10 Tempat Makan Menarik di Penang Untuk 'Pecinta Makanan' Selain Nasi Kandar
Monday, July 6, 2020
11 Comments
Sembang Kejayaan - Jangan ingat di Penang hanya terkenal dengan nasi kandar sahaja. Sebenarnya, ada banyak lagi tempat-tempat makan menarik yang ada di Penang. Kalau anda 'kaki travel' atau 'pecinta makanan' yang teringin nak datang ke negeri ini dan mencuba makanan lain selain nasi kandar. Meh sini saya kongsikan tempat makan menarik yang ada di negeri ini selain nasi kandar.
Secara majoritinya, ramai orang luar yang datang ke negeri ini akan memilih restoran nasi kandar sebagai destinasi utama wajib pergi bila datang ke sini. Terutamanya, di hari cuti atau di hujung minggu. Memang ramai la orang yang datang berpusu-pusu untuk menikmati keenakan nasi kandar di Penang.
Saya sebagai orang yang lahir di negeri ini, senarai tempat makan yang dikongsikan ni boleh dikatakan tempat makan menarik yang ada di Penang dan memang sangat-sangat recomended untuk anda. Tapi, ada beberapa yang belum sempat saya cuba lagi. Kepada anda yang datang ke Penang dan mencari makanan yang best selain nasi kandar, anda boleh tengok senarai ini Tempat Makan Menarik di Penang Selain Nasi Kandar
1. Roti Canai Transfer Road
Untuk hidangan sarapan pagi di Pulau Mutiara, kalau tekak anda tu tiba-tiba teringin nak makan roti canai atau roti bakar, ini lah tempat yang patut anda singgah. Walaupun sebenarnya banyak saja kedai roti canai yang ada di sekitar Penang ini. Tapi, roti canai di sini agak sedikit unik kerana ianya dihidangkan bersama dengan ayam seketul. Memang lain daripada biasa dinikmati. Untuk roti bakarnya pula, anda boleh cuba roti bakar telur goyang juga ada di sini.
2. Cargas Cafe Bayan Lepas
Lepas penat jalan-jalan di sekitar Penang, pasti perut terasa lapar kan? Tercari-cari di mana tempat makan menarik yang menyediakan hidangan makan tengahari? Datanglah ke Cargas Cafe. Bermacam-macam aneka jenis lauk pauk yang disajikan di sini. Pasti membuat anda rambang mata untuk memilihnya. Dinasihatkan untuk datang awal sebab kedai ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari. Kalau lambat, kemungkinan akan ada lauk yang habis bila tamat ja waktu lunch.
3. Gani Famous Pasembur
Kalau bercuti di Penang, tak cukup lengkaplah perjalanan kalau tak pekena atau cuba pasembur di Penang. Gani famous pasembur adalah port yang patut anda singgah untuk menikmati pasembur. Selain pasembur, di sini juga terdapat banyak gerai dengan pelbagai pilihan makanan yang sedap seperti ABC, mee goreng, kerang bakar dan macam-macam lagi. Apa yang menarik lagi di sini, sambil-sambil makan boleh menikmati keindahan pantai dengan angin yang dingin. Memang best makan di sini.
4. Mee Sotong Hameed Pata
Pernah makan mee sotong? Kalau tak pernah, anda patut cuba. Anda boleh datang ke restoran Hameed Pata untuk menikmati hidangan ini. Ianya terletak di Padang Kota Lama. Kalau susah-susah sangat, waze ja senang. Terus sampai sini. Bagi anda yang nak datang bercuti di Penang dan mencari tempat makan yang menarik, jangan lupa letakkan restoran ini di dalam list percutian anda sebagai destinasi wajib singgah bila datang ke Penang.
5. Cucur Udang Chowrasta
Kalau anda tiba-tiba terasa lapar dan mencari makan yang ringan untuk alas perut masa jalan-jalan tu, boleh singgah dan cuba cucur udang chowrasta. Apa yang specialnya tentang cucur udang chowrasta ini adalah cucurnya yang rangup dan kuah kacangnya yang sedap. Betul ke sedap? Nak tahu kena lah datang sini dan rasa sendiri. Saya yang tulis ni pun dah terliur.
6. Nurul Ikan Bakar
Untuk hidangan makan malam pula, restoran Nurul Ikan Bakar adalah port makan terbaik yang patut anda singgah untuk menikmati ikan bakar atau apa sahaja makanan seafood. Sebab apa anda patut singgah? Kerana hidangan seafood yang disajikan di sini semuanya segar-segar. Anda boleh pilih mana-mana seafood mentah untuk dimasak mengikut selera anda. Nak masak stim? 3 rasa? Bakar? Semuanya boleh dihasilkan di kedai ini.
7. Pak Mat Western
Bagi anda yang tercari-cari, cafe manakah yang menghidangkan makanan berbagai jenis makanan barat yang sedap dan murah. Saya mencadangkan anda untuk datang ke pak mat western yang memang cukup famous dengan makanan western. Banyak aneka pilihan hidangan western yang ada di sini, bikin ramai rambang mata! Harga pun murah, sesuai dengan tagline nya "Cita Rasa Hotel, Harga Warung". Bagi anda yang ingin ke sini, ianya terletak di Bukit Minyak, Pulau Pinang.
8. Sany Char Koay Teow
Selain nasi kandar, hidangan lain yang popular di Penang adalah char kuey teow. Nak makan char kuey teow datanglah ke Sani Char Koay Teow. Dalam banyak-banyak char kuey teow yang ada dik sekitar Penang, inilah antara salah satu char kuey teow yang femes dan sedap di Penang. Mesti cuba kalau datang Penang, dah cuba pasti repeat lagi!
9. Mee Udang, Ilyana Cafe
Orang Teluk Kumbar mesti tahu di mana nak makan mee udang yang sedap. Jadi bagi anda yang datang bercuti di Penang, mencari tempat makan yang menyediakan mee udang, jemputlah datang ke Ilyana Cafe yang terletak di Teluk Kumbar. Udang yang digunakan dalam hidangan ini pun segar-segar. Selain mee udang, terdapat macam-macam lagi hidangan menarik yang disajikan di sini antaranya kari kepala ikan.
10. Ice Cafe
Nak makan dessert di dalam cafe yang berkonsepkan ais? Datanglah ke Ice Cafe, Penang. Datang sini dan rasai sendiri pengalaman berada di dalam cafe ini, seolah-seolah berada di kutub utara sambil menikmati bermacam-macam aneka jenis dessert yang ada di sini seperti aiskrim, buah-buahan, kek dan macam-macam lagi. Menarik kan! Ini pun salah satu tempat yang femes di Penang.
Sebenarnya, ada banyak lagi tempat makan yang menarik di Penang. Tapi, saya kongsikan 10 sahaja dulu. Yang dah plan nak bercuti di Penang, jangan lupa singgah tempat makan yang saya senaraikan tu. Baca juga Senarai Tempat Menarik di Penang

Tertarik yang cafe igloo itu.
ReplyDeleteHehe sangat jarang ke Pulau Penang. Harap ada rezeki ke sana.
banyak pilihan makanan sedap2 di PP
ReplyDeletePak Mat Western saya pernah mkn..time tu xsilap 5 or 6 tahun lepas..rasanya..
ReplyDeleteNO 1 dan no 3 tu akak pernah makan masa ke penang 2 tahun lepas
ReplyDeleteWah menggoda sekali lengkapnya pilihan seafood di Gani Pasembur ..., nikmat!.
ReplyDeleteNo1 tu sempoi peha ayam dia letak
ReplyDeletePak Mat Western tu mmg berbaloi...Penang tu umpama kampung ke 2 saya tuu
ReplyDeleteBaru sedar, lamanya dah tak pergi Penang
ReplyDeletePergi Penang ni pening tak tahu nak makan apa. semua sedap sedap tu. Kalau boleh semua nak rasa. tapi tu lah tak pernah sempat. Makan mana yang sempat singgah je. pasemboq tu wajib!
ReplyDeletewow menarik..tq sharing kerol :)
ReplyDeleteKalau g Penang tak sah laa tak carik Pasembur. Sedapnya pasembur ..lama dah tak makan..
ReplyDelete