-->

Cara Nak Mulakan Bisnes Aiskrim - Jana Income Lumayan RM5K Sebulan!

Sembang Kejayaan - Cara Buat Bisnes Aiskrim | Di Malaysia, memang banyak peluang perniagaan kecil-kecilan yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup sekarang. 

Bagi anda yang berminat nak buat side-income dengan bisnes, antara bisnes yang terbaik yang boleh anda mulakan ialah bisnes aiskrim. Siapa yang tak suka makan aiskrim kan? Hampir semua orang suka. Jadi Memang boleh buat duit dengan bisnes ini.

Teringat waktu kecil-kecil dulu. Selalu beli aiskrim Malaysia sebab murah dan sedap. Lepas balik sekolah atau masa bermain dengan kawan petang-petang mesti pergi beli aiskrim ni. 

Baca Juga: 8 Idea Bisnes Kecil-Kecilan Tanpa Modal Besar Yang Menguntungkan

Bisnes aiskrim merupakan bisnes mudah yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk jana income lumayan secara part-time dengan bisnes ini. Nak-nak lagi di musim panas, bisnes yang berkaitan dengan air dan aiskrim ini memang boleh buat duit hanya dari rumah sahaja.


Bisnes Aiskrim Mampu Jana RM5K Sebulan Secara Part-Time


Bisnes Aiskrim

Sudah terbukti, ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan yang lumayan setiap bulan hanya dengan menjual aiskrim dari rumah. Ia boleh dilakukan secara sepenuh masa dan juga sambilan. Bisnes aiskrim merupakan antara bisnes yang memberikan pulangan yang sangat lumayan. Malah, bisnes aiskrim ini juga boleh menjana sehingga RM5,000 sebulan secara sambilan jika tahu lubuk dan cara menjualnya dengan betul. 


Pengalaman Jual Aiskrim Malaysia, Memang Laku Keras! 


Bisnes aiskrim memang boleh buat duit. Pengalaman saya semasa belajar di IPT, saya juga pernah menjual aiskrim untuk tugasan assignment saya bagi subjek keusahawanan. Pada ketika itu, saya dan ahli kumpulan saya yang lain hanya menjual aiskrim Malaysia sahaja. Memang laku habis! Boleh dikatakan setiap hari ada saja tempahan. Kami tak perlu kemana-mana untuk menjual aiskrim yang kami jual. Hanya cuma perlu mempromosikan aiskrim yang kami jual itu ke dalam whatsapp group dan status. Tak perlu pun teknik marketing yang hebat-hebat.

Kekadang bila di dalam bilik kuliah atau tengah bermain dengan kawan-kawan waktu petang pun masih ada yang memesan. Dan yang paling best siap ada yang datang ketuk pintu bilik untuk membeli aiskrim. Seronok berniaga aiskrim ni. Dalam sehari boleh dapat RM8-12 ringgit. Kalau buat banyak dapat lah banyak dalam sehari tu. Setiap satu saya jual RM1. Dalam sebulan dapat lah dalam sekitar RM300-350. 

Antara perisa aiskrim malaysia yang kami jual pada ketika itu ialah perisa Oreo, Choki-choki dan Milo. Perisa Oreo antara yang paling laku sekali. Sekarang, aiskrim malaysia ni sudah ada banyak perisa-perisa yang viral, pasti dapat perhatian daripada pelanggan.

Best bila buat bisnes aiskrim ni, mudah dan ia tidak memerlukan modal yang besar, malah dapat untung yang sangat lumayan berbanding bisnes-bisnes lain yang dibuat oleh rakan-rakan sekelas saya yang lain.

Baca Juga: Cara Memulakan Bisnes Makanan Hanya Dari Rumah

Itulah serba sedikit pengalaman saya jual aiskrim semasa belajar dulu. Ia adalah pengalaman yang sangat berharga buat saya. Bagi anda yang nak bisnes aiskrim, bolehla dapatkan Panduan Bisnes Aiskrim yang ditulis oleh Afiq Dato’ Rusly. 

Panduan tersebut akan ajar anda macamana nak mulakan bisnes aiskrim termasuk cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan sehingga RM5,000 sebulan secara part time dengan bisnes aiskrim ni. 

Akhir kata, saya ucapkan selamat maju jaya. Semoga perjalanan bisnes anda dipermudahkan.


6 Responses to "Cara Nak Mulakan Bisnes Aiskrim - Jana Income Lumayan RM5K Sebulan!"

  1. Emak dahulu pernah juga jual aiskrim Malaysia. Perisa yang mudah macam Milo,anggur. Masa itu seposen sahaja. Sekarang sudah jadi RM1 dengan perisa canggih.

    ReplyDelete
  2. janji ada kerajinan dan kemahuan insyallah berjaya

    ReplyDelete
  3. Seronok ni berniaga aiskrim. Musim panas memang laris jualan.

    ReplyDelete
  4. Buat sambilan mmg bagus sbb kita xlepas pndapatan tetap..dapat yg sampingan lg bagus..shida pun setuju jika biznes aiskrim ni,

    ReplyDelete
  5. Betul juga ya, menjalankan usaha berjualan es krim di rumah ini bisa mendatangkan tambahan income buat keperluan bulanan.
    Aku tertarik untuk mencobanya.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel