-->

Makanan Popular Zaman Kanak-Kanak Kembali Nostalgia Zaman Dulu

Sembang Kejayaan - Makanan Popular Zaman Kanak-Kanak Kembali Nostalgia Zaman Dulu | Bila tengok video Ryan Bakery teringat zaman kanak-kanak dulu. Memang seronok! Snek atau jajan merupakan makanan popular pada zaman tu. Ketika zaman kanak-kanak, sudah tentu kita mempunyai snek kegemaran kita sendiri, ada diantara snek atau jajan tersebut masih popular dan dijual sehingga ke hari ini. 

Demi mengimbau kembali nostalgia zaman dulu, saya sudah senaraikan snek-snek ataupun makanan ringan yang popular menjadi kegemaran rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Berikut merupakan Makanan Popular Zaman Kanak-Kanak Kembali Nostalgia Zaman Dulu. 

Makanan Popular Zaman Kanak-Kanak Kembali Nostalgia Zaman Dulu


1. Biskut Apollo Perisa Coklat

Apollo
Sumber Google

Apollo - Sejenis jenama yang tidak asing lagi bagi kita. Antara jenis biskut yang popular ialah jenis yang ini. Ada banyak lagi biskut yang sedap daripada Apollo. Tapi yang paling popular semasa zaman saya dulu salah satunya jenis biskut Apollo inilah yang menjadi kesukaan ramai.

2. Super Ring



Super Ring
Sumber Google

Kalau cerita pasal makanan popular masa zaman kanak-kanak, tak lengkap la kalau tak pasal keropok super ring. Sudah semestinya super ring menjadi kesukaan kanak-kanak, malah sehingga dewasa pun masih lagi menggemarinya. Bila makan keropok ini, memang tak sah la kalau jari tak warna oren!

Baca juga10 Permainan Kanak-Kanak Zaman Dulu Pasti Rindu!

3. Pop Corn Perasa Durian

Keropok Pop Corn Perasa Durian
Sumber Google

Dalam banyak-banyak snek yang disenaraikan, keropok popcorn perasa jagung durian yang paling favourite. Rasanya yang manis ditambah pula rasa durian, sedap yang amat! Dulu balik ja sekolah mesti beli keropok ni. 

4. Mi-Mi 

Keropok Mi-Mi

Mi-Mi -Sejenis keropok yang tidak asing lagi buat kita. Keropok yang menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu, bukan sahaja semasa zaman kanak-kanak, malah sehingga dewasa pun masih menjadi kegemaran ramai. 

5. Tam-Tam

Keropok Tam-Tam

Jika keropok Mimi merupakan keropok yang berperisa udang, keropok Tam-tam pula keropok berperisa ketam. Rasanya tidak perlu lagi memperkenalkan keropok ini, saya yakin semua sudah  mengetahui keropok ini kerana kita semua sudah banyak kali memakannya kan?

6. Choki-Choki
Choki-Choki
Sumber Google

Sebut sahaja choki-choki, sudah pasti semua sudah mengenali dan memakannya. Rasa coklatnya yang boleh buat sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya. Makan saja pun sedap, makan dengan roti pun sedap!

7. Gula-gula getah

Bubble Gum


Sebut sahaja gula-gula getah, ada pelbagai jenis gula-gula getah yang popular semasa zaman kanak-kanak, salah satunya gula-gula getah jenis Murakawa Bubble Gum. Dia ada satu lagi jenis iaitu jenama Boomer. Kedua-dua jenis gula-gula getah ini menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu.

8. Nyam-Nyam

Nyam-Nyam
Sumber Google

Siapa sini pernah makan Nyam-Nyam? Di dalamnya berisi rice crispy yang berwarna warni dan didatangkan bersama coklat. Memang kriuk kriuk rangup dia! Yang menambahkan lagi keenakannya ia dicelup bersama coklat. Nyam-Nyam!

Baca juga: 7 Makanan Tradisional Zaman Tok Nenek Yang Sedap & Digemari Suatu Ketika Dahulu

9. Tora 

Tora
Sumber Google

Tidak perlu diperkenalkan lagi, kebanyakan dari kita sudah mengetahui, Iklannya yang sering muncul di kaca TV zaman dahulu dengan memaparkan mainan-mainan menarik yang terdapat di dalamnya. Selain mainan ia juga disertakan dengan bebola coklat. Sedap juga rasanya!

10. T-drop

Coklat T-Drop
Sumber Google

Didatangkan dalam bungkusan tin yang berbentuk bulat. Gula-gula yang berwarna-warni dan mempunyai pelbagai perisa seperti oren, anggur dan sebagainya membuatkan coklat ini sangat digemari oleh kanak-kanak zaman dulu. Ia disertakan bersama serbuk yang sudah siap disaluti bersama gula-gula telah menambahkan lagi keenakannya. 

11. Biskut Gula Aising

Biskut Gula Aising
Sumber Twitter

Sekarang baru tahu nama biskut ni biskut gula aising, puas mencarinya di google. Antara biskut yang paling laku keras! Ramai yang menggemarinya, bukan sahaja golongan kanak-kanak, malah golongan dewasa pun menyukainya. Sedapnya tak terkata, sedar-sedar dah habis satu balang besar.


Sebenarnya terdapat banyak lagi snek atau jajan yang menjadi kegemaran ramai suatu ketika dahulu. Jadi, dalam banyak-banyak snek yang tersenarai diatas, yang mana satukah menjadi snek kesukaan anda semasa zaman kanak-kanak dulu?

0 Response to "Makanan Popular Zaman Kanak-Kanak Kembali Nostalgia Zaman Dulu"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel