-->

5 Sebab Kenapa Website Penting Untuk Perniagaan Online

Sembang Kejayaan - Sebab Kenapa Website Penting Untuk Perniagaan Online | Pejam celik pejam celik sudah hampir 4 tahun saya ceburkan diri dalam dunia blogging. Satu pengalaman yang bermakna buat saya. Secara jujurnya, sebelum ini saya tidak tahu pun apa itu blog dan bagaimana ia berfungsi. Alhamdulillah, sebenarnya banyak kelebihan dan manfaat yang diperoleh daripadanya. 

Hari ini, laman web atau blog dibina dengan pelbagai tujuan. Bukan sahaja untuk berkongsi apa sahaja yang mahu ditulis, malah ada juga yang membina laman web atau blog ini untuk tujuan perniagaan online mereka.

Selain menggunakan platform Facebook, Instagram dan sebagainya yang berperanan sebagai kedai online untuk memajukan perniagaan secara online ini, laman web atau blog juga merupakan platform terbaik jika mahu memajukan bisnes di dalam dunia teknologi online.

Baca juga: Kelebihan Buat Bisnes Online Yang Ramai Tak Tahu!

Jika diperhatikan, zaman kini semuanya dihujung jari. Orang boleh akses internet pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan adanya website, ia bukan sahaja untuk mempromosikan jualan, malah ia juga memudahkan pelanggan membeli secara terus di dalam website. 

Oleh sebab itu, pentingnya apa sahaja bisnes yang dijalankan perlu memiliki sebuah laman web atau blog untuk perniagaan yang lebih baik. 

Terdapat banyak faedah yang akan anda perolehi jika anda mempunyai laman web untuk perniagaan anda. Berikut merupakan kelebihan jika sesuatu perniagaan itu memiliki laman web.

5 Sebab Perlu Memiliki Laman Web Untuk Perniagaan Online

Website

1. Kedai Online 24 Jam

Dengan adanya laman web, bisnes kita boleh bergerak 24 jam setiap hari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, walaupun di hari cuti. Malah, ia juga memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan untuk melihat produk dan perkhidmatan kita ketika kedai atau pejabat kita tutup. Ini adalah antara kelebihan perniagaan kita memiliki laman web jika dibandingkan dengan perniagaan biasa yang mempunyai waktu beroperasi yang tertentu. 

2. Dapat Meningkatkan Pelanggan

Apa jua perniagaan, laman web adalah tempat yang bagus untuk menjual produk atau servis kita ke pasaran yang lebih luas. Anda juga mampu menggandakan pelanggan anda bukan sahaja di Malaysia malah mungkin ke luar negara dan secara tidak langsung perniagaan kita pun menjadi semakin besar dan berkembang maju.  Ini kerana perniagaan internet merupakan sebuah komuniti global. Dengan adanya website, bisnes anda dapat dilihat di seluruh dunia. 

3. Google Sebagai Penyelesai Masalah Pelanggan

Ini lagi satu mengapa website penting. Ini adalah kerana semua orang menggunakan platform google untuk mencari info bagi menyelesaikan masalah mereka. Segala maklumat yang mereka ingin tahu semuanya dihujung jari. Contohnya, orang yang mempunyai masalah jerawat sudah tentu akan mencari jalan penyelesaian di google seperti tips, petua dan sebagainya. Contoh “cara menghilangkan jerawat”. Jika anda mempunyai website dan anda menjual produk menghilangkan jerawat sudah tentu website anda akan menjadi tumpuan para pelanggan. Ini salah satu kelebihan anda memiliki website dalam perniagaan. 

Baca juga: Kelebihan Buat Bisnes Dropship Secara Online

4. Menambah Keyakinan Pelanggan

Dengan adanya laman web, perniagaan anda akan dilihat lebih professional seperti perniagaan-perniagaan besar yang lain dan ianya sekaligus memberi 1st impression yang baik kepada pelawat dan pelanggan anda. Mereka juga akan lebih percaya dengan perniagaan anda dan lebih yakin untuk berurusan dengan anda. 

5. Tempat Untuk Membina Jenama

Laman web akan memudahkan anda membina jenama perniagaan anda. Laman web ini akan berfungsi sebagai kedai online. Bila cerita pasal kedai, sudah tentu anda akan menamakan kedai anda. Oleh sebab itu, laman web membantu anda memperkenalkan jenama anda bukan sahaja di pasaran Malaysia malah di luar negara. Biasanya pelanggan akan mencari di Google sebelum membuat pembelian. Jadi dari sinilah jenama anda akan dikenali.

1 Response to "5 Sebab Kenapa Website Penting Untuk Perniagaan Online"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel