-->

Tips Efektif Promosi Affiliate Link Untuk Tingkatkan Income

Sembang Kejayaan  | Tips Efektif Promosi Affiliate Link Untuk Tingkatkan Income - Perkongsian yang lepas, saya ada kongsikan kelebihan dan kelemahan affiliate berdasarkan pengalaman saya sepanjangan saya menyertai program ini.

Sejujurnya apa yang boleh saya katakan, bisnes ini merupakan permulaan awal untuk berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Sebab apa saya cakap begitu? Kerana bisnes ini merupakan bisnes yang mempunyai risiko yang rendah. 

Dari sini, kita belajar macam mana nak jalankan sesuatu bisnes. Ia langkah awal untuk kita belajar dan dapatkan pengalaman serta kemahiran sebelum melangkah dengan lebih jauh lagi dalam menguruskan bisnes sendiri nanti. 

Untuk itu, saya kongsikan beberapa tips dalam mempromosikan affiliate marketing. 

Tips Promosi Affiliate Link

Tips Efektif Promosi Affiliate Link Untuk Tingkatkan Income

1. Jangan cuma copy-paste link

Ramai yang ingat join affiliate ini hanya sekadar copy-paste sahaja link. Saya dulu ketika baru menyertai affiliate, perkara yang sama juga saya buat. Tapi adakah ia berhasil dapatkan jualan?

Sebenarnya tidak! Itu merupakan langkah yang tak efektif dalam affiliate dan saya tidak dapat sebarang sales pun pada ketika itu. Saya mula cari tips yang betul dalam promosi affiliate di google. Alhamdulillah banyak info yang saya dapat.

Baru saya sedar, sebenarnya cara itu salah kalau kita hanya sekadar copy-paste di media sosial tanpa ada sebarang ulasan mengenai produk yang dipromosikan. Silap-silap tiada siapa yang klik link kita tu. 

Untuk itu, cara yang baik ialah buat sedikit ulasan berkaitan produk yang dipromosikan. Contohnya, ceritakan tentang kelebihan produk, kemudian selitkan link dalam ulasan tersebut. Cara ini lebih berkesan berbanding hanya paste link tanpa sebarang ulasan atau gambar, video dan sebagainya. 

Ingat, memberi cadangan, bukan menjual! 

Satu lagi kesilapan yang selalu orang ingat affiliate perlu menjual, jual dan terus jual atau bahasa mudahnya hard selling. Teknik ini bukanlah teknik yang efektif untuk promosi produk affiliate. Kerana nampak terlalu desperate untuk menjual. Jadi, memang agak sukar untuk mereka klik link affiliate.

Sebagai affiliate tugas kita hanya memberi cadangan. Contohnya, kita ceritakan kelebihan/manfaat produk tersebut dan kemudian memberikan cadangan kepada mereka untuk mencubanya. 

Contohnya, dalam affiliate klikjer, kita hanya memberi cadangan sehingga menarik minat mereka untuk klik selepas tertarik dengan ulasan kita buat tu dan masuk ke website pembelian. 

Selepas itu, tugas menjual adalah terletak pada salesletter apabila mereka masuk ke website. Mereka beli atau tak, ia bergantung kepada salesletter yang telah disediakan di website tersebut. 

Sekiranya korang masih belum lagi daftar untuk menjadi daftar affiliate klikjer. Korang boleh daftar di sini Affiliate Klikjer.

Mengapa saya syorkan klikjer?

Sebab, mereka ada group support yang boleh membantu kita untuk buat sales. Banyak tips yang diberikan oleh pengasas klikjer sendiri dan otai-otai yang berjaya buat duit dengan klikjer, then di klikjer ada banyak pilihan produk e-Book yang boleh kita promot. 

InsyaAllah, pasti ada pilihan e-Book yang dekat dan sesuai dengan pembaca atau followers korang.

2. Buat konten

Seperti saya cakap tadi, jangan hanya semata-mata copy-paste link affiliate. Perlu ada konten yang boleh menyokong produk yang kta promosikan dan konten tersebut mestilah ada kaitan dengan produk. 

Sekiranya korang seorang blogger. Korang boleh menulis artikel berkaitan produk di blog. Jangan buat konten yang langsung tidak kena mengena. Nanti susah nak dapat klik. Pembaca yang membaca artikel sebenarnya mereka mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka. Jadi, konten mestilah bersesuaian supaya dapat bantu mereka. 

Contoh, sekiranya kita promosi tentang produk kecantikkan, jadi tulislah berkaitan kelebihan, cara rawatan, tips dan sebagainya. Dari konten sebegitulah, mereka dapat mengetahui kewujudan produk dan kelebihan serta manfaat yang mereka akan peroleh selepas membelinya. 

Saya syorkan untuk buat 3 atau 5 artikel yang berkaitan supaya dapat meningkatkan lagi kepercayaan mereka kepada produk yang dijual melalui artikel yang mereka baca. Apabila mereka yakin dengan konten yang dibuat, barulah mereka terasa untuk klik link affiliate kerana mereka rasa ingin tahu lebih lanjut mengenai produk yang dipromosikan.

Pastikan juga artikel yang dibuat itu saling berkaitan. Contohnya, 5 artikel berkaitan kecantikkan, pastikan juga kelima-lima itu saling berhubung kait antara satu sama lain iaitu berkaitan kecantikkan. 

3. Pendekkan URL

Kebiasaannya, URL atau link affiliate yang diberikan memang agak panjang kerana ia mengandungi id affiliate. Jadi, untuk nampak lebih kemas, kita boleh pendekkan link affiliate yang diberikan menggunakan tinyurl.com atau google url shortener.

Seperti saya katakan, tujuannya adalah untuk memendekkan link supaya nampak lebih mesra dan simple. Selain memendekkan, ia juga untuk menyorokkan link affiliate sebenar. 

Hal ini kerana sesetengah orang bijak mereka tahu bahawa link tersebut adalah link affiliate. Jadi, mereka tidak akan tekan. Untuk itu, dengan menggunakan kaedah ini ia dapat menyorok link asal yang panjang menjadi link yang lebih pendek dan simple. 

Secara personal, saya lebih gemar menggunakan tinyurl.com kerana ia mudah. Kita hanya copy link asal ke generator dan kita akan dapat link baru yang mana ia fungsinya sama juga kedua-duanya membawa pelawat ke website yang sama. Cuma link sahaja berubah. 

Korang boleh try tips ini!

4. Letak link affiliate di blog post yang mempunyai banyak page views

Bagi yang ada blog atau website, ini satu kelebihan bagi korang. Di blog korang mesti ada post-post yang mempunyai page views yang tinggi. Kebiasaannya, page view yang tinggi mempunyai kedudukan yang baik dalam ranking google. Banyak traffic yang masuk ke blog post tersebut. 

Jadi, korang juga boleh selitkan link affiliate atau banner affiliate korang dalam artikel tersebut.

5. Sentiasa fokus dan konsisten

Ini yang paling penting! Apapun yang kita buat kena fokus dan konsisten. Tak kisah bisnes ke, apa ke kena fokus! Jangan buat separuh jalan tinggal. Selagi kita boleh usaha, kita usaha. Ingat, dalam dunia ini tak semuanya mudah! Tapi disebalik kesulitan itu ada kemudahan. Itu janji Allah. 

Kadang, usaha yang kita buat tidaklah dapat serta-merta. Dalam affiliate, walaupun kita tengok ramai yang klik link affiliate kita, tidak semestinya kita serta-merta dapat jualan. Jadi, kena banyak bersabar dan jangan cepat putus asa.

Seperti yang saya katakan sebelum ini tentang kelebihan affiliate, ia mengandungi cookies id. Cookies ini akan terus menjejaki mereka yang pernah klik link affiliate kita dalam tempoh masa tertentu. 

Jadi, kita tak perlu risau jika promosi tak ada jualan. Mereka tak beli janganlah nampak usaha kita tiada hasil. Mungkin masanya belum tiba. Mana tahu selepas seminggu, sebulan, rezeki korang mereka berminat untuk beli walaupun bukan dari link affiliate korang. Itu lah kelebihan bisnes affiliate berbanding dropship dan bisnes-bisnes online lain.

Korang boleh rujuk post saya sebelum tentang Kelebihan dan Kelemahan Affiliate Marketing sebelum korang mulakan bisnes ini.

Rasanya, sampai sini sahaja perkongsian kali ini mengenai sedikit tips untuk promosi affiliate. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba dan semoga berjaya. 

5 Responses to "Tips Efektif Promosi Affiliate Link Untuk Tingkatkan Income"

  1. Sy sampai skrg belum mahir lagi bab affiliates nie.. Buat pun asal buat saja haha

    ReplyDelete
  2. Saya pun guna tinyurl tu bila share link menjual. Mudah dan nampak kemas.

    ReplyDelete
  3. Terperinci betul penerangan tentang cara guna affiliate.
    Semoga berjaya Khairul

    ReplyDelete
  4. Affiliate Link yang dilklik belum tentu menghasilkn jualan tetapi keberangkalian dapat jualan daripada link yang dipromosi tetap ada

    ReplyDelete
  5. nice sharing.. dh buat account cuma tak tahu cara guna.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel