-->

5 Cara Mudah Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan

Sembang Kejayaan - Tips Mudah Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan | Mengalami tekanan ketika belajar merupakan perkara biasa yang sering di alami bagi mereka yang bergelar pelajar terutamanya apabila tiba di musim peperiksaan. Sudah tentu kita banyak habis masa menghadap buku dan ada ketikanya rasa tekanan mula menjengah diri. Jadi, sebelum rasa tertekan mula menguasai diri, ada baiknya kita tahu bagaimana untuk menguruskannya. Berikut merupakan tips boleh membantu anda mengurangkan stress ketika menghadapi musim peperiksaan:

Cara Mudah Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan

Stress exam

1. Buat jadual study

Buat jadual belajar mengikut subjek. Susun subjek ikut keutamaan anda. Asingkan juga subjek yang lemah supaya anda dapat beri tumpuan lebih pada subjek tersebut. Jadual ini penting kerana dapat mengelakkan kita rasa serabut dan stress subjek apa yang nak diulang kaji hari ini, esok, lusa dan hari-hari berikutnya. Malah, ia juga dapat mengingatkan anda daripada terlupa untuk mengulang kaji. 

Baca juga: ️7 Tips Untuk Rajin Belajar Setiap Hari

2. Beri tumpuan lebih kepada subjek lemah

Inilah salah satu sebab mengapa study awal tu penting. Sebab study awal memberikan anda banyak masa untuk mengulang kaji kesemua subjek dengan baik terutamanya pada subjek-subjek yang lemah. Anda boleh beri tumpuan lebih pada subjek/topik sebegini. Jangan mengelak daripada mengulang kaji subjek atau topik yang anda tak suka. Anda pun tak ada lah stress sangat kalau study awal. Anda boleh gunakan masa yang berbaki selebihnya untuk mengulang kaji subjek yang lemah berulang-ulang kali. 

3. Jauhi perkara negatif

Jauhilah daripada berada di sekeliling yang ada aura-aura negatif yang boleh memancing kita terjerumus dalam aura tersebut. Contohnya anda melihat kawan bermain di waktu belajar dan menghasut anda untuk turut bermain. Abaikan dan jauhilah mereka buat seketika. Fokus dengan topik yang anda target untuk baca sehingga habis. Sekiranya anda termakan dengan hasutan tersebut, bacaan anda akan tertangguh. Topik yang nak kena baca pun jadi semakin banyak dan mungkin boleh beri tekanan kepada anda. 

4. Dapatkan tidur yang mencukupi

Sesetengah orang, esok nak exam, malam ini jadi tak boleh tidur disebabkan terlalu memikirkan dan risau dengan exam tersebut. Sekiranya anda tidur dengan perasaan cemas, anda akan sukar untuk tidur. Jadi, rehat dan tidur secukupnya amat penting. Kalau tidur tak cukup blank nanti. Topik yang dibaca pun susah nak masuk sebab mengantuk.  

Baca juga: 6 Tips hilangkan stress belajar dengan berkesan

5. Senaman

Senaman atau aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan tekanan. Mengadap buku lama lama pun tidak boleh juga. Otak juga memerlukan rehat. Selitkan sedikit dalam jadual study anda ruang masa untuk bersenam dan bersiar-siar menghirup udara segar, ianya dapat menyegarkan minda dan dapat mengurangkan stress anda. Bila otak segar, lagi mudah kita ingat apa yang kita baca.

Setakat ini saja lah perkongsian saya kali ini berkaitan tips mengurangkan stress ketika peperiksaan. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pelajar mengurangkan tekanan ketika menghadapi musim peperiksaan dengan baik. Saya ucapkan selamat maju jaya bagi mereka yang mengambil peperiksaan penting sama ada secara online mahupun bersemuka, selamat maju jaya :)

Semoga bermanfaat

5 Responses to "5 Cara Mudah Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan"

  1. Hehe bagus kongsi tips untuk mereka yang hadapi peperiksaan.

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah..terbaik informasi..bermanfaat

    ReplyDelete
  3. bagus perancangan nya.. klau stress jawap exam pon x boleh

    ReplyDelete
  4. Good post :) would you like to follow each other? if answer is yes, please follow me on my blog &I'll follow you back...

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel