-->

Cara Buat Favicon Dengan Mudah Secara Online

Sembang Kejayaan |  Cara Buat Favicon Dengan Mudah Secara Online - Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai cara memasang favicon di blogger. Bagi blogger baru, mungkin nama ini agak asing bagi korang.

Jadi, ada baiknya saya ceritakan sedikit apa itu favicon? Favicon merupakan sebuah gambar kecil yang muncul saat blog kita dibuka. Kalau korang perasan logo ini terletak di bahagian atas dekat tab browser sebelah nama blog/website korang. 

Favicon.io

Sedikit ringkasan mengenai favicon. Untuk selebihnya korang boleh rujuk post saya sebelum ini saya ada share tentang tentang favicon dan cara memasang favicon di blog. Boleh klik link di bawah

Baca JugaCara Mudah Membuat Favicon di Blogger.com

Jadi, kali ini nak share cara-cara untuk korang buat favicon blog dengan mudah menggunakan favicon generator yang ada di internet. Kalau dulu saya buat manual agak sukar sedikit kerana nak pastikan lebar dan tinggi sama ukurannya. Maklum lah.. kita kurang minat benda-benda macam tu hihi.

Untuk itu, baru saya sedar dekat google ada sahaja favicon generator yang boleh buat favicon secara automatik. Asalkan korang dah ada gambar untuk dijadikan logo icon blog korang. Untuk membuatnya korang follow tutorial di bawah step by step:

Cara Buat Favicon Dengan Mudah Secara Online

Langkah 1 - Korang pergi website favicon.io

Langkah 2 - Klik dekat anak panah tersebut dan pilih gambar blog korang. Kemudian tekan Open

Langkah 3 - Kemudian klik Download. File yang korang download tu dalam bentuk zip.file seperti gambar di bawah


Favicon.io

Langkah 4 - Korang cari zip.file yang korang download tu dan Extract file tersebut. 

Favicon.io

Dah selesai! Korang pilih ukuran favicon yang korang nak. Kemudian korang dah boleh mula pasang favicon di blog korang. Bagi yang tak tahu cara untuk memasang favicon di blog, korang boleh rujuk post saya sebelum ada berkongsi mengenainya. 

Harap perkongsian ringkas dan mudah ini dapat memberi manfaat kepada korang. Walaupun favicon hanya gambar kecil yang berada di tab browser, ia merupakan bahagian penting untuk blog dan website korang. Favicon membantu pengunjung mengingat blog atau website korang. 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

0 Response to " Cara Buat Favicon Dengan Mudah Secara Online"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel