-->

Cara Buat Duit Online Dengan Google AdSense Untuk Pemula

Sembang Kejayaan - Dengan teknologi yang semakin berkembang, anda kini boleh menjana pendapatan sampingan secara online. Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk memulakannya, ini adalah panduan untuk bantu anda yang ingin mula jana pendapatan secara online melalui Google AdSense.


Apa Itu Google AdSense? Dan Bagaimana Anda Boleh Menjana Income Secara Pasif Melalui Google AdSense?


Cara Buat Duit Dengan Google AdSense Untuk Beginner

Google AdSense adalah program pengiklanan percuma yang ditawarkan oleh google kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana wang melalui AdSense. Ini merupakan salah satu cara untuk anda yang mahu menjana pendapatan secara online.

Syarat untuk mula dapatkan duit melalui AdSense, anda hanya perlukan sama ada blog, laman web atau saluran youtube bagi membolehkan anda untuk mendaftar akaun adsense. Pendaftaran adalah percuma. Setelah mendapatkan kelulusan, anda hanya perlu memasukkan kod iklan di blog anda. Dan anda akan dibayar dalam matawang (USD), jika ada orang klik iklan di blog anda.

Amaran: Sekiranya anda menganggap ini sangat mudah & anda boleh mengklik iklan di blog sendiri ataupun meminta rakan mahupun keluarga anda untuk mengklik iklan. Saya nasihatkan Jangan! Kerana Google AdSense adalah rangkaian iklan yang berkualiti tinggi. Sekiranya anda meminta orang lain untuk klik iklan anda atau menggunakan kaedah yang tidak sah untuk mendapatkan lebih banyak klik, ianya boleh menyebabkan akaun Google AdSense anda akan dibanned serta merta. Setelah akaun anda dibanned, sukar bagi anda untuk mendapatkan akaun anda kembali. Jadi jangan sesekali buat perkara yang Google AdSense tak suka dan jangan langgar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Google AdSense, nanti tak pasal-pasal akaun kena banned!


Cara Untuk Dapatkan Akaun AdSense:


1. Blogger/Wordpress

Untuk menjana pendapatan melalui google adsense, anda kenalah membina blog atau website terlebih dahulu. Caranya cukup mudah, tak sampai 5 minit anda boleh membina sebuah blog anda sendiri. Anda boleh bermula dari sebuah blog percuma iaitu sama ada platform Blogger ataupun Wordpress. Bila dah ada blog, anda boleh mendaftar Google AdSense. Kemudian, Google AdSense akan memantau blog anda sebelum diberikan akaun Adsense.


2. Saluran YouTube

Satu lagi kaedah yang popular pada masa kini yang digunakan untuk mendapatkan akaun AdSense adalah dengan membina YouTube Channel. Anda hanya perlu membuat akaun YouTube. Sekiranya anda sudah ada akaun gmail, anda boleh terus log in ke YouTube menggunakan akaun tersebut dan terus membuat saluran/channel YouTube (Ia adalah percuma) bagi membolehkan anda untuk mengupload video di YouTube. Bila dah ada channel, anda boleh mula hasilkan konten video dan memuat naik video tersebut. Pastikan video tersebut adalah dari hak milik anda sendiri, bukan dari hasil video orang lain. Untuk permulaan anda boleh menggunakan handphone untuk merakam beberapa video untuk diupload di YouTube Channel anda.

Antara syarat untuk melayakkan anda menjadi Youtube Partner, anda wajib memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan YouTube bagi membolehkan anda paparkan iklan Adsense dalam video anda. Antara syarat-syaratnya adalah anda mesti ada sekurang-kurangnya 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan dalam masa 12 bulan.

Baca Juga: Cara Jana Income Online USD Dengan Fiverr


Contoh Iklan Di Blog/Laman Web & YouTube

Cara Buat duit Dengan Google Adsense
Iklan di blog


Tips Buat Duit Online Dengan Google Adsense
Iklan di YouTube


Sekiranya, anda betul-betul berminat dan ingin jana income USD melalui AdSense, ini adalah peluang untuk anda buat blog dan memuat naik video di YouTube. Anda hanya perlu daftar sekali sahaja menerusi blog/youtube untuk mendapatkan akaun AdSense. Jika sudah mendapatkan kelulusan, barulah anda boleh paparkan iklan dan mula menjana pendapatan USD melalui Google AdSense.

11 Responses to "Cara Buat Duit Online Dengan Google AdSense Untuk Pemula"

  1. Buat masa ini tidak tergerak hati hendak buat.
    Harap Khairul berjaya menjana pendapatan.

    ReplyDelete
  2. Semoga sukses channel youtubenya mas Khairul. Semangat 💪

    ReplyDelete
  3. terbaik. sy dah ada google adsnse.. cuma pendapatan dai situ je belum ada lagi.. jauh lagi perjalanannye.

    ReplyDelete
  4. sy punya baru jugak ada adsense selepas 10 tahun asyik kena reject sahaja huhu

    ReplyDelete
  5. Terbaikkhairul..saya dah kena banned

    ReplyDelete
  6. ye betul tu. jemput follow channel youtube saya naa, wawa zubir

    ReplyDelete
  7. Info Yang berguna ..terima kasih dan teruskan usaha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..setelah berkali kali apply akhirnya lulus juga. harap berkembang pesatlah income adsense.

    ReplyDelete
  9. tq sharing kerol..Inshaa Allah nk cuba :)

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel