Cara Mudah Buat Senarai Rujukan Format APA di Microsoft Word
Sembang Kejayaan - Cara Mudah Buat Senarai Rujukan Format APA di Microsoft Word | Jika sebelum ini saya pernah berkongsi satu tutorial tentang Cara Buat Nombor Muka Surat di Microsoft Word. Sekiranya anda juga mengalami kesukaran yang sama, anda boleh rujuk page tersebut.
Pada kesempatan ini saya akan kongsikan pula cara bagaimana nak buat senarai rujukan atau bibliography di Microsoft Word. Buat student ini sangat membantu buat anda menyiapkan tugasan dengan baik.
APA merujuk kepada American Psychological Association. Kebiasaannya format ini sering digunakan untuk kita buat rujukan dalam assignment, tesis dan sebagainya. Ada lagi format-format yang lain seperti chicago dan banyak lagi. Jadi saya nak kongsikan cara mudah untuk formatkan rujukan anda mengikut format APA Style. Berikut merupakan cara-caranya. Anda boleh ikut langkah-langkah ini step-by-step:
Cara Mudah Buat Senarai Rujukan Format APA di Microsoft Word
Langkah 1 – Pertama sekali anda select semua senarai rujukan anda.
Langkah 2 - Kemudian pergi ke bahagian Paragraph dan tekan "Paragraph setting" di sebelah kanan seperti gambar di atas.
Langkah 3 - Pergi ke bahagian Indentation > Special. Tukarkan ia kepada "Hanging". Jika selesai, pergi pula ke bahagian Spacing > Line spacing. Tukarkan juga kepada "Double". Kemudian tekan "Ok".
Selesai! Mudah saja kan? Lepas ini tak payah lagi buat manual. Sebenarnya ada macam-macam lagi fungsi yang tersedia dalam microsoft word ni. Jadi, manfaatkan sebaiknya. Kerja kita pun akan jadi lebih mudah dan hasil kerja kita pun akan nampak lebih kemas. Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di masa hadapan. Selamat mencuba :)
Lama tinggalkan alam buat tesis. Hehe. Dahulu tiada. Apapun boleh buat rujukan untuk mereka yang kena buat tugasan atau thesis.
ReplyDelete