-->

5 Tips Untuk Kekal Bermotivasi Setiap Hari

Sembang Kejayaan - Pernah tak mengalami situasi di mana semangat dan motivasi anda tiba-tiba hilang? Mula-mula bukan main lagi semangat, tapi bila lama kelamaan semangat pun semakin hari semakin pudar dan tak bersemangat lagi. 

Jika anda pernah merasakan perkara yang sama, jadi hari ini saya nak kongsikan 5 perkara yang boleh anda buat setiap hari untuk kekal motivasi dan semangat untuk berjaya. 

Usaha


Sudah menjadi kebiasaan bagi kita semua. Ada ketika terasa sangat bersemangat dan termotivasi. Dan ada ketikanya juga, kita lemau, tak bersemangat dan terus lupa untuk capai impian yang diimpikan. Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan apabila merasa kehilangan motivasi dan semangat. 


1. Jangan Lupa Untuk Bersyukur

Jangan lupa bersyukur setiap selepas bangun tidur. Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik daripada semalam. Rasa syukur membantu kita menjadi lebih positif dan bersemangat dalam menjalani kehidupan yang membuatkan kita selalu dekat dengan kebahagiaan.


2. Tulis Impian-Impian Anda

Listkan semua impian-impian di dalam satu kertas.  Tulis besar-besar dan tampal dalam bilik anda, biar kita nampak apa impian-impian yang kita nak capai pada tahun ini dari kita hanya teringat-ingat dalam kepala seolah-seolah kita hanya berangan-angan kosong tanpa tindakan. Jika kita menulis, paling kurang kita sudah tetapkan hala tuju untuk diri kita sampai ke destinasi yang diimpikan. Jadi tulis lebih baik dan setiap kali anda tengok, ia akan kuatkan lagi semangat dan motivasi dalam diri untuk terus berusaha. 


3. Membaca Kisah Kejayaan Orang 

Selain membaca kata-kata semangat, anda juga boleh membaca kisah kejayaan orang berjaya. Kisah-kisah kejayaan mereka itu dapat memberikan inspirasi kepada kita. Seperti kisah kejayaan Koloner Sander, pengasas restoran segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC), Mark Zuckerberg dan ramai lagi. Mereka juga antara orang yang tak pernah berhenti berusaha walaupun pernah banyak kali gagal. Tetap berusaha sehinggalah berjaya mencipta kejayaan. Jadi, bila kita baca kisah-kisah mereka, ia akan menaikkan semangat kita dan secara automatik kita akan terinspirasi dengan kisah-kisah kejayaan mereka.


4. Selalu Baca Kata-kata Semangat

Bacalah kata-kata semangat setiap pagi setiap hari supaya anda kekal bersemangat. Tatkala membacanya, semangat naik berkobar-kobar secara serta merta. Sekarang sudah ada banyak media sosial yang memaparkan kata-kata semangat seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi. Dan bila anda rasa kecewa atau sedih, bila anda baca je kata-kata semangat tersebut, ia akan menaikkan semula semangat anda.

Baca Juga: Cara Menaikkan Semangat Yang Hilang di Waktu Pagi


5. Tekad Bermotivasi

Niatlah di dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya keesokan hari. Baca beberapa artikel motivasi atau kata-kata quotes dalam seminit dua. Secara automatik kita akan rasa semangat. Jangan biasakan diri mulakan hari anda dengan perkara negatif. Apabila mulakan hari dengan benda negatif, seluruh aura negatif akan ada dekat kita dan membuatkan kita rasa down dan tidak bersemangat.

Semoga bermanfaat :)

9 Responses to " 5 Tips Untuk Kekal Bermotivasi Setiap Hari"

  1. Bagus ini. Hidup umpama marathon kena lalui secara perlahan-lahan.

    ReplyDelete
  2. pernah rasa..bila hilang..lama betul dia hilang smpai lupa jln pulang huhuu...skg bersyukur dah kembali :)

    ReplyDelete
  3. Pernah, semalam. Takde mood langsung. Sakit hari. Semua ada.

    ReplyDelete
  4. berusaha dan berdoa.. kadang2 sampai lupa syukur kita ni

    ReplyDelete
  5. Sangat bagus saran yang diberikan.
    Terimakasih encik.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel