-->

Port Makan Nasi Kandar Yang Sedap di Penang

Sembang Kejayaan |  Port Makan Nasi Kandar Sedap di Penang - Kalau datang penang tak sah la kalau tak pekena nasi kandar. Nasi kandar merupakan antara makanan yang legend di Pulau Pinang. 

Terdapat pelbagai restoran nasi kandar yang boleh anda cuba jika datang ke negeri ini. Macam-macam pilihan ada. Tapi bagi saya, dalam banyak-banyak restoran nasi kandar yang ada di Pulau Pinang ini setiap satunya mempunyai cita rasa yang tersendiri yang membuatkan sesebuah restoran itu unik. Setiap restoran ada menu killer yang tersendiri yang menjadi kesukaan pelanggan yang datang.

Untuk itu, bagi anda yang datang ke Pulau Pinang dan mencari port nasi kandar penang yang sedap-sedap, di sini saya senaraikan restoran nasi kandar penang yang boleh anda cuba.

Port Makan Nasi Kandar Sedap di Penang

Nasi Kandaq



Nasi Kandar Deen Maju

Nasi kandar

Nasi kandar Deen Maju merupakan restoran yang tidak asing lagi, merupakan restoran nasi kandar penang yang sangat terkenal. Rata-rata orang yang datang ke negeri ini pasti akan singgah ke restoran Deen Maju untuk menikmati nasi kandar di sini. Biasalah, bila dah terkenal, memang ramai orang yang akan singgah ke sini dan sanggup beratur panjang demi sepinggan nasi kandar. Bila dah sampai kena beratur panjang, anda rasa sedap ke tidak, anda boleh cuba sendiri keenakan nasi kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gurdwara, George Town.

Nasi Kandar Raffee

Nasi Kandar Raffee

Mungkin ada di antara kita yang dah tahu restoran nasi kandar Raffee. Jika datang ke Penang, ini salah satu restoran nasi kandar yang perlu anda cuba. Kebiasaannya, bila makan nasi kandar lauk yang akan diambil ialah ayam goreng, sotong, daging dan sebagainya. Tapi kat sini anda perlu cuba depa punya kari ayam yang merupakan antara menu killer di nasi kandar Raffee. Bagi yang tak tahu, restoran ini terletak di Pulau Tikus, Georgetown.

Baca Juga: Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang


Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar Kampung Melayu

Bagi orang Penang, ini antara port nasi kandar terbaik yang digemari ramai oleh penduduk di sini. Bagi yang belum tahu terutamanya yang belum pernah menjejaki ke negeri ini, anda boleh cuba nasi kandar kampung melayu. Antara lauk untuk sepinggan nasi kandar yang boleh anda ambil seperti daging, telur rebus, bendi, ayam bawang dan sebagainya. Yang pastinya harga di sini sangat murah, berbaloi dengan apa yang anda makan. Nasi kandar ini terletak di Jalan Kampung Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang.

Nasi Kandar Pokok Ketapang

Nasi Kandar Pokok Ketapang

Ini merupakan antara restoran 'hidden' nasi kandar. Kalau yang lain semuanya terletak di bahagian pulau, tapi restoran nasi kandar ini terletak di Butterworth berhadapan Telekom Malaysia. Nasi kandar ini memang cukup popular di Butterworth. Bagi yang tahu, ini port nasi kandar terbaik. Bagi yang nak datang ke sini, anda boleh waze saja restoran nasi kandar Pokok Ketapang. Sebab apa nasi kandar ini dipanggil pokok ketapang sebabnya kedai ini terletak di bawah pokok ketapang.

Nasi Kandar Hameediyah

Nasi Kandar Hameediyah

Port nasi kandar yang sedap di Penang iaitu restoran Hameediyah yang terletak di Georgetown. Restoran yang cukup popular di Pulau Pinang dan merupakan restoran nasi kandar legend di Malaysia yang bermula pada tahun 1907 lagi. Bagi yang belum pernah cuba, nak tau keenakan nasi kandar di sini, anda boleh cuba datang ke Hameediyah. Terdapat pelbagai aneka jenis pilihan lauk yang boleh didapati di sini. Selain nasi kandar, anda juga boleh cuba depa punya murtabak. Sedap juga!

Nasi Kandar Imigresen

Nasi Kandar Imigresen

Boleh dikatakan agak legend juga nasi kandar ini. Sebab gerai ini dipanggil nasi kandar imigresen kerana dulu mereka pernah berniaga di hadapan pejabat imigresen dan sampai sekarang namanya masih kekal walaupun sudah bertukar tempat. Walaupun gerai ini tidak begitu besar, mereka tetap menyajikan dengan pelbagai hidangan yang sedap-sedap. Antaranya, ayam ros, sotong, daging dan banyak lagi lauk yang sedap-sedap. Lokasi kedai di No.8, Lorong Pasar, Georgetown, 10200 Georgetown, Pulau Pinang.

Nasi Kandar Tajuddin Hussain

Nasi Kandar Tajuddin Hussain

Satu lagi port nasi kandar Penang yang sedap iaitu di restoran Tajuddin Hussain. Restoran ini agak unik sedikit berbanding restoran nasi kandar yang lain kerana makanan di sini berkonsepkan makan hidang. Tapi anda boleh saja request untuk taruh atas. Antara menu killer yang perlu anda cuba ialah ayam ros. Kedai ini terletak di sekitar Little India Penang. Jika anda nak ke sini, anda waze saja nama kedai restoran ini.

Sebenarnya, ada banyak lagi restoran nasi kandar Penang yang sedap di pulau mutiara ini. Mencari lebih banyak lagi tempat makan di Penang yang best-best? Klik sahaja link di bawah!

Tempat Makan Menarik di Penang


0 Response to " Port Makan Nasi Kandar Yang Sedap di Penang"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel