10 Permainan Kanak-Kanak Zaman Dulu Pasti Rindu!
Sembang Kejayaan - 10 Permainan Kanak-Kanak Zaman Dulu Pasti Rindu | Sekejap ja masa berjalan, sekarang dah pertengahan tahun, lagi beberapa bulan dah nak masuk tahun baru. Banyak kenangan manis dan pahit sudah ku lalui.
Bila umur kian meningkat, teringat pula zaman masa kecil-kecil dulu. Zaman kanak-kanak lah yang paling ku rindu. Kalau teringat balik kenangan masa kecil-kecil dulu mesti rindu. So, entri kali ini hanya nak throwback kembali permainan-permainan yang pernah saya main dulu masa kanak-kanak dulu. Tak pasti budak-budak zaman sekarang masih main ataupun tidak. Yang pasti inilah permainan budak-budak dulu sebelum adanya gadget dan internet. Memang seronok!
10 Permainan Kanak-Kanak Zaman Dulu Pasti Rindu
1. Pondok-pondok
Korang pernah main pondok-pondok? Kalau korang lahir tahun 70an, 80an, 90an pasti pernah main kan? Inilah permainan yang selalu saya main. Pergilah cari segala kayu, ranting pokok di hutan untuk dijadikan sebagai tiang untuk membina rumah la kononya hahaha. Dan daun pula dijadikan sebagai atap. Bila dah siap pondok, ramai-ramai akan masuk dalam pondok tersebut. Masa ni memang tak kisah dah sempit ke apa, asalkan semua yang bekerjasama membina pondok tersebut dapat masuk. Dan yang paling best siap yang bawa nasi berkelah ramai-ramai itu kenangan yang paling best.
2. Layang-layang
Sebelum Covid hari tu sempat juga main layang-layang. Tapi yang jenis kain. Dapat la juga mengimbau kenangan dulu main layang-layang. Tapi tak seindah layang-layang yang diperbuat daripada surat khabar..memang nostalgia! Layang-layang siapa yang paling tinggi layang-layang dialah dikira hebat. Habis benang disambungkan banyak-banyak supaya dapat terbang tinggi. Disebabkan terlalu tinggi dan malas nak gulung benang, terpaksalah tambat layang-layang dipokok dan sambung pula keesokan harinya disebabkan dah waktu dah senja. Biasanya main layang-layang ni ada musim dia. Bila sampai musim layang-layang, memang ramai la yang akan main layang-layang :)
Baca Juga: Makanan Tradisional Zaman Tok Nenek Yang Sedap & Digemari Suatu Ketika Dahulu!
3. Aci Ligan
Pernah main aci ligan? Maksudnya main kejar-kejar. Tapi biasanya orang panggil aci ligan. Ini pun best main petang-petang. Siapa ja yang tak suka main kejar-kejar, kan? Tapi kalau jadi yang tukang kejar tu, tahu-tahu la penat dia macam mana hehehe.
4. Kad Tepuk
Siapa pernah main kad tepuk? Mungkin juga ada daripada anda pernah bermain dengan kad-kad ini semasa kecil dulu. Bermain kad tepuk ini ada banyak cara mainnya. Tapi yang paling popular pada zaman saya adalah tepuk kad-kad tersebut di lantai sehingga terbalik. Ada macam-macam skill tepuk yang digunakan pada ketika itu. Pemain akan menaruh kadnya dengan pihak lawan. Siapa berjaya menepuk kad sehingga terbalik akan menjadi kepunyaannya. Permainan ini dilakukan secara bergilir-gilir sehinggalah kad-kad tersebut habis ditaruhkan.
5. Nyorok-Nyorok
Ini permainan yang paling seronok bila main ramai-ramai. Yang tak bestnya pasal permainan ini, ramai member yang suka main tipu menyorok dalam rumah. Memang tak akan jumpa la kan? Tapi bila dah jumpa, main cup..cup pula dan macam alasan yang diberikan. Hahaha tapi itulah kenangan.
6. Batu Seremban
Batu seremban adalah salah satu permainan yang saya sendiri tak pandai memainkannya sewaktu kecil. Memang susah nak lambung satu batu sambil mengambil batu lain yang ada di lantai. Tapi kalau nak timbang batu di atas jari dan menyambut batu tersebut saya boleh. Kebiasaannya batu seremban majoritinya akan dimainkan oleh golongan perempuan. Seronok tengok bila ada orang handal main permainan ini, cekap betul lambung dan sambut batu. Itu yang rasa nak main tu.
7. Baling Selipar
Ini pun salah satu permainan yang legend masa kecil-kecil dulu iaitu baling selipar. Seronok main baling selipar waktu petang-petang. Riuh rendah jadinya. Balik rumah mesti berpeluh-peluh hahaha
8. Tudung Tin (Penutup botol)
Ini pun legend ni, permainan tudung tin! Caranya masa saja macam main batu seremban. Tapi tudung tin ni dia kena main jentik-jentik. Kalau bermain dengan orang pro, silap-silap kita tengok ja dia main. Fuhh, memang mengimbau kenangan masa kecil dulu permainan ni.
Baca Juga: Makanan Popular Tengah Malam Untuk Hilangkan Rasa Lapar, Korang Yang Mana?
9. Bola Tepuk
Kalau tadi kad tepuk, ini bola tepuk. Cara bermain permainan ini mudah saja. Untuk bermain permainan ini anda hanya perlukan kotak untuk membuat player. Biasanya guna kotak kasut atau kotak kokocruch. Manakala bolanya pula anda boleh gunakan kertas kecil yang digulung. Manakala bolanya pula anda boleh guna plastik coklat cabbury yang berwarna emas, memang padu pergi dia kalau tepuk. Cara permainan ini anda hanya tepuk saja kotak anda, pass kan bola kepada pemain-pemain anda sehingga anda berjaya menjaringkan gol. Memang seronok! Nak pula time world cup pula, pergilah ziarah rumah kawan-kawan masa tu, mesti ramai yang akan main bola tepuk ni, siap boleh buat pertandingan. Memang meriah waktu tu hehe.
10. Gasing
Dulu waktu petang, ramai ja yang main gasing. Yang tak ada gasing tengok saja la. Cara nak main gasing ni kena lilitkan badan gasing dengan tali dan kemudian tali akan ditarik akan membuatkan gasing berpusing. Ada beberapa cara untuk bermain gasing. Antaranya ialah gasing yang paling lama berpusing dialah dikira pemenang. Satu lagi adalah dengan memangkah gasing pihak lawan sehingga terkeluar dari bulatan. Gasing yang bertahan sehingga akhir dialah juara. Dulu zaman guna gasing paku ja, sekarang dah moden dah ada beyblade.
Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang permainan semasa saya kecil-kecil dulu. Sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, tiba-tiba rasa seronok pula mengimbau nostalgia dulu-dulu :)
Semua pernah main kecuali gasing
ReplyDeleteP.S: Lama tidak nampak Khairul menulis.
NA: Itula hehe..rindu pula nak menulis semula :)
ReplyDeleterindu sangat masa keck2 dulu
ReplyDelete