-->

Tips Tingkatkan Pendapatan AdSense Setiap Bulan

Google AdSense

Sembang Kejayaan
| Cara Tingkatkan Pendapatan AdSense - Sebut pasal google adsense, mesti ramai yang nak tahu cara untuk tingkatkan pendapatan AdSense setiap bulan kan? Bagi anda yang tertanya-tanya apa itu Google AdSense, anda boleh baca di sini: Cara Buat Duit Online Dengan Google AdSense Untuk Pemula

Jadi hari ini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri berkenaan Google AdSense. Sebenarnya ada beberapa cara yang saya lakukan untuk tingkatkan hasil pendapatan dari Google AdSense. Saya dah usahakan Google AdSense ni dah lama, cuma baru beberapa bulan ni cara yang saya lakukan ini berjaya tingkatkan pendapatan adsense setiap bulan. InsyaAllah saya akan kongsikan dengan anda semua di dalam blog ini. 

Google AdSense
Laporan Bulan Ogos

Jadi apakah cara/tips yang saya buat untuk tingkatkan pendapatan dari AdSense?



1. Block Iklan-Iklan Yang Tidak Sepatutnya

Pernah tak blog/website anda keluar iklan yang pelik-pelik seperti ilmu bomor sihir la, ilmu santau la dan sebagainya. Setiap iklan yang keluar kita tak boleh agak iklan apa yang keluar. Jadi bila iklan seperti itu keluar di blog ia boleh menyebabkan pengunjung yang datang ke blog pun kurang tertarik dengan iklan yang keluar. Bila kurang klik, maka kuranglah penghasilan kita.

Jadi, apa yang saya buat adalah dengan menyekat semua jenis iklan-iklan seperti itu. Alhamdulillah dengan cara ini pendapatan AdSense saya meningkat. Walaupun peningkatan itu tidak banyak, tetapi dengan kaedah ini berjaya meningkatkan pendapatan AdSense. Dan cara ini saya masih mengekalkannya sehingga sekarang. 

Google Adsense


Cara Block Iklan:

  1. Log in akaun Google AdSense anda.
  2. Pergi bahagian Blocking Control dibahagian kiri.
  3. Search kata kunci berikut: gaib, blogspot, wordpress. Kemudian block iklan yang anda rasa tidak sesuai untuk dipaparkan di blog anda. Untuk kaedah ini boleh ulang 2-3 kali dalam seminggu. Sebabnya bila anda dah block, 2 atau 3 hari selepas itu iklan tersebut akan muncul semula.


2. Buat Custom Channels

Cara yang kedua adalah membuat jenis iklan dengan Custom Channels. Secara automatik iklan yang muncul itu akan sesuai dengan artikel yang kita paparkan. Ibaratnya, kita boleh memilih jenis iklan yang relevan dengan niche blog.


Contoh, blog anda tentang masakan. Jadi iklan yang akan dipaparkan nanti juga tentang makanan ataupun masakan macam tu. Anda boleh try kaedah ini. Saya dah cuba dan kaedah ini sangat membantu meningkatkan pendapatan AdSense. 

Google Adsense


Cara Block Iklan:

  1. Log In akaun Google Adsense anda.
  2. Pergi ke bahagian Ads dan klik Custom Channels.
  3. Klik New Custom Channel


3. Rajin Update Blog

Ini juga penting untuk tingkatkan pendapatan AdSense. Perlu rajin update blog tu at least seminggu 2 atau 3 kali. Selalu update artikel yang baru juga membantu meningkatkan trafik. Ini berdasarkan pengalaman saya, saya perasan bila trafik semakin tinggi, pendapatan AdSense kita juga semakin tinggi. Daripada beberapa sen sahaja sehari lama-lama pendapatan anda akan naik. Yang penting kena rajin dan konsisten update blog. Jangan biarkan ia lama menyepi. 


Saya rasa setakat ini saja perkongsian saya tentang cara yang saya lakukan untuk meningkatkan pendapatan AdSense di blog. Semoga post ini membantu anda tingkatkan pendapatan AdSense anda.  Terima kasih dan semoga bermanfaat :)

16 Responses to "Tips Tingkatkan Pendapatan AdSense Setiap Bulan"

  1. Memang ada nampak iklan 'pelik'.
    Semoga berjaya. Saya belum terbuka hati hendak guna AdSense lagi sebab malas dan nanti tidak pantau iklan keluar.

    ReplyDelete
  2. tenkiu ajar cara block iklan adsense, nyampah asik naik iklan anwar ibrahim apa benda entah tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Saya juga melakukan hal seperti itu
    Dan kini lagi rajin update tiap harinya
    Biar bisa gajian tiap bulannya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi. Ilmu baru oada saya. Nak buat jugak.

    ReplyDelete
  5. enak banget yg 7dh dapet adsense... lah saya belum bisa :(

    ReplyDelete
  6. Oh, aku baru mengerti kalau publisher diperbolehkan mengatur blokir iklan unruk tampil di blognya.
    Terimakasih infonya, mas.

    ReplyDelete
  7. bagus tips ni!
    tp saya dah 3 kali mohon dan kena rejet hahaaa..

    kata nya..

    Our services are temporarily experiencing delays. We are unable to review your site at this time. We apologize for any inconvenience this may cause and appreciate your patience.

    ReplyDelete
  8. Good info.. mmg ade iklan yg xsesuai..ummi klu nampak mmgg block trus... Hhhuhu

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sudi kongsi infonya ✨

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian.. custom channel tu pun sy masi belajar lagi.. apapun nice sharing.. keep it up!

    ReplyDelete
  11. adsense ni susah nk approve blog sy.. entah kenapa silapnya

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel