ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Termasuk bisnes affiliate marketing ini. Berikut saya kongsikan pengalaman saya bersama affiliate tentang kelebihan dan kekurangan affiliate marketing sepanjang saya menyertai program ini:
Kelebihan Dan Kekurangan Affiliate Marketing
Kelebihan Affiliate
1. Modal kecil dan mudah
Kebanyakan program affiliate hanya memerlukan modal yang kecil, tetapi keuntungan yang besar. Tapi ada sesetengah affiliate, boleh dimulakan dengan zero modal. Kalau korang pandai cari, silap-silap korang boleh mula dengan tanpa modal.
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya ada join program affiliate daripada Klikjer. Dekat klikjer ini, korang tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk pendaftaran. Malah korang juga akan dibekalkan panduan dan tips sebelum korang memulakan promosi. Bahkan, korang juga dibekalkan group support untuk sebarang pertanyaan dan tips-tips yang dikongsikan oleh otai klikjer yang berjaya buat duit 4 angka sebulan dengan klikjer.
2. Tak perlu pegang stock dan post barang
Dalam affiliate, korang tak perlu pegang stock dan tak perlu pening-pening bungkus dan pergi pos kerana semuanya dilakukan secara online. Semuanya dihujung jari. Just promote produk di media sosial seperti Tiktok, Instagram, Facebook dan sebagainya, kemudian berikan link affiliate korang. Itulah kerja sebagai seorang affiliate.
3. Tak perlu layan customer
Affiliate juga tidak seperti perniagaan lain yang memerlukan korang untuk layan customer macam bisnes dropship. Affiliate hanya beri cadangan dan share link sahaja yang akan membawa pelanggan korang ke website pembelian. Kita tak perlu pening-pening jawab persoalan pelanggan kerana kesemuanya sudah tertera di page pembelian yang mengandungi salesletter yang mana tugasnya adalah menjual. Jadi, korang tak perlu jual, just promosi sahaja.
4. Mempunyai Cookies ID
Ini salah satu kelebihan yang saya suka pasal affiliate. Affiliate marketing mempunyai cookies id yang tertanam dalam komputer pembeli. Sekiranya, pembeli pernah klik link yang kita promosikan, cookies id affiliate kita akan ternanam di komputer pembeli. Cookies tersebut akan terus menjejaki mereka sehingga membuat pembelian. Mungkin sebulan, 3 bulan atau setahun kemudian berdasarkan tempoh cookies.
Bagi yang tertanya, cookies ini ada tempohnya bagi membolehkan cookies untuk menjejaki pembeli. Ada affiliate yang tempohnya hanya 24 jam, ada yang 2 bulan dan ada juga yang lebih setahun pun ada seperti klikjer cookies masih menjejaki pembeli dan korang tetap akan dapat komisen kalau mereka beli.
Kekurangan Affiliate
1. Keuntungan yang kecil
Antara kekurangan yang dapat saya kongsikan sepanjang saya menyertai program affiliate adalah keuntungan yang kita dapat hanyalah keuntungan kecil kerana bergantung kepada komisen sepenuhnya. Tapi kira okay la dari tak ada langsung. Saya tak perlu keluarkan sebarang modal tapi jika ada sales duit tetap masuk.
Oleh sebab itu, saya memilih untuk join affiliate klikjer kerana komisen yang diberikan 50% daripada harga produk. Setiap produk harganya berbeza-beza. Ada RM30, RM50, cecah ratus-ratus pun ada. Komisen yang diberikan agak tinggi berbanding affiliate lain.
2. Memerlukan banyak kesabaran
Sudah semestinya, setiap apa yang kita usahakan mesti kena ada kesabaran yang tinggi. Sebab dalam affiliate tak semestinya korang promote dan share link terus akan dapat sales. Jadi, kena banyak bersabar. Jadi, jangan cepat putus asa. Mungkin masanya belum tiba. Lain lah korang memang seorang yang pakar tahu teknik-teknik dalam affiliate marketing. Kalau tak tahu pun, kita boleh belajar. Sekarang, semuanya di hujung jari. Mana ada orang tahu semua benda dan sekali buat terus berjaya.
Kalau korang nak belajar teknik buat duit dengan affiliate, saya syorkan korang untuk dapatkan Panduan Affiliate Marketing. Korang boleh baca lebih lanjut di link tersebut.
3. Bekerja sebagai pihak ketiga
Dan yang terakhir dapat saya kongsikan sepanjang saya join affiliate adalah dalam affiliate ini kita hanya jadi orang ketiga yang menghubungkan pembeli dengan penjual iaitu owner produk melalui promosi dan link yang kita share.
Dalam affiliate, kita tiada hubungan dengan pelanggan macam bisnes lain. Dalam affiliate juga kita tak kenal pelanggan kita. Kerana mereka datang dari pelbagai sumber. Mereka jumpa link kita, mereka klik! Kita hanya dibayar jika pembeli membeli melalui link kita. Mereka juga mungkin tidak akan membeli barang yang sama daripada kita.
Untuk itu, agak sukar untuk kita dapat sales yang berterusan. Tapi bagi saya, semua ini boleh diatasi sekiranya tahu teknik marketing yang betul. Yang penting konsisten!
Kesimpulan
Affiliate marketing merupakan bisnes yang bagus dan sesuai untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes online. Ini kerana risikonya lebih rendah berbanding bisnes lain.
Dari sini, korang boleh belajar dan kumpul segala ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam menguruskan bisnes sebelum korang melangkah dengan lebih jauh lagi dalam dunia bisnes.
Setakat ini sahaja perkongsian ringkas daripada saya kali ini tentang kelebihan dan kekurangan yang dapat saya kongsikan sepanjang saya join affiliate. Sejujurnya dengan affiliate memang boleh duit secara online. Bak kata orang buat tambah duit tepi. Tapi kalau nak untung besar dalam bisnes ini, kenalah ada ilmu dan semua itu kena belajar.
Kalau korang berminat nak join affiliate. Baik korang segerakan langkah untuk menjadi mana-mana agen affiliate yang korang suka yang ada di pasaran sekarang ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan semoga berjaya dalam setiap perkara yang kita lakukan dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga bermanfaat.
0 Response to " Kelebihan Dan Kekurangan Affiliate Marketing Sepanjang Join Affiliate"
Post a Comment