-->

Cara Mudah Membuat Favicon di Blogger.com

Sembang Kejayaan | Pernah tak korang perasan logo kecil yang terletak di bahagian atas browser bila kita buka website atau blog?

Bagi yang tak tahu, logo kecil tersebut dipanggil favicon. Ia merupakan sebuah logo kecil yang muncul ketika blog kita dibuka. Bagi yang masih baru dalam blogger, sudah tentu logo yang akan muncul adalah logo berhuruf B atau Icon Blogger. 

Favicon

Boleh tukar ke logo tersebut?

Jadi, bagi yang tertanya-tanya boleh ke nak tukar logo icon tersebut? Jawapannya, Ya!

Sebenarnya korang boleh edit logo tersebut dan letak logo blog korang biar blog nampak lebih menarik dan cantik. Malah, blog korang pun akan mudah diingati oleh pelawat kerana mempunyai ciri yang tersendiri serta kelihatan lebih professional. 

Jadi, bagaimana nak gantikan favicon di blogger? Kalau korang explore, di dashboard blogger sendiri ada menu setting yang membolehkan korang untuk edit favicon tersebut. 


Cara Mudah Membuat Favicon di Blogspot

  • Buat gambar logo korang. Koramg boleh guna Adobe Illustrator, Photoshop atau aplikasi apa saja yang korang mahir. Korang juga boleh buat favicon anda secara online di Favicon Generator

  • Pastikan gambar yang dihasilkan mempunyai lebar dan tinggi yang sama. 

  • Saiz gambar mesti dibawah 100 KB

  • Save Logo dalam format PNG atau bahasa mudahnya logo korang tu mempunyai background transparent.



Cara Memasang Logo Favicon di Blogspot


Langkah 1 - Pertama sekali, masuk ke dashboard blogger korang.

Langkah 2 - Tekan menu 'Setting'. Kemudian cari di bahagian Basic, korang akan jumpa 'Favicon' seperti gambar di bawah. Tekan Favicon tersebut.

Favicon

Langkah 3 - Tekan 'Choose File' dan pilih logo favicon yang korang dah buat tadi. Pastikan gambar korang tu tidak lebih dari 100 KB. Kemudian tekan 'Save'. 

Favicon

Selesai! Mudah ja kan nak buat favicon korang sendiri. Just nak bagitau selepas korang pasang logo favicon dekat blog korang, ia tidak segera bertukar. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ia mengambil masa lebih kurang 1 atau 2 minggu barulah logo favicon akan muncul di blog korang.

Harap perkongsian mudah dan ringkas membuat favicon di blogspot bermanfaat buat korang. Semoga dengan cara ini blog korang tampil lebih cantik dan menarik dan yang paling penting blog korang nampak lebih professional macam website atau para blogger lain. 


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

2 Responses to "Cara Mudah Membuat Favicon di Blogger.com"

  1. Lama dah buat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info... nanti nak buat lah... mcm best je... gambar dah ada, tapi tak sempat search lagi...

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel