-->

Panduan Affiliate Marketing Jana Income 4 Angka Sebulan

Sembang Kejayaan | Panduan Affiliate Marketing Jana Income 4 Angka Sebulan - Seperti yang sudah diketahui, affiliate merupakan salah satu cara yang boleh korang buat duit secara online tanpa modal. Tapi, tak semua orang tahu pasal affiliate. Kalau korang cari berkenaan affiliate tak banyak info yang boleh korang jumpa. 

Sebenarnya affiliate bukan benda baru. Program ini dah lama ada. Cuma kita sahaja yang tak tahu kewujudannya. Banyak syarikat perniagaan yang besar-besar sudah kaedah ini bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka kerana ia merupakan salah satu strategi dalam dunia bisnes. 

Saya sendiri ada join program affiliate. Ada beberapa sebab saya memilih untuk join program affiliate. Sebabnya saya tak perlu keluarkan sebarang modal dan bagi saya ia mudah tak macam bisnes lain. Saya pun tak perlu pegang produk atau stok, pening-pening layan customer, pergi pos sebagainya. Korang boleh baca post saya tentang kelebihan dan kekurangan affiliate marketing.

Baca JugaKelebihan Dan Kekurangan Affiliate Marketing Sepanjang Join Affiliate

Mesti ada yang tanya macam mana dapat pelanggan kalau tak perlu layan pelanggan, pegang stock semua? Inilah yang dipanggil sistem affiliate. Hanya share link saja. 

Apa itu Affiliate Marketing?

Affiliate marketing merupakan proses di mana kita yang daftar sebagai affiliate akan memperoleh komisen dengan mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain atau syarikat tertentu. 

Bahasa mudahnya, kita jadi orang tengah atau ejen untuk mempromosikan produk bagi syarikat itu. 

Cumanya affiliate ini dilakukan secara online dengan memasarkan produk orang lain kepada pelanggan. Produk yang dimaksudkan adalah produk digital dan promosi pun secara online. Korang tak perlu nak pegang produk dan bawa rumah ke rumah untuk jual, packing, pos sebagainya. Sebab ia bukan barangan runcit. 

Jadi, bila korang tengah promote tu dan ada orang yang berminat dan mereka beli produk yang korang promot tersebut, korang akan dapat komisen. 

Komisen adalah berbeza ikut syarikat yang korang daftar sebagai agen affiliate. Ada yang bayar 20% 30% yang sampai 50% pun ada sekiranya korang berjaya buat jualan. 

Bayangkan 1 produk harganya RM50. Kalau komisen yang diberikan adalah sebanyak 50% setiap produk yang berjaya dijual, korang akan dapat setengah daripada harga iaitu RM25. Tu sekiranya korang berjaya jual 1 produk. Kalau 10 produk setiap hari?

Best kan?

Sebelum tu bagaimana nak dapat customer dengan affiliate?

Korang akan dibekalkan dengan sebuah link yang mempunyai ID affiliate korang. Setiap affiliate link dilengkapi dengan cookies yang akan menjejaki pelawat yang pernah klik link yang pernah korang promote.

Contohnya, jika pelawat baca apa yang korang promote, lalu klik link affiliate korang tapi tak beli pun produk yang korang tu. 

Korang jangan risau! Tugas korang sudah pun selesai kerana berjaya membawa pelawat ke halaman pembelian melalui link affiliate korang tu. 

Sekiranya, selepas sebulan dari klik link korang tu, pelawat tiba-tiba terdetik nak beli korang tetap akan dapat jualan walaupun melalui link affiliate orang lain. Ini kerana cookies id korang sudah tertanam di komputer pembeli. 

Ini adalah satu sebab mengapa saya memilih untuk menyertai program affiliate. Menarik kan! Kalau perniagaan lain, kalau kita pernah promote produk kita kepada seseorang dan tiba-tiba beli dekat kedai lain memang tak dapat dah jualan. 

Ini salah satu kelebihan affiliate!

Korang tempek sahaja link ke platform yang korang nak promosi seperti:

  • Instagram
  • Facebook
  • Tiktok
  • Youtube
  • Blog/Website

Orang beli tak beli tu lain cerita. Tugas korang hanya untuk rekemen saja untuk mereka masuk ke website pembelian. Sekiranya pelawat yang klik tu tak beli lepas klik link korang tu, mana tau rezeki  korang selepas 2 bulan pelanggan tu tiba-tiba rasa nak beli? Korang tetap akan dapat jualan. 

Bagi yang tertanya-tanya syarikat mana yang menawarkan program affiliate, ini adalah antara syarikat besar yang menawarkan program affiliate, antaranya: 

  • Shopee
  • Lazada 
  • Amazon
  • Zalora
  • Involve Asia

Sebenarnya, ada banyak lagi program affiliate yang boleh korang join. Salah satu program affiliate yang saya join ialah klikjer.com

Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk join program affiliate daripada klikjer. 

Sebab yang paling utama ialah PERCUMA. korang tak dikenakan sebarang bayaran untuk daftar. Lagi satu, mengapa saya berminat dengan klikjer ialah sebab komisen dia boleh dikatakan antara yang tertinggi daripada program affiliate berbanding syarikat lain iaitu sebanyak 50% daripada harga produk.

Kalau korang nak tahu, produk klikjer merupakan produk digital yang berbentuk eBook dan lebih 40 buah eBook mereka sudah terbitkan. 

Korang pilih ja mana-mana eBook yang korang rasa mudah untuk korang rekemen kepada orang lain untuk beli eBook tersebut.

Haaa..satu lagi sebelum saya lupa pasal klikjer ni, ilmu yang disediakan dalam klikjer adalah sangat bermanfaat bagi mereka nak belajar, tambah ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu. 

Sebab itu saya memilih klikjer kerana ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat bagi mereka yang betul-betul nak belajar. 

Nak berjaya mesti kena ada ilmu. Nak masuk bidang hartanah, kena ada ilmu hartanah. Nak masuk bidang kewangan, kena ada ilmu kewangan. Ilmu tak akan pernah habis. 

Sama juga dengan affiliate. Kena ada ilmu macam mana nak promosi sampai orang betul-betul rasa nak beli. Bukan hanya sekadar copy dan paste link affiliate di mana-mana tanpa ada apa-apa ulasan atau ayat. Itu salah! Silap-silap tak ada sales langsung.

Sebenarnya, ada caranya. Bukan copy-paste sahaja link tu. Kalau korang nak belajar dalam affiliate marketing. Saya sarankan korang untuk dapatkan Panduan Affiliate Marketing daripada klikjer.

Affiliate Marketing

Seperti yang saya cakap, tak banyak info tentang affiliate. Lebih-lebih lagi teknik nak tingkatkan sales dengan affiliate dan kebanyakannya kena keluarkan duit untuk run ads.

Tetapi dengan Panduan Affiliate Marketing, teknik marketing yang diajar tanpa melibatkan sebarang kos iklan berbayar. Terima kasih Tuan Mohamad bin Abdullah kerana berkongsi ilmu affiliate. Sudah banyak income yang beliau berjaya buat dengan affiliate dengan teknik percuma daripada beliau sendiri.

Sekiranya korang berminat nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik sahaja link di bawah! 

Panduan Affiliate Marketing

Semoga bermanfaat.

0 Response to "Panduan Affiliate Marketing Jana Income 4 Angka Sebulan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel