-->

7 Tips Untuk Rajin Belajar Setiap Hari

Hai, semua. Bertemu lagi kita di blog Sembang Kejayaan

Sebelum ni penulis ada kongsi tentang tips bagaimana untuk menjadi rajin. Yang belum baca, cepat-cepat baca. Jadi harini penulis nak kongsi pula dengan anda semua tentang tips mudah bagaimana mahu jadi orang yang rajin belajar.

Semua orang pasti pernah merasa malas kan, terutamanya ketika belajar. Jadi jangan risau dalam entri ini akan membantu anda hilangkan rasa malas belajar dan supaya menjadi orang yang lebih rajin belajar.

7 Tips Untuk Rajin Belajar Setiap Hari

1. Belajarlah dengan kawan-kawan yang rajin. Apabila kita duduk belajar dengan kawan-kawan yang rajin, secara automatik aura rajin mereka tu akan datang pada kita.


2. Jauhilah daripada kawan-kawan yang malas. Jauhi bukan bermaksud tidak boleh berkawan dengan mereka langsung. Tetapi, kita kena pandai bezakan waktu belajar dengan waktu lapang (waktu bermain). Sekiranya mereka masih bermain di waktu belajar, jauhilah mereka buat seketika dan fokus kepada study kita.

Baca Juga: 7 Tips Belajar di Rumah Semasa PKP Supaya Tak Ketinggalan Pelajaran


3. Jangan buat muka malas ketika belajar. Ketepikan perasaan bosan belajar, perasaan penat, perasaan nak main game, perasaan tak ada minat bila sedang belajar. Walau tiada minat sekalipun, paksa juga diri untuk belajar. Lama-kelamaan bila kita dah biasa, perasaan minat itu akan hadir tanpa paksaan.


4. Kemas dan bersihkan tempat kita belajar. Tempat belajar yang kotor dan berselerak akan membuatkan kita tak selesa dan akhirnya kita pun jadi malas. Kebiasaannya kita akan belajar di dalam bilik. Jadi pastikan bilik kita tu sentiasa kemas, semua buku-buku tersusun rapi, meja, katil, almari sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan bersih. Barulah semangat nak belajar.


5. Hias cantik-cantik tempat kita belajar. Ini tips yang paling bagus yang penulis nak kongsi dengan anda semua. Sebab apa kena hias cantik-cantik? Ini penting sebab suasana yang cantik dan indah akan membuatkan kita lebih seronok nak belajar. Apa yang kita baca pun senang masuk.

Baca Juga: Tips hilangkan stress belajar 


6. Siapkan sesuatu kerja dengan pantas. Ini juga penting sebab bila kita buat kerja dengan pantas, kita ada banyak masa yang boleh kita gunakan untuk kita ulangkaji. Bayangkan kita buat kerja lambat, jadi kerja-kerja yang lain kita tak sempat buat. Akhirnya kerja itu tertangguh. Bila kerja tertangguh, maknanya kerja kita akan bertambah. Bila kerja bertambah, ia akan membawa aura pemalas! Jadi elakkan kerja yang tertangguh.


7. Ucapkan rasa syukur & pujilah diri sendiri selepas habis belajar dengan bercakap pada diri sendiri "Alhamdulillah..habis dah belajar untuk hari ini". Ini sesuatu yang positif untuk diamalkan. Ia dapat melahirkan rasa seronok nak belajar lagi.

Terima Kasih.

7 Responses to "7 Tips Untuk Rajin Belajar Setiap Hari"

  1. Rindu pula nak jadi student balik.. btw nice tips..
    Sy klik iklan ya.. semoga sukses selalu ^^

    ReplyDelete
  2. Nurulatika Yunus: hihi betul2 sy pun rindu. Thanks sebab sudi singgah sini hehe, terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Kenapa masa time saya jadi student tak ada motivasi macam ni huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Kita ni, kadang memang akan datang sikap M tu. Saya pun begitu juga.

    Bercampur dgn orang2 yang rajin, auto kita jadi rajin jugak.

    Bagus tips begini.

    Done follow KK #11

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni terima kasih dengan kata2 ayat nie amin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah saya dapat hadiah cemerlang Terima kasih

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel