-->

7 Tips Menjadikan Hari Yang Suram Kembali Ceria Dan Bahagia

Sembang Kejayaan - Dalam menjalani kehidupan ini, kita tak boleh lari dari masalah. Setiap orang pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah, ujian dan dugaan hidup yang sudah pastinya akan memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Hari akan terasa suram dan tidak seceria seperti hari-hari yang lain bila adanya masalah dan sudah tentu kita perlukan kata semangat dan motivasi dalam diri untuk kekal positif dan menaikkan semula semangat yang hilang. Ini ada beberapa tips yang boleh dijadikan motivasi buat anda melalui hari yang suram. Sentiasa bergembira dan raikan kehidupan.

Cara Menjadikan Hari Yang Suram Kembali Ceria Dan Bahagia



1. Alihkan Perhatian

Jangan biarkan diri tenggelam dalam masalah. Daripada kita terus memikirkan masalah dan sebelum masalah jadi besar lebih baik alihkan perhatian kita dengan melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan seperti melakukan hobi yang kita sukai. Misalnya, membaca, menonton filem, memasak, bersukan. Dengan melakukan perkara yang yang kita suka, ia dapat menggembirakan diri sendiri.


2. Jadikan Masalah Sebagai Sumber Kekuatan

Setiap masalah dan ujian yang hadir dalam kehidupan kita adalah untuk mengajar kita erti kekuatan dan menjadikan diri kita menjadi lebih baik. Kuatkan semangat dan yakin pada diri sendiri yang kita boleh mengharungi masalah tersebut.

Baca Juga: Masalah Hidup Membuatkan Kita Semakin Kuat 


3. Bersenam

Bersenam merupakan aktiviti yang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita bukan sahaja dapat membuatkan badan cergas dan sihat tetapi ia juga dapat menenangkan fikiran dan menggembirakan hati yang gelisah untuk tampil lebih tenang dan ceria. Mood pun boleh bertambah baik.


4. Berfikiran Positif

Mungkin kekadang kita rasa suram dan tak rasa bahagia adalah disebabkan kita selalu bersangka buruk terhadap sesuatu situasi. Jadi, berhentilah berfikir benda-benda negatif yang boleh membuatkan diri rasa down, sedih dan sebagainya. Latihlah diri untuk sentiasa berfikiran positif dalam segala hal. Cubalah lihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Selain itu, sikap yang positif juga dapat membawa banyak kebaikan dan kebahagiaan dalam kehidupan seharian kita.


5. Nikmati Keindahan Waktu Pagi

Waktu pagi adalah waktu yang selalu membawa semangat baru untuk menjalani kehidupan. Kita mesti mengisi waktu pagi kita dengan aura-aura positif agar lebih semangat. Mulakan hari anda dengan sebuah senyuman kepada diri sendiri. Dengan satu senyuman yang manis ia akan membuatkan hari anda sentiasa ceria dan bahagia sepanjang hari.


6. Ingat Kembali Azam

Ketika hilang semangat ingat kembali azam yang telah kita niatkan di hati. Kadang-kadang ada hari di mana semangat kita tiba-tiba pudar. Oleh sebab itu, ketika hilang semangat ingat kembali azam anda dan kenapa anda bermula. Bila kita selalu ingat apa azam dan impian kita, itu akan membuatkan kita kembali bersemangat untuk meraih apa yang kita cita-citakan.

Baca Juga: 5 Cara Bahagiakan Diri Sendiri Bila Tengah Tiada "Mood"


7. Sentiasa Bersyukur

Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada sekarang, supaya kita dapat menjalani kehidupan yang lebih bahagia daripada sebelumya. Jangan membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, kerana perbuatan seperti ini akan membuatkan kita rasa sedih dan rasa tak adil apabila melihat kehidupan orang lain jauh lebih baik daripada kita, walaupun sebenarnya kita sendiri sudah mempunyai kehidupan yang cukup baik. Dan ia juga akan membuatkan kita rasa tak bahagia dengan kehidupan kita. Jadi, sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri walaupun sebesar zarah, kerana dengan bersyukur akan membuatkan kehidupan kita lebih bahagia dan hati akan jadi lebih tenang.

Semoga bermanfaat.

9 Responses to "7 Tips Menjadikan Hari Yang Suram Kembali Ceria Dan Bahagia"

  1. Salah satu saya buat perkara yang menggembirakan orang lain jadi secara tidak langsung saya rasa gembira.

    ReplyDelete
  2. kene positif, kalau asik fikir negatif pun payah jugak

    ReplyDelete
  3. Aku juga selalu berusaha sebisa mungkin menikmati momen indahnya pagi.
    Dan memberikan semangat ke diri sendiri untuk bahagia dan bahagia.
    Cara ini ternyata ampuh hasilnya, pikiranku jadi merasa bahagia.

    Semoga hari-hari mas Khoirul juga selalu bahagia.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg bagus seklai...suka tang ingat kembali azam!

    ReplyDelete
  5. Apa yang biasa dibuat, fikir positif dan bersyukur. Nikmati nikmat yang Allah berikan.

    ReplyDelete
  6. setuju keyrol dgn tips ni..lagi2 kalau suami ade msalah..dgn isteri skali kena hadap masalah tu..sama2 bantu mbantu..

    ReplyDelete
  7. great tips. we shouldnt take problems too seriously so that it will not make our life misery^^

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel