40 Kata-Kata Motivasi Pagi Yang Membuatkan Hidup Lebih Semangat Sepanjang Hari
Sembang Kejayaan | Kata-Kata Motivasi Pagi - Sebagai manusia yang menjalani kehidupan, hidup ini seperti roda yang sentiasa berpusing. Ada ketikanya bahagia, ada ketikanya ditemani dengan rasa sedih dan kecewa. Langit pun tidak selalunya biru. Dalam kehidupan ini kita tidak boleh lari dari masalah, ujian dan dugaan. Kadangkala ujian datang dalam pelbagai bentuk yang sentiasa menyukarkan kehidupan manusia, baik fizikal mahupun mental.
Namun, hidup mesti diteruskan. Walaupun ada detik kita rasa down sangat-sangat, kita perlu bangkit semula. Tidak mengapa untuk berhenti seketika untuk menenangkan diri, tetapi jangan lupa untuk kembali melangkah.
Kata-kata
mutiara motivasi merupakan salah satu cara yang mengajar kita untuk kembali
bersemangat dan bangkit dari rasa down, sedih dan kecewa. Setiap kesedihan,
kekecewaan yang kita alami sebenarnya melatih diri untuk menjadi orang yang
lebih kuat di masa hadapan. Berikut merupakan kumpulan kata-kata motivasi yang
dapat saya kongsikan dalam entry kali ini.
40 Kata-Kata Motivasi Pagi Yang Membuatkan Hidup Lebih Semangat Sepanjang Hari
1. Jika sampai
saat ini ujian itu masih kau hadapi. Bersabarlah! Jangan kau putuskan sabarmu.
Kerana melalui ujian itu Allah sedang menguatkanmu.
2. Bila kita
redha dengan perkara yang pernah mengecewakan kita, percayalah Allah akan
menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak pernah dijangka.
3. Kebahagiaan
bukan bererti harus memiliki segalanya. Tetapi harus menikmati dengan apa yang
kamu miliki saat ini.
4. Semakin
kita ingin berubah, semakin kuat ujian yang datang. Bukan Allah tak sayang.
Tetapi Allah ingin kita jadi seorang yang lebih hebat setelah diuji.
5. Jika Allah
telah memilihmu, itu tandanya kau mampu. Maka bersemangatlah, kerana semuanya
telah disusun cantik jalan cerita kita.
6. Belajarlah
untuk bersyukur kerana apa yang kita miliki saat ini mungkin impian setiap orang.
7. Ujian
datang untuk menguatkan kita, bukan melemahkan kita. Jadi bersabarlah. Suatu
hari nanti kau akan berterima kasih kepada Allah atas ujian-ujian yang pernah
kau lalui.
8. Selagi nama
manusia. Ujian tidak akan pernah berhenti. Sabar dan bersyukurlah, InsyaAllah
kita akan bahagia.
9. Dalam tak
sedar, Allah telahpun memakbulkan doa-doa kita satu persatu. Kita hari ini,
adalah apa yang kita doa dulu.
10. Jangan iri
hati dengan kejayaan orang lain. Kerana buku takdir kita tak sama dengan orang lain. Setiap orang
ada masanya. Allah is the best planner.
11. Disaat kau
ingin menyerah, ingatlah kembali alasan kenapa selama ini kamu ingin berjuang.
12. Hidup ini
seperti mengayuh sebuah basikal. Untuk bergerak ke hadapan, kita mestilah terus
mengayuh dan mengayuh supaya kita seimbang dan tidak jatuh.
13. Tidak semua
yang kita inginkan berjalan dengan lancar. Kerana yang mengatur semua adalah
Allah. Allah adalah sebaik-sebaik perancang.
14. Percayalah
kepada Allah apabila rancanganmu tidak berjalan seperti yang kamu harapkan. Allah
mempunyai perancangan yang lebih indah yang tidak pernah kamu jangka.
15. Mengeluh tidak akan dapat memperbaiki keadaan, bersemangatlah dalam menjalani kehidupan dengan ikhlas dan sabar.
Baca Juga:
• 35 Kata-Kata Quotes Motivasi Kehidupan Sehari-Hari Penuh Inspirasi
• 40 Kata-Kata Motivasi Pagi Penyemangat Hidup Luar Biasa - Motivasi & Inspirasi
• KATA UCAPAN SELAMAT PAGI, Bagus Untuk Motivasi Diri Setiap Hari Terkini
16. Jangan
menyerah saat doa-doamu belum terjawab. Jika kau mampu untuk bersabar, Allah
mampu memberikan lebih dari apa yang kau minta.
17. Teruskanlah
berbuat baik kerana kita tak tahu kebaikan yang mana yang membawa kita ke
syurga.
18. Bila Allah
tidak makbulkan doa engkau. Engkau perlu tahu yang Dia merancang sesuatu yang
lebih indah dari apa yang engkau minta.
19. Jika setiap
harapan yang kita inginkan berjalan mengikut perancangan, kita tidak akan
pernah belajar yang sebenarnya kekecewaan itu menguatkan kita.
20. Jangan
samakan hidup kita dengan orang lain. Ingat, kita berjalan di atas bumi yang
sama tetapi di atas takdir yang berbeza.
21. Hanya
kerana prosesmu lebih lama dari orang lain bukan bererti kamu gagal. Kerana
kegagalan yang sebenarnya adalah apabila kamu berhenti mencuba.
22. Kita hanya
mampu merancang, ketika hasilnya tidak seperti yang kita harapkan, maka
percayalah bahawa Allah tahu mana yang terbaik untukmu.
23. Disaat kamu
kehilangan sesuatu dan menerimanya dengan ikhlas, Yakinlah Allah pasti akan
menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah.
24. Jangan
mengeluh, mengeluh hanya membuatkan hidup kita semakin tertekan. Sedangkan
bersyukur membuatkan kehidupan kita sentiasa bahagia.
25. Jangan malu
dengan kegagalan, tetapi belajarlah darinya dan cuba lagi kerana tanpa
kegagalan kau tidak akan dipertemukan dengan KEJAYAAN.
26. Ingat! Jika
sudah waktunya, hujan akan turun, jika sudah masanya, bunga akan mekar, dan
jika sudah waktunya, doa-doamu pasti akan dikabulkan.
27. Tetaplah
berusaha, walau jalannya sukar. Kerana jalan yang sukar selalu membawa mu ke
tempat yang indah yang tidak dicapai oleh orang biasa.
28. Berhenti
melihat apa yang orang ada kita tak ada. Tetapi lihatlah diri sendiri, betapa
banyaknya rezeki yang Allah dah bagi pada kita.
29. Jika kau
percaya selepas hujan adanya pelangi. Kau juga kena percaya selepas derita
adanya bahagia.
30. Jangan
pernah menyesali hari-hari dalam hidupmu. Hari yang baik memberimu kebahagian
dan hari yang buruk memberimu pengalaman.
31. Walaupun
berat, harus tetap bersemangat. Walaupun lelah, cubalah untuk tidak menyerah.
32. Kalau kita
sedih hari ini, sabar. InsyaAllah akan digantikan dengan kegembiraan di
kemudian hari.
33. Untuk
mendapatkan kejayaan, keberanianmu harus lebih besar daripada kejayaan.
34. Di saat
Allah uji kita, diamlah seribu bahasa, senyumlah tanpa kata dan rasailah nikmat
ujian dari Allah kerana ujian itu tandanya Allah sayang kita.
35. Di saat kau
merasakan takdir Allah tidak semuanya baik, tetapi percayalah apa yang Allah
takdirkan kepada kita itulah yang terbaik. Kerana Dia lebih tahu apa yang
terbaik buat setiap hambanya.
36. Hidup kadang-kadang tak seindah yang kita inginkan. Langit pun tidak selalunya biru. Tetapi ingatlah setiap janji Allah itu pasti. Pasti ada pelangi yang menyinari selepas hujan.
37. Jangan pernah menyerah, jangan pernah berputus asa. Tuhan tidak pernah janji langit selalu biru.
38. Kita ini
ibarat langit, yang perlu bersedia dengan hujan, pelangi, bahkan petir dan
ribut. Untuk itu, semoga hari ini kita mampu jadi seluas langit yang selalu
ikhlas dan tabah, agar ia mudah menerima setiap ketetapan yang mungkin tidak
dirasai indah.
39. Kadang kita
tertanya kenapa langit tak selalunya cerah. Dia datangkan hujan dan petir. Kita
bersedih kemana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
pelangi. Jadi, bersyukurlah.
40. Seberat apa
pun ujian yang kau hadapi. Belajarlah untuk sabar walaupun sulit. Kerana
tak rugi apa-apa pun jika kau sabar. Percayalah betapa beruntungnya orang yang
sabar.
Semoga bermanfaat.
0 Response to "40 Kata-Kata Motivasi Pagi Yang Membuatkan Hidup Lebih Semangat Sepanjang Hari"
Post a Comment