-->

Cara Buat Custom Channel Tingkatkan Pendapatan Google Adsense

Sembang Kejayaan | Cara Buat Custom Channel Tingkatkan Pendapatan Google Adsense - Seperti yang pernah saya nyatakan di perkongsian lalu, buat duit dengan Google Adsense adalah salah satu cara buat duit dengan blog.

Bagi korang yang ada blog atau website, ini salah satu platform yang boleh korang buat duit dengan blog. Kebanyakan mereka yang ada blog atau website akan apply Google Adsense bagi membolehkan mereka menjana pendapatan melaluinya. 

Apa itu Google Adsense?

Google Adsense Custom Channel

Sebelum ini juga saya ada kongsikan tentang Cara Tingkatkan Pendapatan Google Adsense. Secara ringkasnya, Google Adsense adalah satu platform untuk jana income dengan meletakkan iklan di blog atau website.

Ini antara platform yang paling digemari para blogger kerana ia cara paling mudah untuk jana pendapatan dalam mata wang USD. Bagi yang sudah ada akaun Adsense, 

Mungkin korang mencari tips tentang cara meningkatkan pendapatan Google Adsense. Jadi, pada kesempatan ini, saya nak share pengalaman saya sendiri dengan Google Adsense

Sepanjang saya bersama Adsense, ia betul-betul platform yang boleh korang buat duit online dan jana income dengan mata wang USD. Tapi, bagi blogger baru, tak mudah untuk korang apply Adsense. Kerana banyak syarat-syarat yang ditetapkan oleh Adsense yang perlu korang ikut. 

Blog korang mestilah memenuhi segala kriteria atau syarat-syarat yang ditetapkan oleh Adsense supaya blog korang tu mudah untuk diterima Adsense.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, konsisten dalam menulis itu penting. Untuk permulaan korang fokus menulis blog selama 6 bulan bagi memudahkan urusan untuk daftar Adsense. Sentiasa update konten di blog kerana Adsense suka blog korang tu aktif bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan korang untuk meletakkan iklan mereka di blog korang. 

Bagi saya, pendapatan Adsense tidaklah begitu banyak seperti youtuber. Tapi boleh lah sekadar buat duit tepi. Tapi ada sahaja otai-otai yang berjaya buat 4-5 angka dengan blog. Kalau korang memang rajin update konten, mungkin lebih lagi korang dapat. Saya, tidak lah begitu aktif, bila ada mood menulis baru saya update blog. 

Pendapatan Google Adsense yang diperlukan untuk kita keluarkan minimum adalah $100. Walaupun tak banyak, kalau ditukarkan dengan wang ringgit Malaysia banyak juga tu. Tapi, tidak mudah untuk kita dapatkan $100 daripada Google Adsense. Untuk itu, terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan pendapatan Google Adsense sepertimana yang akan dijelaskan dalam artikel ini. 

Google Adsense


Cara Tingkatkan Adsense Melalui Custom Channel

Bagi yang dah Adsense, seperti yang pernah saya katakan sebelum ini cara meningkatkan pendapatan Google Adsense salah satunya dengan buat custom channel. Berdasarkan pengalaman saya, custom channel ia memang membantu untuk meningkatkan pendapatan Google Adsense.

Apa itu Custom Channel?

Ada baiknya saya terangkan sedikit apa itu custom channel dan bagaimana ia membantu untuk meningkatkan jumlah Adsense korang. Dengan custom channel kita boleh targetkan iklan yang sesuai dengan blog. Ibaratnya, kita boleh letakkan kategori iklan yang sesuai dengan kehendak kita atau relevan dengan niche blog.

Bagi blog yang mempunyai satu niche atau niche tertentu, ia lebih mudah untuk korang menentukan iklan yang sesuai dengan niche. Misalnya, sekiranya niche blog korang tentang teknologi, korang boleh setkan iklan yang muncul itu sesuai dengan niche blog. 

Hal ini sedikit sukar bagi korang yang mempunyai niche yang campur-campur. Untuk itu, melalui custom channel ini korang boleh setkan iklan-iklan yang korang mahu dipaparkan di blog biar sesuai dengan niche blog. Jadi, kebarangkalian untuk pelawat klik iklan adalah tinggi.

Cara Membuat Custom Channel

Langkah 1 - Login ke akaun Adsense.

Langkah 2 - Klik menu Report, Setting dan klik Manage custom channel.

Custom Channel Google Adsense

Langkah 3 - Klik Add Channel.

Custom Channel


Langkah 4 - Untuk bahagian ini, ada beberapa hal yang perlu diperhatikan. Pilih Products dan masukkan Channel name mengikut iklan yang korang mahu paparkan di blog mengikut kesesuaian niche blog. (Contoh: Bisnes, Healthy, dll). Apabila dah selesai, klik Save.

Saluran Khusus Google Adsense

Dah selesai! Harap perkongsian ringkas ini dapat bantu korang untuk tingkatkan pendapatan Google Adsense korang. Berdasarkan pengalaman saya, custom channel yang dibuat tidak langsung terjadi kerana ia memerlukan masa. Korang boleh buat experiment terlebih dahulu sama ada dengan cara ini berkesan atau tidak. Apapun selamat mencuba.

2 Responses to " Cara Buat Custom Channel Tingkatkan Pendapatan Google Adsense"

  1. macam tak boleh buat je..blog pun lifestyle...semua benda tulis. iklan pun pening

    ReplyDelete
  2. saya pun guna blog serabai dn rojak...cuma blog yang ada niche tak banyak trafik la pulak

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel