-->

Apa Yang Menarik di Pulau Kapas, 7 Aktiviti Best di Pulau Kapas

Sembang Kejayaan - Tiba-tiba terasa rindu pula nak ke Pulau Kapas lagi. Last pergi ke pulau ini pada bulan 4 tahun 2019 dulu. Itulah kali pertama dan kali terakhir. Sebelum pergi, ramai juga yang mengatakan pulau ini tak berapa seronok dan tak ada aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti di pulau-pulau lain yang ada di Malaysia. Tapi, tetapkan juga hasrat untuk pergi dan menikmati sendiri keindahan di Pulau Kapas ini.

Perjalanan menaiki bot dari jeti Marang, Terengganu ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bila sampai sahaja di Pulau ini, agak begitu teruja melihat pemandangan di Pulau Kapas ini sangat cantik dan indah. Keadaan air lautnya yang tenang, membiru, jernih seperti kristal, berpasir putih halus dan suasananya memang cantik dan tenang.

Baca Juga: Senarai Tempat Menarik Di Terengganu Yang Perlu Dikunjungi

Di pulau ini juga sebenarnya terdapat banyak aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan di sini. Berikut saya kongsikan antara aktiviti yang terdapat di Pulau Kapas ini. Kalau anda ada perancangan untuk ke pulau ini, boleh jadikan ini sebagai rujukan nanti.


Aktiviti-Aktiviti Menarik di Pulau Kapas


1. Snorkeling

Aktiviti Best di Pulau Kapas

Snorkeling merupakan aktiviti utama bagi kalangan pengunjung kalau pergi ke mana-mana pulau sekalipun. Air laut di sini kelihatan sangat jernih dan penuh dengan ikan-ikan kecil yang berwarna-warni, jadi pasti anda tidak akan rasa kecewa bila datang ke pulau ini.


2. Berjalan-Jalan di Pantai

Aktiviti Menarik di Pulau Kapas

Berjalan-jalan di pantai juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Pemandangan di sekitar pulau ini memang cukup cantik. Jadi rugilah kalau tak bersiar-siar di pantai. Banyak spot-spot yang viewnya sangat cantik dan sejuk mata memandang sambil ditemani bunyian ombak pantai, angin laut yang nyaman serta pokok-pokok menghijau, memang cukup menyegarkan. Hilang segala stress dan masalah bila lihat keindahan di Pulau Kapas.


3. Hiking ke Bukit Singa

Tempat Menarik di Pulau Kapas

Ini juga merupakan salah satu aktiviti yang menarik di Pulau Kapas. Perjalanan ke bukit singa mengambil masa lebih kurang 40 minit. Trek untuk ke bukit singa ini agak mencabar sedikit kerana perlu meredah air laut dan lalu di kawasan berbatu yang kasar dan licin. Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak, ini adalah aktiviti yang perlu anda cuba.

Bukit singa juga menjadi lokasi menarik untuk melihat matahari terbenam. Untuk melihat pemandangan bukit singa dengan lebih jelas, anda boleh mendaki bukit yang berhadapan dengan bukit singa. Di atas bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup menakjubkan di sekitar Pulau Kapas.


4. Bermain Bola Tampar

Aktiviti Sukan Pantai Pulau Kapas

Pada sebelah petang sebelum matahari terbenam, anda akan dapat lihat pantai ini meriah dengan aktiviti sukan di tepi pantai iaitu bola tampar. Bagi anda yang sukakan permainan ini, anda boleh join sekali untuk main bersama-sama. Memang seronok! Di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim.


5. Berkayak

Aktiviti Sukan Air di Pulau Kapas

Selain itu, aktiviti sukan air seperti berkayak pun juga turut disediakan di Pulau Kapas. Bagi anda yang gemar aktiviti berkayak anda boleh mencubanya. Sambil-sambil berkayak tu boleh la menikmati keindahan laut yang membiru terbentang luas.


6. Mandi Pantai

Mandi Pantai di Pulau Kapas

Kalau dah pergi pulau, memang tak sah la kalau tak mandi pantai. Air lautnya yang jernih bagaikan kristal dan ditemani pula dengan ikan-ikan kecil berwarna-warni, memang seronok. Tapi, perlu berhati-hati kerana di permukaan dalam laut terdapat batu karang yang agak tajam. Jadi, kena berhati-hati.


7. Berkhemah

Aktiviti Menarik di Pulau kapas

Di Pulau Kapas ini juga terdapat beberapa tempat yang menyediakan tapak untuk aktiviti perkhemahan serta kemudahan untuk solat dan mandi. Aktiviti ini antara aktiviti yang sering menjadi tumpuan pengunjung bila datang ke pulau ini. Bagi anda yang minat aktiviti camping, anda boleh lah datang untuk bercamping di sini kerana view di sekitarnya sangat cantik ditambah pula dengan bunyi deruban ombak dan kawasan sekitarnya yang menghijau dengan flora yang sangat menenangkan jiwa.

9 Responses to "Apa Yang Menarik di Pulau Kapas, 7 Aktiviti Best di Pulau Kapas"

  1. Kalau saya jalan-jalan tepi laut.

    ReplyDelete
  2. Last pergi 2008 rasanya, cantik sangat pulau kapas ni

    ReplyDelete
  3. bestnya..tak pernah lg shida jejak ke sana..InshaaAllah boleh msk dlm list nnt :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing. nampak gambar2 ni rasa macam nda sabar pulak mau ke pulau next month^^

    ReplyDelete
  5. Waah bisa snorkling di pulau Kapas !.
    Keren itu, mas ...

    Tiba-tiba aku jadi teringat pernah snorkling di pantai Nglambor yang juga banyak ikannya.

    ReplyDelete
  6. Salam, blogwalking here. Done follow blog ini. Pulau kapas mmg cantik dan sesuai utk pergi bercuti, nice info to share. :)

    ReplyDelete
  7. boleh cuba pergi ke Pulau perhentian pula

    ReplyDelete
  8. Saya pikir pulau kapas itu banyak pohon kapasnya, ternyata tidak,malah pemandangannya keren-keren

    ReplyDelete
  9. Cantiknya Pulau Kapas. Banyak juga ye aktitivi yang boleh dibuat kat sini. Berbaloi lah bercuti ke Pulau Kapas.

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel