6 Makanan Berkhasiat Untuk Sarapan Pagi Agar Lebih Sihat
Wednesday, July 29, 2020
12 Comments
Sembang Kejayaan - Sarapan pagi adalah penting dalam kehidupan. Ia membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan kekal aktif. Hidangan sarapan pagi juga sangatlah penting. Sesibuk manapun kita, pastikan kita mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat. Berikut merupakan antara makanan-makanan yang baik untuk sarapan pagi.
1. Roti gandum
Menjadikan roti gandum sebagai menu sarapan pagi boleh membuatkan perut kita kenyang lebih lama dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan. Selain sedap, roti gandum juga kaya dengan serat yang dapat menjadikan perut kita kenyang lebih lama. Untuk menambah kesedapannya, anda boleh menambahkan mentega kacang ke roti gandum, tetapi elakkan menggunakan jem lain yang mengandungi gula yang tinggi agar tidak menambah berat badan.
2. Oatmeal
Oatmeal merupakan makanan yang diperbuat daripada gandum dan ia merupakan sumber energi yang sangat baik. Walaupun memiliki rasa yang tawar, ternyata oatmeal ini mempunyai pelbagai serat dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Banyak manfaat yang diperoleh jika menjadikan oatmeal sebagai hidangan sarapan pagi kerana ia dapat menjaga kesihatan anda berbanding dengan makanan-makanan lain pada waktu pagi.
3. Yogurt
Menjadikan yogurt sebagai menu sarapan pagi adalah sangat baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan ataupun diet. Dan yogurt juga membantu kita memberikan tenaga pada tubuh di waktu pagi. Di samping itu, yogurt juga mengandungi kalsium dapat membuatkan tulang kita menjadi lebih kuat dan sihat.
4. Telur
Telur merupakan menu sarapan yang menjadi kegemaran ramai orang. Antara khasiat makan telur di pagi hari adalah dapat membuatkan kita merasa kenyang lebih lama sehingga tidak cepat rasa lapar. Selain itu, telur juga memiliki sumber protein yang baik untuk tubuh. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
5. Buah-buahan
Selain oatmeal, roti, telur yang menjadi menu pilihan sarapan pagi yang digemari ramai, buah-buahan juga adalah salah satu menu yang sesuai untuk sarapan pagi antaranya pisang, kiwi, betik, dan berry. Di dalam buah-buahan tersebut juga terdapat berbagai vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
6. Susu
Susu adalah minuman sihat yang kaya dengan pelbagai nutrien. Susu mengandungi sumber mineral dan vitamin termasuk kalsium yang baik membantu menguatkan tulang dan mengekalkan gigi yang sihat. Selain itu, susu juga membantu menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.
Sumber: healthline

terbaek ni.. tapi x pandai sgt minum yogurt. hehee
ReplyDeleteSelalu pilih oatmeal untuk sarapan pagi tapi kadang-kadang makan berasaskan nasi untuk kenyang sampai petang.
ReplyDeleteoatmeal je kdg2 makan..yg lain2 jarang sesangat..more to Malaysia style breakfast..
ReplyDeleteHmmm bulan depan nak start amal menu sihat
ReplyDeleteantara yg tersenarai..roti gandum..buah dan susu je selalu shida mkn utk sarapan shida :)
ReplyDeleteohya! kdg2 nasi lemak hahahaa :D
saya mesti kena carik nasi..huhu
ReplyDeleteTerbaik..saya selalu sarapan dgn roti gandum
ReplyDeleteSemua suka makan. roti gandum buat sandwich telur sedap!
ReplyDeleteHallo salam kenal admin. Mohon maaf, mau tanya. Ini templete kompi Fleksi buatan Kompi Ajaib (Kang Adhy) atau Viomagz buatan mas Sugeng min?
ReplyDeleteJika kompi fleksi saya mau nanya, bagaimana cara hilangkan komentar disqusnya?
Jika viomagz cara buatnya bagaimana sampai RECENT POST kok jadi makin keren kayak di blog ini, jika boleh mohon berbagi tips ya...
Terima kasih sebelumnya...
Tentang Postingan:
Terima kasih telah berbagi info tentang makanan sehat saat sarapan pagi. Secara pribadi saya tidak melakukan hal di atas, malah pagi - pagi minum kopi, tetapi selama covid 19 saya sering mengkomsumsi Yogurt.
Akan saya coba membiasakan minum - minuman sehat setelah membaca refleksi sehat di blog ini. Terima kasih sudah membagikan pola hidup sehat dengan makanan bergisi. Salam sukses ya...
susu, buah n telur tu selalu makan time breakfast..
ReplyDeletetd baru beli roti gandum, tukar2 selera breakfast hehe
This article cover all topics. Thank you for sharing this amazing informaton. Visit this Page
ReplyDeleteThank you for this information. We provide best taste of non-veg products with pure veg. One of the best dishes Shami Kabab is so tasty.
ReplyDelete