-->

Kelebihan Buat Bisnes Dropship Secara Online

Sembang Kejayaan - Salah satu cara untuk melakukan bisnes online adalah dengan dropship. Bagi mereka yang baru nak berjinak dalam dunia perniagaan online akan bertanya apa itu drosphip? Apa yang best buat bisnes dropship? Cara untuk mula bisnes dropship? Untung atau tidak jadi drosphip ni? Dan macam-macam soalan lagi berkaitan bisnes drosphip.

Secara ringkasnya, Apa Itu Dropship? Dropship adalah salah satu metode jual beli online di mana anda (Penjual) tidak perlu simpan stok mahupun postage barang. Anda akan menjadi orang tengah di antara pembekal dengan pelanggan anda. 

Tugas anda hanya promosikan produk & ambil order. Bila dah dapat tempahan, anda perlu hubungi pembekal produk tersebut dan segala urusan pembungkusan dan penghantaran semuanya diuruskan oleh pembekal itu sendiri. Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih memahami kaedah bisnes dropship.

Konsep Dropship
Sumber: Google

Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan buat bisnes dropship untuk sesiapa yang saja nak mula buat bisnes ini. Berikut adalah beberapa kelebihan memulakan bisnes online dropship.



Kelebihan Bisnes Online Dropship


1. Modal yang sangat rendah. Kebiasaannya modal yang dikeluarkan oleh dropship adalah dalam bentuk 'pendaftaran' bagi membolehkan anda untuk menjadi agen dropship. Tapi ada juga sesetengah pembekal langsung tidak mengenakan caj untuk pendaftaran. 

2. Nak jadi agen dropship tak perlu pegang stok atau simpan stok banyak-banyak di rumah. Anda hanya perlu mempromosikan produk jualan pembekal anda. Sekiranya ada pembeli yang membuat pesanan, berikan data-data pembeli seperti nama, alamat, no. telefon, disertai pembayaran barang kepada pembekal anda. 

4. Anda tidak perlu tanggung risiko kerugian sekiranya produk tidak laku dijual. 

5. Menjimatkan masa. Anda tidak perlu bersusah payah untuk packing barang dan tak perlu keluar pergi pos barang kerana kesemuanya diuruskan sendiri oleh pembekal anda. 

6. Boleh dilakukan dari rumah. Tidak memerlukan tempat yang khusus untuk menjalankan bisnes dropship ini seperti pejabat, kedai dan sebagainya. Anda boleh melakukan dimana sahaja anda berada untuk menjalankan bisnes dropship ini. 


Setakat itu sahaja serba sedikit perkongsian mengenai bisnes online dropship. Bagi anda yang berminat ingin menjana pendapatan sampingan dengan bisnes online, bisnes dropship ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda mulakan dengan modal permulaan yang sangat rendah.

11 Responses to "Kelebihan Buat Bisnes Dropship Secara Online"

  1. Peluang berniaga dgn modal rendah..

    ReplyDelete
  2. kalau kena gaya..betul2 komited boleh kaya raya juga jd dropship nih..mudah sgt..xbyk tenaga keluar..sen pun jimat :)

    ReplyDelete
  3. Senang. Kira jadi orang tengah.

    ReplyDelete
  4. Setuju, dropship ni best sbb nak buat sebagai part time pun masyuk juga kan.

    ReplyDelete
  5. Memang terbaik bagi yang minat berniaga

    ReplyDelete
  6. Kadang2 ada juga zumal buat dropship

    ReplyDelete
  7. Dropship ni banyak bagi peluang pada mereka yang nak buat duit secara online. Kira pendapatan pasif juga. nak berniaga sendiri memerlukan modal yang banyak dan ramai yang kurang mampu.

    ReplyDelete
  8. best jugak kn..rasa macam mau try

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel