Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Yang Perlu Anda Tahu
Sembang Kejayaan | Sejak kebelakangan ini, ramai yang berjaya di panggil untuk temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk kemasukan kerja dalam sektor perkhidmatan awam. Yang tengah belajar lagi 3 semester nak habis pun dah dipanggil untuk datang temuduga, tahniah diucapkan kepada anda yang berjaya! Memang rezeki anda.
Calon yang memohon jawatan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA) sangat lah ramai. Anda antara orang yang bertuah tau kerana dalam
beribu-ribu calon yang mempunyai kelayakan seperti anda, andalah orang
terpilih.
Ingat, bukan mudah untuk dipanggil temuduga kerajaan ni. Kebiasaannya, sebelum melayakkan anda untuk dipanggil temuduga kerajaan, anda perlu lulus peperiksaan online atau ujian Psikometrik. Nak lulus peperiksaan pun bukannya mudah, ramai juga yang tidak berjaya melepasi peperiksaan tersebut. Bagi yang berjaya tahniah anda dah berjaya melangkah untuk ke bentuk saringan yang seterusnya iaitu temuduga.
Kebiasaannya, dalam peperiksaan online, soalan yang ditanya
adalah berkaitan dengan pengetahuan am dan kefahaman bahasa Inggeris. Manakala
bagi ujian Psikometrik adalah ujian yang berkaitan ciri-ciri personaliti, gaya,
cara seseorang itu bertingkah laku serta kebolehan dalam menyelesaikan masalah
dalam bekerja. Bagi ujian psikometrik, anda akan diberikan soalan objektif
dengan beberapa pilihan jawapan.
Baca Juga: Tips Kurangkan Nervous Ketika Temuduga
Calon yang lulus ujian tersebut, ujian yang seterusnya
adalah temuduga. Dari sini calon akan dinilai dari pelbagai sudut. Antaranya,
penampilan, cara susunan sijil/dokumen, kepimpinan dan banyak lagi. Senang
cerita, penilaian bermula sejak dari anda ketuk pintu masuk ke bilik temuduga
sehinggalah anda keluar dan menutup pintu bilik temuduga. Semuanya akan
dinilai.
Contoh Soalan Temuduga Kerajaan
Berikut merupakan soalan-soalan popular yang sering ditanya
oleh panel kepada calon. Walaupun soalan nampak simple, tapi ramai yang
kecundang disebabkan calon kurang membuat persediaan. Jadi, jangan ambil mudah.
Banyakkan buat persediaan secukupnya terutamanya soalan berkaitan isu semasa
dan pengetahuan am berkaitan sesuatu jawatan yang dimohon.
Ramai calon yang menganggap temuduga kerajaan sama seperti
temuduga swasta yang lain. Temuduga kerja kerajaan dengan temuduga di sektor
swasta memang tak sama. Tapi masih ada segelintir calon yang buat kesilapan
besar hadir temuduga kerajaan dengan etika pakaian yang tidak formal. Ingat,
temuduga kerajaan mesti memakai pakaian formal.
Malah, ada juga calon tidak membuat persediaan awal seperti
susunan sijil, dokumen yang perlu bawa, gambar berukuran passport dan
sebagainya sebelum menghadiri temuduga SPA.
Jangan lupa juga soalan-soalan yang biasa ditanya tu
seperti latar belakang diri, cubalah reka jawapan anda sendiri dan praktis
cakap depan cermin macam mana anda nak jawap setiap soalan-soalan yang wajib tu.
Praktis lah berulang-ulang kali biar kita lebih konfiden dan lancar.
Jadi, kepada calon temuduga saya nak ucapkan tahniah sekali
lagi. Buatlah persediaan secukupnya. Rujuk lah mana mana website yang boleh
jadikan panduan untuk anda buat research study berkaitan jawatan dimohon serta
tips-tips bagaimana nak lulus temuduga SPA, apa yang perlu anda buat dan
apa yang tak perlu anda buat semasa temuduga.
Saya yakin banyak saja website yang boleh anda rujuk. Bagi
yang masih tercari-cari panduan, saya sarankan anda dapatkan Panduan Lulus
Temuduga Kerajaan.
Ia merupakan sebuah Ebook yang dikongsi sendiri oleh orang yang berpengalaman yang berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan yang sering terlibat dalam proses temuduga SPA serta kerap menjadi panel temuduga.
Dengan adanya panduan ini, ia mungkin akan memberikan anda gambaran yang jelas bagaimana untuk calon berhadapan dengan temuduga SPA yang sudah semestinya berbeza dengan temuduga yang pernah dihadiri di sektor swasta. Untuk pengetahuan anda, dalam panduan ini terdapat banyak ilmu serta tips yang dikongsikan bukan sahaja boleh diaplikasikan dalam temuduga SPA saja, malah temuduga-temuduga lain seperti temuduga SPP, temuduga UPU, dan sebagainya. Sekiranya, anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Ebook tersebut, anda boleh klik link di bawah.
Semoga bermanfaat.