-->

8 Idea Bisnes Kecil-Kecilan Tanpa Modal Besar Yang Menguntungkan

Idea Bisnes Kecil-Kecilan Tanpa Modal Besar Yang Menguntungkan

Sembang Kejayaan - 8 Idea Bisnes Kecil-Kecilan Tanpa Modal Besar Yang Menguntungkan. Dalam post ini saya akan kongsikan idea perniagaan yang boleh anda lakukan, bermula dari rumah dengan modal yang kecil tetapi keuntungannya lumayan. Jika anda bercadang untuk memulakan satu perniagaan dari rumah, berikut saya kongsikan 8 idea bisnes yang boleh anda buat, sesuai dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.


1. Bisnes Bakeri


Bagi anda yang minat bakeri, selalu buat kek, pastri dan kuih untuk keluarga. Anda boleh mencuba bisnes bakeri. Selain anda buat kek coklat untuk hidangan bersama keluarga, anda juga boleh mengambil tempahan dan jana pendapatan sampingan dengannya hanya dari rumah.

Ada pelbagai jenis produk bakeri yang boleh anda hasilkan seperti Muffin, Cupcake, Kek Coklat, Kek Pisang, Kek Lapis, Kek Cheese, Kuih-muih dan macam-macam lagi.

Sedikit perkongsian kisah Nik Roslin Nik Men di mana beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bisnes bakeri ini telah mendedahkan cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan 3-4 angka sebulan dengan bisnes bakeri ini hanya dari rumah.

Jika anda sudah lama ingin membuat bisnes bakeri, inilah masanya untuk anda mulakan impian perniagaan makanan anda.



2. Bisnes Aiskrim


Bisnes aiskrim, bisnes mudah yang boleh mendatangkan income lumayan. Nak nak lagi di musim panas, memang orang akan cari benda-benda yang sejuk kan? Aiskrim la jawapannya. Anda boleh buat aiskrim homemade dengan berbagai-bagai jenis perisa yang viral sekarang ni seperti chocolate, strawberry, oreo, green tea dan jualnya dari rumah ataupun letak di kedai-kedai berhampiran. Pasti ramai yang datang beli!


3. Bisnes Makan Delivery


Memasak sambil menjana pendapatan. Bagi yang suka memasak anda boleh ambil peluang ini dengan menyediakan perkhidmatan memasak kemudian hantar kepada pelanggan. Disebabkan kesibukan kerja, ramai yang gemar membeli makanan secara COD (Cash On Delivery),senang! Order terus sampai. Anda boleh memasak menu-menu istimewa untuk seperti Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Beriani, Nasi Kukus dan sebagainya kemudian hantar kepada pelanggan anda. Jangan lupa tinggalkan no. telefon. Mana tahu ada yang mahu repeat order. 

Baca Juga: 10 Makanan Delivery Selalu Menjadi Tumpuan Suri Rumah


4. Bisnes Air Balang


Bisnes mudah tapi sangat menguntungkan. Sentiasa ada permintaan yang baik dari dulu sehinggalah sekarang. Bisnes yang saya maksudkan itu adalah Bisnes Air Balang. Pergilah mana-mana, pasti ada gerai jual air balang sama ada di pasar tani, pasar malam, bazar ramadhan, di depan sekolah dan banyak lagi tempat orang berkumpul. Jadi, tidak hairanlah kenapa ramai yang berminat untuk buat bisnes ini. Memang laku keras! Nak-nak lagi waktu panas-panas.


5. Bisnes Burger


Burger antara makanan popular di Malaysia. Di mana-mana sahaja mesti ada gerai burger. Selain kedai mamak, gerai burger adalah destinasi favourite buat mereka yang lapar atau tiada makanan di rumah. Paling mudah untuk hilangkan rasa lapar adalah dengan membeli burger di gerai-gerai yang berhampiran dengan rumah.

Sekiranya anda berminat nak jana pendapatan lumayan dengan bisnes burger ini, tapi tak tahu cara-cara menjalankan perniagaan burger, anda boleh belajar melalui Panduan Bisnes Burger yang disediakan oleh Afiq Dato' Rusly anak kepada Chef Li.


6. Bisnes Bundle


Pernah merancang nak buat bisnes bundle? Tak tahu dimana nak cari supplier barangan bundle yang berkualiti dengan harga yang murah?

Bagi mereka yang berminat nak memulakan bisnes ini, saya cadangkan anda untuk dapatkan panduan bisnes bundle ini kerana ianya mempunyai penerangan serta panduan melalui pengalaman penulis tersebut dalam memulakan bisnes bundle ini dan mendedahkan kepada anda lubuk rahsia supplier barangan bundle yang terbaik dengan harga yang murah.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes bundle ini, boleh klik banner di atas tu ya..


7. Bisnes Tudung Dari Rumah


Perniagaan menjual tudung mengikut trend-trend terkini secara online semakin hari semakin meningkat naik dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi di kalangan wan
ita terutamanya remaja gemar mengikut trend semasa. Jadi, tidak hairanlah mengapa bisnes tudung ini menjadi bisnes yang paling menguntungkan lebih-lebih lagi bila tiba di musim perayaan. Malah, sudah ada usahawan-usahawan yang berjaya dalam perniagaan tudung ini, antaranya Madihah Mustafha, Founder Madihah Scarf.

Bagi anda yang pernah berhasrat untuk memulakan bisnes tudung dan ingin belajar mengenai selok-belok bisnes tudung, anda boleh belajar melalui Panduan Bisnes Tudung yang disediakan oleh usahawan tudung berjaya iaitu Madihah Mustafha khas untuk membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan tudung hanya dari rumah.


8. Menjadi Penulis


Sebenarnya, dengan menulis pun boleh buat duit. Dengan membina sebuah blog, menyertai program affiliate, menghasilkan ebook, mengambil upah review produk orang lain, itu semua boleh menjana pendapatan sampingan hanya dengan menulis. Tapi, untuk menulis sehingga boleh menghasilkan wang itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak pengetahuan dan teknik menulis yang perlu dipelajari.

Tapi, itu bukanlah masalah yang besar. Sekiranya anda berminat dan serius untuk belajar menjadi penulis yang hebat sehingga dapat menjana pendapatan, saya sarankan anda rujuk Panduan Rahsia Menulis yang dikongsikan oleh Sifu Penulisan iaitu Tuan Aqif Azizan, di mana beliau mendedahkan cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan hanya dengan menulis.

Untuk lihat lebih banyak lagi idea-idea berkaitan bisnes sebagai rujukan, anda boleh muat turun Pdf melalui pautan yang diberikan di bawah ini.

Muat turun --> PDF 20+ Idea Rujukan & Kerjaya <--

7 Responses to "8 Idea Bisnes Kecil-Kecilan Tanpa Modal Besar Yang Menguntungkan"

  1. Pernah berangan buat aiskrim sendiri.
    Aha pernah terfikir hasilkan pendapatan dengan menulis.

    ReplyDelete
  2. setuju Kerol..semua membantu menjana pendapatan :)

    ReplyDelete
  3. Macam macam bisnes boleh kita buat. yang penting kena ada ilmu dulu, kemudian usahakan.

    ReplyDelete
  4. great idea
    sy pun baru ja start bisnes hehe harapkan gaji mmg nda kemana

    ReplyDelete
  5. Nak bisnes pastikan kita ada ilmu. Belajar ilmu bisnes. Insyaallah berjaya. Done follow sini #57

    ReplyDelete
  6. walaupun perniagaan kecil tapi insyallah untungnya boleh tahan... janji ada usaha

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel