5 Perkara Jadi Penghalang Demi Meraih Kebahagiaan Dalam Kehidupan
Sembang Kejayaan - 5 Perkara Jadi Penghalang Demi Meraih Kebahagiaan Dalam Kehidupan | Dalam hidup ini, dalam kesibukan kita menjalani kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran dan rintangan, pasti pernah terdetik dihati mahu merasakan kebahagiaan dalam hidup. Tipula kalau cakap tak mahu bahagia kan?
Macam-macam cara kita buat untuk mengecapinya. Setiap orang ada caranya sendiri yang boleh membuatkan dirinya happy dan senyum sepanjang masa.
Walau bagaimanapun, tanpa kita sedar ada sifat dan cara berfikir kita yang boleh menyebabkan kebahagiaan kita tertangguh. Berikut 5 perkara jadi penghalang demi meraih kebahagiaan dalam kehidupan
5 Perkara Jadi Penghalang Demi Meraih Kebahagiaan Dalam Kehidupan
1. Suka bandingkan diri dengan orang lain
Salah satu sebab mengapa hati kita tidak tenang adalah disebabkan kita selalu bandingkan diri kita dengan orang lain. Selagi wujud sikap suka membanding ini selagi itulah kebahagiaan kita tertangguh dan sukar mencapai kebahagiaan. Mana tidaknya, selalu membandingkan bandingkan dengan apa yang orang lain ada dengan apa yang kita ada. Ia boleh berakhir dengan perasaan sedih, kecewa dan tak tenteram jika berterusan. Jadi buanglah sikap ini jauh-jauh, setiap orang ada rezeki dan ujian yang berbeza-beza. Tengok sekeliling kita, bersyukurlah dengan apa yang kita ada, InsyaAllah kita akan rasa tenang dan bahagia :)
Baca juga: Berhenti Bandingkan Diri Kita Dengan Orang Lain! Kehidupan kita Tak Sama
2. Risau dengan apa orang cakap
Kadang kita teringin nak buat benda yang kita suka dan gembira, tapi risau dan takut nanti orang cakap pasal kita. Jadi kebahagiaan kita tersekat disebabkan kerisauan kata-kata orang lain. Main point kat sini alihkan fikiran kita, cukuplah kita ambil jadikan sebagai semangat untuk kita lebih berjaya dan bahagia.
3. Selalu overthinking
Ini satu lagi masalah selalu fikir berlebihan. Kadang sampai tak boleh tidur bila selalu memikirkan sesuatu. Biasanya orang yang selalu overthinking ini akan berfikir tentang perkara yang belum pasti atau perkara yang dah lepas. Ada juga yang rasa risau tentang sesuatu, mulalah nak overthinking. Kadang hal yang kecil boleh jadi besar. Mana tidaknya, selalu overthinking. Sekiranya ia tidak diatasi boleh menyebabkan stress.
4. Suka membenci
Tidak ada gunanya jika kita suka berdendam dan membenci orang lain. Saya ingat lagi pesanan guru saya dulu, nak rasa tenang dan bahagia, maafkanlah semua orang sebelum tidur, tak kisahlah dia buat salah ataupun tidak, maafkan saja. Jadikan ia sebagai amalan harian sebelum tidur. Mudahan-mudahan ia dapat membantu membuatkan hati lebih tenang dan tenteram.
Baca juga: Cara untuk bahagia? Bahagia itu pilihan diri sendiri
5. Tidak bersyukur
Adakalanya, kita terlalu taksub memikirkan apa yang kita ada. Oleh kerana terlalu memikirkannya kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau renung-renungkan balik banyak nikmat yang Tuhan berikan kepada kita. Memang tak terhitung banyaknya. Cuma kita saja kadang tak perasan yang sebenarnya kita hidup dalam keadaan serba cukup dan cukup membahagiakan. Jadi sentiasalah bersyukur, insyaAllah kita akan bahagia.
Bukan mudah untuk buang semua sifat dan bentuk pemikiran negatif di atas daripada terus menghalang kebahagiaan daripada menjengah diri kita. Tetapi ingatlah, kita boleh ubah dan bentuk satu pemikiran yang lebih sihat dan positif. Nak rasa bahagia tidaklah begitu sukar. Ia adalah pilihan. Kita boleh pilih sama ada nak rasa gembira, selalu tersenyum atau sebaliknya?
Semoga bermanfaat :)
Memang tidak dapat elak terlebih fikir. Mengganggu betul.
ReplyDeleteSaya pernah melalui semuanya... ye betul, itu semua menyekat rasa bahagia malah memenatkan emosi. LEpaskan semuanya, dan nikmatilah hidup sebaiknya. =D
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSalam, membina fokus tujuan dan bersyukur, inshaAllah terhapus semua. Good sharing..
ReplyDelete