-->

Cara Mengurus Sifat Keluh Kesah Apabila Dilanda Kesusahan Dalam Kehidupan

Sembang Kejayaan - Dalam hidup ini, setiap orang tidak akan terlepas daripada ujian, dugaan atau masalah hidup yang sementara ini yang bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan serta pengharapan seseorang dalam menanggung ujian tersebut.

Dan ketahuilah bahawa Allah tidak akan menguji seseorang kecuali mengikut kadar kemampuan masing-masing kerana Allah itu Maha Mengetahui keadaan setiap hamba-hambanya.

Cara Mengatasi Sifat Keluh Kesah Apabila Dilanda Ujian, Dugaan Atau Masalah

Bagaimana pula dengan kita apabila diberi ujian? Adakah kita menghadapinya dengan sikap sabar atau sering mengeluh dengan ujian-ujian yang datang itu?

Kadangkala apabila diuji dengan sesuatu ujian yang tak pernah kita duga. Banyak di antara kita yang memberontak dan mengeluh dengan ujian-ujian yang diterima itu. Ada yang mengeluh tentang kerjayanya, ada juga yang mengeluh tentang rezeki dan ada juga yang mengeluh tentang nasib perjalanan hidupnya. Tanpa kita sedar, disebalik ujian yang datang itu, terselit seribu satu hikmah yang sarat dengan kasih-sayangNya.

Sesungguhnya, sifat keluh kesah ini adalah sifat semula jadi kita sebagai manusia. Namun sebagai seorang Muslim hendaklah berusaha menjauhkan diri dari perbuatan sering mengeluh ini. Kita seharusnya mensyukuri nikmat dan peluang yang telah diberikan oleh Allah SWT. Cuba kita bandingkan antara nikmat Allah dengan ujian yang diberi. Kalau nak dikira, memang tak terkira banyaknya nikmat Allah berbanding ujian yang diberi.

Oleh sebab itu, sentiasalah bersyukur. Bersyukur bukan sahaja apabila kita diberi rezeki dan kurniaan daripada Allah. Malah, di setiap ujian yang datang, biasakan diri untuk terus bersyukur. Kerana salah satu tanda Allah sayang kepada hambanya adalah dengan memberikan seorang hamba itu ujian.

Baca Juga: Allah Uji Tanda Dia Sayang Kepada Kita

Ujian itu tanda Allah sayang kepada hamba-hambanya. Jangan mengeluh, tetapi tetaplah bersyukur dan bersemangat untuk menempuh ujian-ujian tersebut.

Jadi untuk mengurus masalah keluh kesah ini adalah kita menguruskannya dengan sikap sabar dan mengerjakan solat sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 153 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sikap sabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang.

Marilah sama-sama kita latih diri kita, keluarga, sahabat-sabahat untuk sentiasa bersyukur dalam setiap apa yang Allah berikan kepada kita, baik rezeki mahupun ujian. Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri tanpa ada sedikit pun rasa keluh kesah.

Sebagai kesimpulan, jauhilah sifat keluh kesah. Sentiasalah untuk dekatkan diri dengan Allah. Mengadulah kepada Allah atas setiap permasalahan dan kesusahan yang timbul. Sedarlah bahawa Allah SWT jualah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan. Allah itu Maha Mendengar akan setiap rintihan dan permohonan hambanya. Dan ingatlah bahawa doa itu merupakan senjata bagi orang-orang Mukmin.

Semoga bermanfaat.

9 Responses to "Cara Mengurus Sifat Keluh Kesah Apabila Dilanda Kesusahan Dalam Kehidupan"

  1. Kena perbaiki kualiti solat untuk emak keluh kesah.

    ReplyDelete
  2. Allah uji sebab Allah ingatkan kita..

    ReplyDelete
  3. setuju tu..bila kita dilanda maslah,tempat mgadu yg setia mndgr setiap keluhan kita adalah yg di atas..Allah swt..dialah antara tmpat sebaik-baik tmpat mgadu..Ujian yg dtg juga untuk mguji keimanan kita terhadap dia..

    ReplyDelete
  4. Syukran...bila diuji kita bersabar, bila mndpt nikmat, kita bersyukur..

    ReplyDelete
  5. semoga kita sentiasa sabar dengan ujianNya..

    ReplyDelete
  6. Nasihat yang sangat bagus Mr Khairul. semoga kita semua sentiasa sabar dengan segala dugaannya. Aamin. :)

    ReplyDelete
  7. setuju tuh.... sentiasa bersyukur bersabar tapi itulah tak semua ujian setiap orang sama...

    ReplyDelete
  8. Sependapat.
    Apapun masalah yang sedang kita hadapi, kembalikan dan minta pertolongannya agar kita dapat sabar dan tabah.

    ReplyDelete
  9. Mengeluh pun tak berguna kan. Jadinya move forward, usaha dan doa semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan segalanya.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel